TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA 1)
15 Julai 2011 (Jumaat)
02.45 ptg - 03.00 ptg - Pendaftaran, bacaan doa
03.00 ptg - 05.00 ptg - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Inggeris
05.00 ptg - Bersurai
08.00 mlm - 10.00 mlm - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Matematik
10.00 mlm - Bersurai
16 Julai 2011 (Sabtu)
07.45 pg - 08.00 pg - Pendaftaran, bacaan doa
08.00 pg - 10.00 pg - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Melayu
10.00 pg - 10.30 pg - Rehat, Kudapan
10.30 pg - 12.30 th - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Sains
12.30 th - Bersurai
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"
02.45 ptg - 03.00 ptg - Pendaftaran, bacaan doa
03.00 ptg - 05.00 ptg - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Inggeris
05.00 ptg - Bersurai
08.00 mlm - 10.00 mlm - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Matematik
10.00 mlm - Bersurai
16 Julai 2011 (Sabtu)
07.45 pg - 08.00 pg - Pendaftaran, bacaan doa
08.00 pg - 10.00 pg - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Melayu
10.00 pg - 10.30 pg - Rehat, Kudapan
10.30 pg - 12.30 th - Teknik Menjawab Soalan UPSR: Sains
12.30 th - Bersurai
"USAHA TANGGA KEJAYAAN"
Program Motivasi Sikap Tahun 6




Satu program motivasi murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 30 Jun 2011 (Khamis) dari 8.00 -10.00 pagi. Jemputan penceramah ialah En. Bakhtiar Fitri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membakar semangat dan memberi perangsang kepada murid-murid Tahun 6 agar bermotivasi menjadi murid yang cemerlang dan membuat persediaan yang cukup ketika menghadapi UPSR. Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa pelaksana kerana melaksanakan program dengan baik.
eKasih
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih.
Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verifikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih 2.
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU di peringkat negeri.
Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.
ICU menggunakan dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my
Majlis Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah
Ceramah diadakan untuk murid Tahap 2
Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi
Aktiviti mewarna diadakan untuk murid tahap 1
Penyampaian cenderamata untuk Ustaz Razif oleh GPK HEM, En. Mior Hussin bin Othman
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dimulai dengan senaman memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Lukman
Ibubapa turut serta dalam menjayakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Murid - murid bersemangat untuk memulakan larian
Guru besar SK Taman Putra Perdana. En. MD Zohri bin Saluki melepaskan murid.
Semangat kesukanan dari GPK Petang dan GPK HEM
Murid - murid meneruskan larian walaupun kelihatan letih
Penyampaian hadiah bagi pemenang
AJK fotografi menjalankan tugas
Warga pendidik SK Taman Putra Perdana 2






























