Sempena hari pertama kemasukan sesi persekolahan, Program “Jom Ke Sekolah” anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru bertugas telah dilaksanakan bagi menyambut kehadiran murid serta menyemarakkan semangat mereka untuk memulakan sesi pembelajaran yang baharu. Program ini bertujuan memupuk minat murid untuk hadir ke sekolah dengan rasa gembira dan selamat, di samping menanam kesedaran tentang kepentingan kehadiran ke sekolah sejak hari pertama.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Sarjan Puwaneswaran a/l Margaya dari Cawangan JSJ, IPD Sepang bersama Sarjan Danny Kapung dari Balai Polis Putra Perdana, yang memberikan kata-kata perangsang, nasihat serta peringatan mesra kepada murid agar sentiasa berdisiplin, mematuhi peraturan sekolah dan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat serta menyeronokkan untuk menimba ilmu.








