JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS


Program Minggu Bahasa Inggeris ini di jalankan agar murid- murid dapat mengembangkan kemahiran dalam subjek Bahasa Inggeris. Selain itu, melalui program ini, murid- murid juga  akan lebih menguasai Bahasa Inggeris serta melatih mereka supaya bersiap sedia dalam menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar seiring dengan era globalisasi di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara yang paling meluas digunakan di seluruh dunia.

               Selain itu ianya juga adalah satu aktiviti yang dapat membantu murid dalam mengukuhkan pengetahuan Bahasa Inggeris. Mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, dengan adanya program yang seperti ini dapatlah murid – murid mempelajari bahasa ini dengan cara yang lebih menyeronokkan sesuai dengan tema minggu Bahasa Inggeris kali ini iaitu” Learning English is Fun”.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi memberikan pendekatan yang berbeza kepada murid  sekaligus meningkatkan tahap keyakinan murid dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, program ini sedikit sebanyak membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Majlis perasmian minggu Bahasa inggeris telah diadakan pada 15hb April 2013. Jadual pengisian program adalah seperti di bawah:


Tarikh

Aktiviti

Masa

Guru Bertanggungjawab

15.04.2013

 (Isnin)

    1) Majlis Perasmian Pembukaan

-          Pagi & Petang

    2) Persembahan

-          Tahun 4

-          Tahun 3

    3)Word Power

       - Tahun 3, 4,5 dan 6

7.30 – 8.30 pagi

    5.50 – 6.30     

        petang


Waktu P&P

Puan Nadhrah (Pagi)

Puan Gayathrideviney (Petang)


Pn. Hazwani

Pn. Nadhrah

16.04.2013

(Selasa)

    1) Singing Competition

-          Tahun 4, 5, dan 6

    2) Nursery Rhymes

        -     Tahun 1,2 dan 3

    3) Action Song

7.25 pagi



10.20 – 11.20 pagi

Puan Aliza (pagi)

Pn Gayatheri(petang)


Pn. Izyani

Pn Jagjer

Cik Felicia

Pn. Aisyah Asni

18.04.2013

 (Rabu)

      1) English Day

      2) Spell it Right

     - Tahun 4, 5 dan 5

      3) Spelling Bee

     - Tahun 3

      4) Phonics

      - Tahun 1 dan 2


7.25 pagi

10.20 – 11.20 pagi


4.20-5.20  petang


Puan Norlida

Cik Jagjer

Pn. Aliza


   Cik Felicia Gatun

        Pn Norhazwani

        Pn. Zayanniasirah

19.04.2013 (Khamis)

    1) Pertandingan “ Story Telling”

    -       Tahun 4,5 & 6

        ( Baiduri, Delima, Intan)

    2) Pertandingan “ Story Telling”

    -      Tahun 1,2 & 3

        ( Baiduri, Delima & Intan)


7.25 pagi


10.20 – 11.20 pagi



 Pn. Nadhrah

Pn. Norazah


Cik Margaret Ann

En Fakhry

Pn. Nurul Aida

20.04.2013 (Jumaat)

    1) Reading Competition

    -       Tahun 4,5 & 6

        ( Mutiara, Nilam & Zamrud )

    2) Reading Competition

     -       Tahun 1,2 & 3

       ( Mutiara, Nilam , Zamrud, Jauhari & Kristal )


10.20 – 11.20 pagi


4.20-5.20  petang


Pn. Nadhrah

Pn. Aliza


Cik Nooraisha Asni

Pn. Gayatherideviney



22.04.2013 (Isnin)

  1) Majlis Penutup

-          Penyampaian Hadiah


7.30 pagi

Puan Norlida

Puan Nadhrah



Perasmian Minggu Bahasa Inggeris sesi pagi dirasmikan oleh Puan Siti Hanim binti Sungit

Perasmian Minggu Bahasa Inggeris sesi petang dirasmikan oleh Puan Norlela binti Hashim


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Persembahan sempena perasmian Minggu Bahasa Inggeris

Share:

PROGRAM KESIHATAN & SARAPAN SEIMBANG BERSAMA KNORR

Pihak Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd telah menaja satu program iaitu "Program Kesihatan & Sarapan Seimbang Bersama Knorr" di kalangan pelajar tahun 3. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya mendapatkan sarapan berkhasiat & seimbang dalam usaha membentuk para pelajar yang sihat & cerdas. Program ini telah diadakan pada 19hb April 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2 pada pukul 5.00ptg. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, kemunculan maskot & pemberian sampel percuma.

Ceramah berkenaan sarapan seimbang

Kemunculan maskot jagung

Pemberian sampel percuma
Share:

PROGRAM PENDIDIKAN MAKANAN BERKHASIAT BERSAMA DUMEX DUGRO FRUITS & VEG

Program pemakanan berkhasiat bersama DUGRO ini merupakan program pendidikan kesihatan. Melalui program ini, pelajar akan dapat mengetahui tentang bagaimana cara pengambilan makanan yang seimbang dan makanan sihat dalam menjalankan kehidupan harian dalam usia kanak - kanak yang sedang membesar. Selain itu, melalui program pendidikan ini juga bertujuan untuk memupuk nilai murni dan sikap menitik beratkan pengambilan diet yang seimbang di kalangan murid dalam kehidupan seharian dan sekaligus dapat diterapkan bagi pembentukan gaya hidup sihat.
Program ini telah diadakan pada 16hb April 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Program ini telah diadakan pada pukul 5.00 petang. Murid yang terlibat adalah murid - murid tahun 1 hingga tahun 3.

Mesej yang disampaikan melalui persembahan ini menyentuh mengenai kepentingan dan kesan sekiranya kita tidak mengambil berat tentang makanan yang dimakan.


Sesi penerangan dengan murid mengenai pengambilan makanan berkhasiat.


Share:

KEM BESTARI SOLAT FASA 2

Kem Bestari Solat Fasa 2 telah diadakan pada 13 April 2013. Sasaran Kem Bestari Solat Fasa 2 adalah semua murid Islam Tahun 2 & 3 SK Taman Putra Perdana 2 seramai 629 orang.

Tarikh   : 13 April 2013 (Sabtu)
Masa     : 7.30pagi - 12.30 tengah hari (Murid Tahun 2 )
               12.30 tengah hari - 5.30 petang (Murid Tahun 3)
Tempat : SK Taman Putra Perdana 2

Objektif Kem Bestari Solat ini adalah:
a) Pelajar dapat mengetahui tentang kewajipan solat dan kedudukannya dalam solat.
b) Pelajar dapat mengambil wuduk dengan sempurna berdasarkan Model Bestari solat yang disediakan.
c) Pelajar dapat mengetahui tentang solat - solat fardhu, bilangan rakaatnya, rukun - rukun yang terkandung didalamnya, urutan - urutan solat fardhu dan perkara lain yang mempunyai kaitan yang rapatnya.
d) Pelajar dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul, lancar dan sempurna.
e) Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah.

Murid dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil.
Ustaz Wan Adli membacakan nama fasilitator yang terlibat

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Norlela bt Hashim.

Murid diajar untuk mengimankan solat

Murid solat beramai ramai di bawah pengawasan fasilitator



Murid solat secara jemaah di bawah pemantauan fasilitator

Murid diajar dalam kumpulan yang kecil

Murid membuat amali wuduk

Share:

KURSUS MENANGANI STRESS, PEMBINAAN BLOG DAN AL BAGHDADI

SK Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Kursus Menangani Stress, Pembinaan Blog dan Al Baghdadi pada 16 Mac 2013 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer 1. Objektif kursus ini dijalankan adalah:

a) Memberi idea - idea bagaimana menguruskan kerja tanpa stress.
b) Cara - cara membina blog dan membuat posting dalam blog.
c) Pendedahan kaedah baru dalam mengaji Al Quran.

Atur cara

8.00pg - 10.30pg - Cara Menguruskan kerja tanpa stress

11.00pg - 12.30ptg - Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Pagi)
                               -  Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Petang)

12.30ptg - 2.00ptg - Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Pagi)
                               - Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Petang)


Penceramah yang terlibat:

1) Ahmad Fakrullah bin Zainal Abidin

2) Ustaz Mohd Razis bin Shainisi

3) Norhafizah binti Che Zainal


Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran di sampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi


  Cara membuat posting dalam blog sekolah




                                                            
Share:

MAJLIS PERASMIAN MINGGU NILAM 2013

Pada 11 Mac 2013 bersamaan hari isnin yang lalu, SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Majlis Pelancaran Minggu Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) bagi tahun 2013. Majlis ini  telah dirasmikan oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran). Program Minggu Nilam ini bermula pada 11 Mac 2013 dan berakhir pada 15 Mac 2013.

Rasional :-
Membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Untuk mencipta budaya ilmu perlu menjana idea serta pendekatan terancang bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang.

Matlamat :-
Membina tabiat membaca di kalangan murid.

Objektif:-
Menjadikan murid banyak membaca.
Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pertandingan / Aktiviti yang dijalankan :-

Prasekolah
  • Pertandingan mewarna (BM & BI)
Tahun 1
  • Mewarna (BM)
  • Cari perkataan tersembunyi (BI)
Tahun 2
  • Pertandingan bercerita (BM & BI)
  •  Teka Silang Kata (BM & BI)
Tahun 3
  • Pertandingan bercerita (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun 4
  • Pertandingan Puisi (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Cantik (BM & BI)
Tahun 5
  • Pertandingan Puisi (BM & BI )
  • Pertandingan Tulisan Berangkai (BM & BI)
Tahun 6
  • Pertandingan Puisi (BM & BI)
  • Pertandingan Tulisan Berangkai BM & BI)
Terbuka
  • Pertandingan melukis poster tahap 1 & 2 (Tajuk: Membaca Amalan Mulia0
  • Pertandingan Ulat Buku ( Tahun 3 dan Tahun 6 antara kelas)
  • Meneka bilangan muka surat
  • Pertandingan cepat baca (LINUS)

Atur cara Majlis Sesi Pagi

7.30: Murid berkumpul di tapak
         perhimpunan.
7.35: Ucapan Guru bertugas.
7.45: Ucapan Penyelaras Majlis.
7.50: Ucapan Perasmian.
7.55: Persembahan murid.
8.15: Program 5 minit membaca buku
8.30: Majlis bersurai.

 Atur cara Majlis Sesi Petang

5.40: Murid berkumpul di tapak
         perhimpunan.
5.50: Ucapan Guru bertugas.
6.00: Ucapan Penyelaras Majlis.
6.10: Ucapan Perasmian.
6.20: Persembahan murid.
6.35: Program 5 minit membaca buku
6.40: Majlis bersurai.









Share:

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 4 2013

PIBG SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG  kali ke - 4 pada hari Sabtu (2 Mac 2013). Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 4 ini telah diadakan di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2.
Kehadiran ibu bapa dan penjaga


Majlis dimulai dengan persembahan tarian 


Untuk memberkati Mesyuarat PIBG kali ke - 4, Ustaz Wan Adli bin Wan Derahman telah dijemput untuk bacaan doa.

Ucapan Guru Besar (En. Kamsani bin Sahlan)

Ucapan Yang Di Pertua PIBG (En.Mohd Faiz bin Mat Isa)

Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Sepang ( En. Haji Mat Jah bin Roslan)

Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2012/2013

Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2012/2013
Membahaskan usul

Cabutan bertuah

Cabutan bertuah





AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
SESI 2013/2014

Penasihat                                : En. Kamsani bin Sahlan
Yang Di Pertua                        : En. Mohd Faiz bin Mat Isa
Naib Yang Di Pertua               : En. Amerol Hamzah bin Said
Setiausaha Kehormat              : Cik Noraini binti Yusoff
Naib Setiausaha Kehormat      : En. Rosmadi bin Abd Manaf
Bendahari Kehormat               : Pn. Siti Baizura binti Saarani
Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa) :          
En. Hussein bin Sulaiman
Pn. Hajah Che Maria binti Harun
En. Shaifol Azmi bin Osman
Pn. Mazamah Yacob (Maznah)
Pn. Norhasrati Mohamad
Pn. Nooralinah Paijan
En. Suhaidi Bin Suhaimi
En. Ananthakumar A/L Doraisamy
En. Idris Hussain
En. Shariful Izam Bin Haji Ahmad
Pn. Nor Mala Bt Mohd Salim
Pn. Nor Amani Bt Abd Rashid
Ahli Jawatankuasa (Guru) :
Pn. Tuan Norhaleza bt Raja Muhammad
Pn. Nurul Ashikin bt Mohd Nor
En. Muhammad Nawawi bin Kandar
En. Mohd Sahrom bin Yusof
Juruaudit Dalaman:
En. Mohd Azree Mohd Sapie (Ibu bapa)
Pn. Azlimariah binti Ariffin (Guru)




Share:

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU (1) SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR


 
PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU (1)

SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR


 

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke Tahun Satu (1) sesi persekolahan 2014 dan 2015 boleh dibuat mulai 01 Mac 2013 hingga 30 April 2013.

 Permohonan boleh diisi melalui pautan  aplikasi dalam talian yang disediakan di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor atau http://apps.moe.gov.my/esppsel/.  

Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama dokumen-dokumen berikut :


           i.            Cetakan Borang Maklumat Permohonan yang lengkap diisi

         ii.            Surat Beranak / Sijil Anak Angkat                                                 -Asal & Salinan

        iii.            Bil Utiliti (Bil Elektrik / Bil Air)                                                             -Asal & Salinan

      iv.            Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga                                     -Asal & Salinan

        v.            Surat Nikah / Surat Cerai / Surat Hak Penjagaan /

     Perintah Mahkamah jika berkenaan                                             -Asal & Salinan

      vi.            Slip gaji terkini yang disahkan majikan /

    Akuan Pendapatan yang disahkan

     vii.            Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan                                  -Asal & Salinan

   viii.            Sampul surat bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)

     Beralamat sendiri dan bersetem 60sen

Ibu bapa . penjaga boleh berurusan dengan pihak sekolah mengenai perkara di atas pada hari  Isnin hingga Jumaat (Waktu Pejabat).

Sekian.
Share:

JADUAL UJIAN BULANAN 1 TAHUN 2013

TAHAP 2 (TAHUN 4 DAN 5)
Tarikh 8.00-8.50 pg 9.10-10.00 pg 10.00-10.20 pg 10.50-12.05 tghr 12.05-12.50 tghr
5.3.2013 SELASA Bahasa Inggeris (Kertas 1) Bahasa Melayu (Pemahaman) REHAT Bahasa Melayu (Penulisan) Belajar seperti biasa
6.3.2013 RABU 8.00-9.15 pg 9.15-10.00 pg 10.00-10.20 pg 10.50-11.30 pg 11.50-12.50 tghr
Bahasa Inggeris (Kertas 2) Belajar seperti biasa REHAT Matematik (Kertas 2) Pend. Islam / Pend. Moral
7.3.2013 KHAMIS 8.00-9.15 pg 9.15-10.00 pg 10.00-10.20 pg 10.50-11.50 pg 11.50-12.50 tghr
Sains Belajar seperti biasa REHAT Matematik (Kertas 1) Belajar seperti biasa
TAHAP 2 (TAHUN 6)
Tarikh 8.00-8.50 pg 9.15-10.05 pg 10.30-10.50 pg 11.20-12.35 tghr 12.35-12.50 tghr
5.3.2013 SELASA Bahasa Inggeris (Kertas 1) Bahasa Melayu (Pemahaman) REHAT Bahasa Melayu (Penulisan) Belajar seperti biasa
6.3.2013 RABU 8.00-9.15 pg 9.35-10.15 pg 10.30-10.50 pg 11.20-12.20 tghr 12.20-12.50 tghr
Bahasa Inggeris (Kertas 2) Matematik (Kertas 2) REHAT Matematik (Kertas 1) Belajar seperti biasa
7.3.2013 KHAMIS 8.00-9.15 pg 9.15-10.30 pg 10.30-10.50 pg 11.20-12.20 tghr 12.20-12.50 tghr
Sains Belajar seperti biasa REHAT Pend. Islam / Pend. Moral Belajar seperti biasa
NOTA PENTING: Kehadiran murid adalah wajib kecuali sakit. Murid yang tidak hadir lebih daripada 3 hari, markah ujian/peperiksaan tidak akan diambil sebagai markah ujian bulanan 1 tetapi dianggap ssebagai latihan sahaja.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts