JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PELANCARAN MINGGU BAHASA INGGERIS


Program Minggu Bahasa Inggeris ini di jalankan agar murid- murid dapat mengembangkan kemahiran dalam subjek Bahasa Inggeris. Selain itu, melalui program ini, murid- murid juga  akan lebih menguasai Bahasa Inggeris serta melatih mereka supaya bersiap sedia dalam menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar seiring dengan era globalisasi di mana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantara yang paling meluas digunakan di seluruh dunia.

               Selain itu ianya juga adalah satu aktiviti yang dapat membantu murid dalam mengukuhkan pengetahuan Bahasa Inggeris. Mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, dengan adanya program yang seperti ini dapatlah murid – murid mempelajari bahasa ini dengan cara yang lebih menyeronokkan sesuai dengan tema minggu Bahasa Inggeris kali ini iaitu” Learning English is Fun”.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi memberikan pendekatan yang berbeza kepada murid  sekaligus meningkatkan tahap keyakinan murid dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, program ini sedikit sebanyak membantu murid menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Majlis perasmian minggu Bahasa inggeris telah diadakan pada 15hb April 2013. Jadual pengisian program adalah seperti di bawah:


Tarikh

Aktiviti

Masa

Guru Bertanggungjawab

15.04.2013

 (Isnin)

    1) Majlis Perasmian Pembukaan

-          Pagi & Petang

    2) Persembahan

-          Tahun 4

-          Tahun 3

    3)Word Power

       - Tahun 3, 4,5 dan 6

7.30 – 8.30 pagi

    5.50 – 6.30     

        petang


Waktu P&P

Puan Nadhrah (Pagi)

Puan Gayathrideviney (Petang)


Pn. Hazwani

Pn. Nadhrah

16.04.2013

(Selasa)

    1) Singing Competition

-          Tahun 4, 5, dan 6

    2) Nursery Rhymes

        -     Tahun 1,2 dan 3

    3) Action Song

7.25 pagi



10.20 – 11.20 pagi

Puan Aliza (pagi)

Pn Gayatheri(petang)


Pn. Izyani

Pn Jagjer

Cik Felicia

Pn. Aisyah Asni

18.04.2013

 (Rabu)

      1) English Day

      2) Spell it Right

     - Tahun 4, 5 dan 5

      3) Spelling Bee

     - Tahun 3

      4) Phonics

      - Tahun 1 dan 2


7.25 pagi

10.20 – 11.20 pagi


4.20-5.20  petang


Puan Norlida

Cik Jagjer

Pn. Aliza


   Cik Felicia Gatun

        Pn Norhazwani

        Pn. Zayanniasirah

19.04.2013 (Khamis)

    1) Pertandingan “ Story Telling”

    -       Tahun 4,5 & 6

        ( Baiduri, Delima, Intan)

    2) Pertandingan “ Story Telling”

    -      Tahun 1,2 & 3

        ( Baiduri, Delima & Intan)


7.25 pagi


10.20 – 11.20 pagi



 Pn. Nadhrah

Pn. Norazah


Cik Margaret Ann

En Fakhry

Pn. Nurul Aida

20.04.2013 (Jumaat)

    1) Reading Competition

    -       Tahun 4,5 & 6

        ( Mutiara, Nilam & Zamrud )

    2) Reading Competition

     -       Tahun 1,2 & 3

       ( Mutiara, Nilam , Zamrud, Jauhari & Kristal )


10.20 – 11.20 pagi


4.20-5.20  petang


Pn. Nadhrah

Pn. Aliza


Cik Nooraisha Asni

Pn. Gayatherideviney



22.04.2013 (Isnin)

  1) Majlis Penutup

-          Penyampaian Hadiah


7.30 pagi

Puan Norlida

Puan Nadhrah



Perasmian Minggu Bahasa Inggeris sesi pagi dirasmikan oleh Puan Siti Hanim binti Sungit

Perasmian Minggu Bahasa Inggeris sesi petang dirasmikan oleh Puan Norlela binti Hashim


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Gimik perasmian Minggu Bahasa Inggeris


Persembahan sempena perasmian Minggu Bahasa Inggeris

Share:

PROGRAM KESIHATAN & SARAPAN SEIMBANG BERSAMA KNORR

Pihak Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd telah menaja satu program iaitu "Program Kesihatan & Sarapan Seimbang Bersama Knorr" di kalangan pelajar tahun 3. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya mendapatkan sarapan berkhasiat & seimbang dalam usaha membentuk para pelajar yang sihat & cerdas. Program ini telah diadakan pada 19hb April 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2 pada pukul 5.00ptg. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, kemunculan maskot & pemberian sampel percuma.

Ceramah berkenaan sarapan seimbang

Kemunculan maskot jagung

Pemberian sampel percuma
Share:

PROGRAM PENDIDIKAN MAKANAN BERKHASIAT BERSAMA DUMEX DUGRO FRUITS & VEG

Program pemakanan berkhasiat bersama DUGRO ini merupakan program pendidikan kesihatan. Melalui program ini, pelajar akan dapat mengetahui tentang bagaimana cara pengambilan makanan yang seimbang dan makanan sihat dalam menjalankan kehidupan harian dalam usia kanak - kanak yang sedang membesar. Selain itu, melalui program pendidikan ini juga bertujuan untuk memupuk nilai murni dan sikap menitik beratkan pengambilan diet yang seimbang di kalangan murid dalam kehidupan seharian dan sekaligus dapat diterapkan bagi pembentukan gaya hidup sihat.
Program ini telah diadakan pada 16hb April 2013 bertempat di Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2. Program ini telah diadakan pada pukul 5.00 petang. Murid yang terlibat adalah murid - murid tahun 1 hingga tahun 3.

Mesej yang disampaikan melalui persembahan ini menyentuh mengenai kepentingan dan kesan sekiranya kita tidak mengambil berat tentang makanan yang dimakan.


Sesi penerangan dengan murid mengenai pengambilan makanan berkhasiat.


Share:

KEM BESTARI SOLAT FASA 2

Kem Bestari Solat Fasa 2 telah diadakan pada 13 April 2013. Sasaran Kem Bestari Solat Fasa 2 adalah semua murid Islam Tahun 2 & 3 SK Taman Putra Perdana 2 seramai 629 orang.

Tarikh   : 13 April 2013 (Sabtu)
Masa     : 7.30pagi - 12.30 tengah hari (Murid Tahun 2 )
               12.30 tengah hari - 5.30 petang (Murid Tahun 3)
Tempat : SK Taman Putra Perdana 2

Objektif Kem Bestari Solat ini adalah:
a) Pelajar dapat mengetahui tentang kewajipan solat dan kedudukannya dalam solat.
b) Pelajar dapat mengambil wuduk dengan sempurna berdasarkan Model Bestari solat yang disediakan.
c) Pelajar dapat mengetahui tentang solat - solat fardhu, bilangan rakaatnya, rukun - rukun yang terkandung didalamnya, urutan - urutan solat fardhu dan perkara lain yang mempunyai kaitan yang rapatnya.
d) Pelajar dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul, lancar dan sempurna.
e) Pelajar dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah.

Murid dibahagikan kepada kumpulan - kumpulan kecil.
Ustaz Wan Adli membacakan nama fasilitator yang terlibat

Sesi penerangan telah disampaikan oleh Puan Norlela bt Hashim.

Murid diajar untuk mengimankan solat

Murid solat beramai ramai di bawah pengawasan fasilitator



Murid solat secara jemaah di bawah pemantauan fasilitator

Murid diajar dalam kumpulan yang kecil

Murid membuat amali wuduk

Share:

KURSUS MENANGANI STRESS, PEMBINAAN BLOG DAN AL BAGHDADI

SK Taman Putra Perdana 2 telah menganjurkan Kursus Menangani Stress, Pembinaan Blog dan Al Baghdadi pada 16 Mac 2013 iaitu pada hari Sabtu bertempat di Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer 1. Objektif kursus ini dijalankan adalah:

a) Memberi idea - idea bagaimana menguruskan kerja tanpa stress.
b) Cara - cara membina blog dan membuat posting dalam blog.
c) Pendedahan kaedah baru dalam mengaji Al Quran.

Atur cara

8.00pg - 10.30pg - Cara Menguruskan kerja tanpa stress

11.00pg - 12.30ptg - Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Pagi)
                               -  Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Petang)

12.30ptg - 2.00ptg - Cara membuat posting dalam blog sekolah (Guru Sesi Pagi)
                               - Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran (Guru Sesi Petang)


Penceramah yang terlibat:

1) Ahmad Fakrullah bin Zainal Abidin

2) Ustaz Mohd Razis bin Shainisi

3) Norhafizah binti Che Zainal


Kaedah baru dalam melancarkan penguasaan Al Quran di sampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Shainisi


  Cara membuat posting dalam blog sekolah




                                                            
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts