JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1







Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan kem bestari solat bagi murid-murid tahun 1 pada 22 oktober 2011 yang lalu. Murid-murid telah didedahkan dengan ilmu berkaitan solat dan wudhuk yang betul mengikut syariat Islam. Kem ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang dapat menghadirkan diri dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bekerjasama menjayakan kem ini.
Share:

KEMERIAHAN HARI KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2

Pada 9 Oktober 2011 yang lalu, telah berlangsungnya Hari Karnival Keusahawanan buat julung kalinya. Pada hari tersebut, ramai pengunjung yang telah hadir untuk memeriahkan lagi karnival ini.

Dikesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru-guru, staf sokongan, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Tanpa sokongan padu daripada anda semua, sudah pasti sukar untuk pihak sekolah menjayakan karnival ini.

Mudahan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara guru-guru dengan ibu bapa dan murid-murid.
 
Di antara gambar-gambar di sepanjang karnival :


 
  




















Share:

Penyampaian sijil-sijil



Hari ini dijalankan penyampaian sijil-sijil kepada para pengawas sekolah, pengawas SPBT, pengawas PSS dan kehadiran penuh. Di harap murid-murid dapat menyimpan semua sijil tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan.
Share:

HARI KANAK-KANAK, HARI JALINAN MESRA DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2011 SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Kanak-kanak, Hari Jalinan Mesra dan Hari Anugerah Cemerlang seperti ketetapan berikut:-


3.         Semoga kehadiran Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan akan memeriahkan lagi majlis-majlis tersebut dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan prestasi pembelajaran anak Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti peristiwa pada 08 November 2011 (Selasa) sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semua murid akan bersekolah semula seperti biasa pada 09 November 2011 (Rabu).

3. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua murid-murid yang beragama Islam.

Sekian, untuk makluman Ibu Bapa/ Penjaga murid.

Share:

Pemberitahuan Pemulangan Buku Teks SPBT

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mula mengumpulkan semua buku teks SPBT seperti ketetapan berikut:
1. Tahun 6 - 31 Oktober 2011 (Isnin) 9.00 - 11.00 pagi
2. Tahun 5 - 1 November 2011 (Selasa) 9.00 - 11.00 pagi
3. Tahun 3 & 4 - 2 November 2011 (Rabu) 3.00 - 5.00 petang
4. Tahun 2 - 3 November 2011 (Khamis) 3.00- 5.00 petang
5. Tahun 1 - 4 November 2011 (Jumaat) 9.00 - 11.00 pagi

Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberikan kerjasama kepada anak/jagaan tuan/puan dan pihak sekolah bagi melicinkan lagi proses pemulangan buku tersebut seperti di atas.
Share:

Makluman Cuti Berganti Sempena Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dan Cutin Peristiwa

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti mulai 24 Oktober 2011 (Isnin) hingga 26 Oktober 2011 (Rabu). Semua murid akan bersekolah semula seperti biasa pada 27 Oktober 2011 (Khamis).
Share:

KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2






  
TARIKH: 9 OKTOBER 2011
MASA: 8.00 PAGI - 3.00 PETANG

PELBAGAI AKTIVITI DAN ACARA YANG MENARIK AKAN DIADAKAN ANTARANYA IALAH:

PERMAINAN :
  1. Rumah Hantu - RM4
  2. Coconut Bowling - RM3(I) / RM5(G)
  3. Karaoke - RM3
  4. Permintaan Lagu - RM2
  5. Bola Sepak - RM2
  6. Paintball Target-Shooting - RM10(D) / RM5(K)
  7. Magic Show - RM5
  8. Pertunjukan Badut - RM2
  9. Taman Arnab - RM3
  10. Menunggang Kuda - RM5
  11. Golf - RM5
  12. Fesyen/Pakaian Beragam - RM6
  13. Inflatabled Bouncer - RM3
  14. Flying Fox - RM5
  15. Sand Art - RM3
AKTIVITI:
  • Jumble Sale
  • Cabutan Bertuah
  • Jualan Makanan dan Minuman yang Berkhasiat
PAMERAN:
  • Jabatan Bomba
  • Polis
  • Anti Dadah

JOM DATANG RAMAI-RAMAI KITA HEBOHKAN LAGI KARNIVAL INI!!


Share:

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT (UPSR) SERTA JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga, PIBG serta guru-guru yang telah menyumbang makanan dan minuman semasa jamuan hari raya aidilfitri. Semoga majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi dengan kerjasama semua pihak. Kepada murid-murid Tahun 6, Selamat menduduki UPSR dengan jayanya. Semoga mendapat kejayaan yang diingini dengan usaha dan tawakal kepada Allah.













Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN AIDILFITRI












Majlis khatam al-Quran telah diadakan pada 26 Ogos 2011 sempena Bulan Ihya' Ramadhan peringkat sekolah. seramai 60 orang peserta telah menyertai Tadarus al-Quran sepanjang Bulan Ihya' Ramadhan dijalankan dan 19 orang daripadanya merupakan peserta Khatam al-Quran. Sumbangan Aidilfitri juga telah diberikan kepada anak-anak yatim dan miskin pada sambutan Majlis Khatam al-Quran tersebut.


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts