JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

HARI PENCEGAHAN KEBAKARAN SKTPP2

Assalamualaikum dan salam sejahtera Berikut merupakan sekitar Hari Pencegahan Kebakaran SKTPP2 Terima kasih kepada yang memberikan sokongan dalam menjayakan program ini
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 22 (SESI PETANG)

 Pada 12 Ogos 2024, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Sebelum majlis perhimpunan mingguan bermula murid-murid mula berkumpul di dataran pada 5.50 petang. Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10 petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas.


UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas  Pn Siti Baizura binti Saarani. Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas sepanjang minggu  22 (12 Ogos – 16 Ogos 2024). Senarai guru bertugas adalah seperti berikut:

1. Puan Siti Baizura binti Saarani

2. Encik Azharuddin

3. Puan Rina Wati

4. Puan Suriani binti Ibrahim

5. Puan Yuzainismar binti Yusoff

Beliau turut memberi sedikit penjelasan kepada murid-murid berkenaan tema untuk minggu tersebut iaitu Hormat Menghormati – Hormati kepelbagaian Agama, budaya dan etnik. Murid memberikan sepenuh tumpuan sepanjang penerangan itu disampaikan. Murid juga dapat menjawab soalan berkenaan kepelbagaian budaya dan etnik yang dikemukakan oleh guru. Selain itu, beliau turut mengingatkan agar murid yang tidak sihat dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah dan perlu kuarantin di rumah untuk mengelakkan dari murid menjadi pembawa virus kepada rakan-rakan yang lain di sekolah.






PENYAMPAIAN PIALA PUSINGAN DAN TOKEN UNTUK KECERIAAN KELAS

Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian piala pusingan dan token kepada Ketua Kelas bagi Keceriaan dan Kebersihan kelas sesi minggu lepas.

Tahun 1- 1 Dedap

Tahun 2- 2 Mawar

Tahun 3- 3 Semarak




UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Encik Nor Azli Bin Zahidin, PK Petang SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

1. Menegaskan kepada murid tentang disipilin sekolah berkenaan ketika berada di kantin, selepas makan perlu buang sampah ke dalam tong sampah agar kantin sentiasa berada keadaan bersih.

2. Mengingatkan murid-murid agar tunggu di pondok sementara ibu dan ayah sampai ke sekolah. Dilarang untuk berkeliaran di kawasan yang lain.

3. Mengucapkan “Selamat Datang” dan memperkenalkan guru-guru praktikum kepada murid-murid.





Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

SITI BAIZURA BINTI SAARANI

Ketua Guru Bertugas Minggu 22









Share:

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI KALI KE-2 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2024

 




    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 10 Ogos 2024, bertempat di SK Taman Putra Perdana 2 telah diadakan program gotong royong kali ke-2 bagi sesi 2024. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong-royong ini. Semua guru bekerjasama membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

















Share:

LAPORAN HARI INTERAKSI AKADEMIK SESI 2024/2025 (SESI PETANG)

     Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada 02 Ogos 2024 (Jumaat) pada pukul 03.00 – 06.00 petang, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Hari Interaksi Akademik bagi sesi 2024/2025. Hari Interaksi Akademik diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kesejahteraan murid. Berikut merupakan gambar sepanjang Hari Interaksi Akademik 2024/2025 bagi sesi petang.











Share:

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2024

 


GOTONG ROYONG MADANI 2024
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

8 JUN 2024
8 PAGI - 12 TENGAH HARI

PENGLIBATAN :
- WARGA SEKOLAH
- PIBG
- MURID TAHAP 2
- MAJLIS PERBANDARAN SEPANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 8 JUN 2024 , hari Sabtu bertempat di SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 telah diadakan program Gotong - royong Madani SKTPP2 2024. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Gotong-royong Madani 2024 SKTPP2. Warga SKTPP2 bekerjasama dengan ibu bapa membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah mengikut stesyen yang diberikan. Kerjasama semua amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍




















Share:

 LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI ISNIN MINGGU KE 13 (10 JUN 2024)


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku , Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Seterusnya adalah bacaan ikrar serta doa. Ketua guru bertugas Cikgu Nur Leen memberikan ucapan berkenaan tema bertanggungjawab dan rajin. Perhimpunan diteruskan dengan ucapan dari Cikgu Fakhrurrazi  selaku guru disiplin.







Seterusnya, Pengacara Majlis menjemput  Cikgu Amira untuk penyampaian hadiah bagi team  Tworian Robotic yang telah memenangi tempat ke 3 dan tempat ke 4 dalam pertandingan serta menjadi Top5 di Peringkat Kebangsaan.

  



Seterusnya Majlis Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan daripada Datin Nora Selaku Pentadbir yang bertugas pada minggu ini.



Majlis perhimpunan tamat pada jam 8.00 pagi.


Sekitar Majlis Perhimpunan













Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts