JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PERSEKOLAHAN SESI 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa perkara-perkara seperti di bawah adalah untuk makluman dan panduan ibu bapa bagi memudahkan pengurusan sekolah
anak-anak
Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan.

2.1  WAKTU PERSEKOLAHAN 2013
TAHUN
HARI

WAKTU MASUK


WAKTU KELUAR/ BALIK
4, 5, dan 6
Isnin
Selasa - Khamis
Jumaat
7.30 pagi
7.30 pagi
7.30 pagi
1.20 petang
12.50 tengah hari
12.20 tengah hari
Perjumpaan Kokurikulum
 Tahun 4, 5 dan 6
Setiap hari Rabu
(Akan dimaklumkan)
2.00 petang
4.15 petang
Kelas Tasmek
Setiap hari Selasa  Tahun 6
Setiap hari Rabu    Tahun 5
Setiap hari Khamis Tahun 4
(Akan dimaklumkan)
12.50
tengah hari
1.20 petang

Sesi Pagi
Nota penting : Waktu tiba sesi pagi ialah 7.20 pagi

Sesi Petang

TAHUN
HARI

WAKTU MASUK


WAKTU KELUAR/ BALIK
1, 2 dan 3
Isnin - Selasa
Rabu - Khamis
Jumaat
1.20 petang
1.20 petang
2.20 petang
6.40 petang
6.10 petang
6.40 petang
Perjumpaan Kokurikulum Tahun 3
Setiap hari Rabu
(Akan dimaklumkan)
8.00 pagi
10.15 pagi
Kelas Tasmek
Setiap hari Selasa  Tahun 1
Setiap hari Rabu    Tahun 2
Setiap hari Khamis Tahun 3
(Akan dimaklumkan)
12.50
tengah hari
1.20 petang

Nota penting : Waktu tiba sesi petang ialah 1.10 petang (Isnin – Khamis)
Manakala hari Jumaat ialah 2.10 petang



2.2  PERATURAN SEKOLAH SECARA AM
v      Semua murid sesi petang mesti hadir ke sekolah sebelum pukul 1.10 pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat adalah sebelum pukul 2.10 petang. Murid yang hadir selepas waktu tersebut adalah dianggap lewat.
v      Ketidakhadiran ke sekolah mestilah disertakan dengan sijil cuti sakit atau surat  
akuan ibu bapa atau penjaga. Jika tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab dianggap ponteng dan akan diberi surat amaran pertama oleh pihak sekolah.
v      Semua murid mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap mengikut
garis panduan di dalam Buku Peraturan Sekolah. (boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah)
v      Murid-murid dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani  (PJ) terus dari
rumah pada hari yang ada waktu PJ sahaja. Pakaian PJ yang dibenarkan ialah  baju ‘T’ rasmi sekolah atau baju ‘T’ putih kosong dengan seluar sukan panjang (track bottom) berwarna hitam atau biru tua sahaja.
v      Pemakaian barang kemas adalah dilarang kecuali subang atau anting-anting KECIL sahaja.
v      Semua murid tidak dibenarkan mewarna rambut atau kuku. Penggunaan inai
juga adalah dilarang.
v      Murid lelaki mesti berambut pendek dan kemas mengikut garis panduan dalam
Buku Peraturan Sekolah.
v      Manakala murid perempuan yang berambut panjang mesti diikat 1 atau 2
dengan pengikat rambut berwarna hitam atau biru tua sahaja. Jika menggunakan cekak rambut,  ia juga mesti berwarna hitam atau biru tua.
-             Jika bertudung, mesti memakai tudung dan anak tudung yang berwarna putih kosong tanpa sebarang hiasan.
v      Murid-murid juga dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Jika didapati ada
murid  yang membawa telefon ke sekolah, telefon tersebut akan dirampas oleh pihak sekolah. Hanya ibu bapa yang dibenarkan membuat sebarang urusan berkaitan dengan telefon bimbit yang dirampas itu.


2.3  OPERASI KEDAI BUKU
Sepanjang cuti sekolah kedai buku akan dibuka mulai
17 Disember 2012 (Isnin)  untuk memudahkan
ibu bapa/ penjaga membuat urusan pembelian buku-buku dan peralatan sekolah anak-anak. Senarai pembelian buku dan alatan boleh didapati di kedai buku. (Ditutup setiap hari Ahad)

2.4  AGIHAN BUKU TEKS 2013
Semua ibu bapa/ penjaga sudah sedia maklum semua murid-murid tahun 1, 3, 4 dan 5 sesi 2012 telah diserahkan buku teks untuk sesi persekolahan tahun 2013. Agihan buku teks bagi murid tahun 3 sesi persekolahan 2013 adalah pada 28 Disember 2012 (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Manakala agihan buku teks bagi murid tahun 1 sesi persekolahan 2013 adalah pada 29 Disember 2012 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kerjasama ibu bapa/ penjaga bagi memastikan buku-buku teks sentiasa berada dalam keadaan baik dan dibalut.





2.5  BAYARAN PERSEKOLAHAN 2013 DAN SUMBANGAN PIBG
Pembayaran Bayaran Tambahan untuk persekolahan tahun 2013 telah pun dimansuhkan. Ibu Bapa/ Penjaga hanya perlu menjelaskan yuran sumbangan PIBG yang akan ditetapkan setelah mesyuarat meluluskan jumlah yang sepatutnya dibayar. Ibu bapa/ Penjaga juga perlu membuat bayaran perkhidmatan yang akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kemudian.

2.6  PENGGUNAAN BUKU TULIS 2013
Penggunaan buku tulis adalah seragam kepada murid tahun 1 hingga 6. Pihak sekolah memohon ibu bapa membantu anak masing-masing menulis nama murid, nama kelas dan mata pelajaran pada kulit buku tulis. Bersama ini dilampirkan Senarai Penggunaan Buku Tulis 2013 untuk rujukan ibu bapa / penjaga.

2.7  JADUAL WAKTU KELAS
Jadual Kelas akan diberikan kepada murid pada minggu pertama persekolahan sesi 2013.
3.         Semoga dengan makluman di atas dapat membantu ibu bapa membuat perancangan persekolahan sesi 2013 untuk anak-anak.


Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

MAKLUMAN


Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

                                           Tarikh : 9 November 2012
                                           Masa :  7.30 pagi - 12.30 tengah hari
                                           Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan murid yang menerima anugerah untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.

ATUR CARA MAJLIS

7.30 pagi                    Ketibaan murid, ibu bapa/ penjaga, guru dan jemputan.
8.00 pagi                    Ketibaan dif-dif kehormat.
8.15 pagi                    Nyanyian lagu Negaraku.
                                    Bacaan doa.
8.20 pagi                    Ucapan alu-aluan En Md Zohri bin Saluki (Guru Besar
SKTPP2).
8.30 pagi                    Ucapan perasmian
Tuan Hj Mahmud bin Karim
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
8.40 pagi                    Persembahan 1
                            Penyampaian sijil-sijil dan hadiah.
·        Pengawas Sekolah Tahun 6
·        Pengawas Pusat Sumber Sekolah Tahun 6
·        Pengawas SPBT Tahun 6
9.15 pagi                    Persembahan 2
9.25 pagi                    Penyampaian Hadiah
·        Hadiah Terbaik Pentaksiran Sumatif Tahun 1
·        Hadiah Terbaik Pentaksiran Sumatif Tahun 2
·        Hadiah Kedudukan Kelas bagi Tempat pertama, Ke-2 dan Ke-3 dari tahun 3 hingga 6.
·        Hadiah Terbaik Mata Pelajaran Tahun 3 hingga 6
10.30 pagi                 Persembahan 3
10.40 pagi                 Anugerah Khas
·        Anugerah NILAM – Perak, Gangsa dan Tokoh NILAM
·        Anugerah Intan (Pemulihan)
·        Tokoh-tokoh Sinar (Bestari, Nurani dan Kesatria)
·        Anugerah Perdana - Tokoh Bitara
11.45 pagi                 Sesi bergambar (untuk penerima anugerah-anugerah  khas)
dan sesi bergambar dengan semua guru 
12.30 tengah hari      Majlis tamat dan bersurai.  



(Oleh : JK Dokumentasi Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2012)  
                       


















Share:

HARI ORIENTASI TAHUN 1, SESI 2013

                Pada 3 November 2012 (Sabtu), SKTPP 2 telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2013. Ibu bapa bersama anak masing -masing telah hadir mengikut ketetapan. Aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 (Oleh : JK Fotografi & Dokumentasi Hari Orientasi Tahun 1, Sesi 2013)


Ketibaan ibu bapa bersama anak masing -masing.
Murid -murid beratur mengikut kelas masing-masing.
Ibu bapa menumpukan sepenuh perhatian ketika taklimat diberikan.
Perasmian oleh En Md Zohri bin Saluki (Guru Besar SKTPP 2).

Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan.

Murid - murid menjalani ujian diagnostik.


Guru-guru yang terlibat bertungkus lumus menanda kertas ujian diagnostik.

Ibu bapa mendapatkan t-shirt sukan dan tanda nama anak masing-masing.

Lawatan murid -murid ke kawasan sekolah.                               















Share:

MAJLIS 'HI-TEA' TAHUN 6 2012

Pada 05 November 2012(Isnin) telah diadakan Majlis 'Hi-Tea' yang bertempat di Cyberview Lodge, Cyberjaya. Majlis bermula pada pukul 2.30 pm dan berakhir pada pukul 6.00 pm. Murid - murid tahun 6 menaiki bas yang telah disewa khas untuk ke Cyberview Lodge, Cyberjaya. Aturcara Majlis yang telah berlangsung adalah seperti di bawah.

2.30 pm   :  Bertolak ke Cyberview Lodge, Cyberjaya

2.45 pm   : Pendaftaran guru dan murid

3.00 pm   : Ucapan Guru Besar SKTPP 2
                  En. Md. Zohri bin Saluki

3.10 pm  : Ucapan wakil PIBG

3.20 pm  : Ucapan wakil murid

3.25 pm  : Persembahan murid

3.35 pm  : Persembahan guru

3.45 pm  : Makan

               : Penyampaian hadiah

               : Tayangan slide aktiviti - aktiviti Tahun 6 2012

6.00 pm  : Bertolak balik

 








Share:

HARI ORIENTASI TAHUN 1, SESI 2013

PEMBERITAHUAN

Dimaklumkan bahawa Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

Tentatif Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013



7.45 pagi          :           -  Kehadiran ibu/bapa/penjaga bersama murid-murid Tahun 1 2013
-  Murid- murid beratur mengikut kelas yang ditetapkan ( mengikut papan tanda kelas. )

8.00 -               :           Murid-murid berhimpun di dataran perhimpunan.
8.30 pagi                      - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.
                                    - Bacaan doa ( Ustaz Mohd Razis bin Mohd Shainisi)


8.30 –              :           Murid-murid bergerak ke kelas untuk ujian.
10.30 pagi        :           -  ibu / bapa /penjaga bergerak ke dewan terbuka untuk taklimat am
                                    dan disiplin
                                    - Kata – kata aluan pengerusi majlis
                                    - Ucapan Guru besar
                                    - Taklimat am dan disiplin oleh Penolong Kanan.

10.30 -             :           Rehat
10.50 pagi

10.50 -             :           Lawatan ke kawasan sekolah
11.50 pagi                    - Oleh guru kelas dan  pembantu.
                                    - Bergerak dari dewan terbuka mengikut jadual lawatan.
                                    - Ibu bapa bergerak ke kelas untuk mengambil T-shirt sekolah.
                                                              
12.00 tghri        :           Bersurai
                                                           


Sehubungan dengan itu, pihak SKTPP2 mengalu-alukan kedatangan murid-murid Tahun 1, sesi 2013 beserta ibu bapa hadir untuk menjayakan program ini. Terima kasih.


Oleh : JK Dokumentasi Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013

Share:

BLOG KSSR DAN PBS

Murid, ibu bapa / penjaga serta guru boleh mendapatkan informasi KSSR dan PBS di blog/pautan ini -> KSSR PBS SKTPP2

Terima kasih.
Share:

Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012

Tarikh         :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa          :  8.00 – 11.00 pagi
Tempat      :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
   Tahun 3B, 3D & 3I – Bilik Kemahiran Hidup
   Tahun 3M, 3N & 3Z – Kelas 2 Zamrud
   Bilik darjah masing-masing (Thn 4 & Thn 5)

Perjalanan Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012 telah menunjukkan keperihatinan ibu bapa serta guru-guru SKTPP 2.
Kehadiran ibu bapa pada hari ini adalah seawal jam 7 pagi. Kehadiran mereka pada hari ini menunjukkan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga. Mereka sabar dan setia menunggu lama untuk berjumpa guru kelas anak-anak mereka bagi sesi bertemu pelanggan untuk kali ke-2 ini. Tiada percanggahan pendapat berlaku walaupun terdapat sedikit sebanyak kritikan yang diberikan tentang anak-anak mereka. Ibu bapa sangat bersikap terbuka kerana mereka sedar bahawa tujuan guru adalah mulia untuk mendidik anak mereka menjadi manusia berguna kelak. Insyaallah …











Secara keseluruhannya, Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Warga SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh guru-guru, kakitangan serta Ibu bapa dan penjaga SKTPP2 dalam menjayakan Hari Jalinan Mesra SKTPP2 pada kali ini.
TERIMA KASIH...
Share:

HARI JALINAN MESRA KALI KE-2 2012

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Jalinan Mesra seperti ketetapan berikut: Tarikh    :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa     :  8.00 – 11.00 pagi
Tempa t :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
                Tahun 3B, 3 D & 3 I – Bilik Kemahiran Hidup
                Tahun 3 M, 3 N & 3 Z – Kelas 2 Zamrud
                Bilik darjah masing-masing (Tahun 4 dan Tahun 5)



Share:

Aktiviti Gotong-Royong PIBG bersama SKTPP2

Aktiviti Gotong-Royong PIBG dan sekolah telah diadakan pada 29 Oktober (Sabtu) yang lalu.
Kehadiran ibu bapa, guru dan murid-murid sangat membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.  Selain membuat Taman Herba, banyak aktiviti lain seperti menanam pokok-pokok yang disumbang oleh para ibu bapa dan pihak luar.  Beberapa orang guru pula membantu mengurus Bilik PBS dan bilik j-QAF.
Diharap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lebih kerap lagi bagi merapatkan silaturrahim di antara ibu bapa dengan warga sekolah dan seterusnya mewujudkan suasana yang selesa, aman dan ceria.










Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan pihak luar bagi menjayakan aktiviti gotong-royong.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts