JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM BERSAMA MILO

Program bersama MILO telah diadakan di SK Taman Putra Perdana 2 pada hari Isnin bersamaan 17 Jun 2013. Program ini dijalankan pada jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 1.20 petang yang melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Antara pengisian yang telah disampaikan oleh wakil daripada pihak MILO adalah seperti kepentingan bersarapan, kepentingan tenaga untuk gaya hidup sihat dan pentingnya makanan berkhasiat untuk badan manusia. Program ini berakhir dengan pemberian cenderahati daripada MILO kepada murid-murid.

PENERANGAN DARIPADA WAKIL PIHAK MILO
 MURID-MURID YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM BERSAMA MILO

MURID-MURID  MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MILO

CENDERAHATI DARIPADA MILO KEPADA MURID-MURID
 
Share:

SARINGAN LINUS 2.0 BAHASA INGGERIS TAHUN 1

SARINGAN LINUS 2.0 BAHASA INGGERIS TAHUN 1

 PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI TAHUN 2013


National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.  Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris, supaya diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12 konstruk asas Literasi Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..

MAKSUD LITERASI BAHASA INGGERIS 

a) Able to communicate with peers and adults appropriately
b) Able to read and comprehend simple texts and stories
c) Able to write a range of texts through a variety of media

TARIKH PELAKSANAAN LINUS SARINGAN 1

SARINGAN 1 (BASELINE) terdiri daripada 
i) Saringan Membaca 13 Mei 2013 
ii) Saringan Menulis 20 Mei- 24 Mei 

SARINGAN 2- September / Oktober

Share:
JAWAPAN MODUL BANTUAN IBU BAPA TAHUN 6 YANG TERKINI

Sila muat turun disini
Share:

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME DAN PENGURUSAN PROTOKOL


Pada 18 Mei 2013 (Sabtu), SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang bertajuk Peningkatan Profesionalisme dan Pengurusan Protokol. Kursus ini telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah SK Taman Putra Perdana 2.
Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Kamsani bin Hj Sahlan mengiringi Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. 

Bacaan doa oleh Ustaz Razis bin Sainisi


Kursus Peningkatan Profesionalisme telah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. 


Guru - guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

Guru - guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan.


Tuan Pengarah bersoal jawab dengan guru - guru.

Penyampaian Cenderahati 

Guru - guru bergambar bersama Tuan Pengarah sebagai kenangan

Taklimat pengurusan protokol telah disampaikan oleh Puan Norazah binti Abas

Demonstrasi protokol


Share:

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2013

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2013 seperti ketetapan berikut :-

              Tarikh   : 16 Mei 2013
              Masa    : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah hari
              Tempat : SKTPP2

       Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan sesi bergambar warga SKTPP2, bacaan doa daripada Ustaz Mohd. Razis bin Mohd. Shainisi, ucapan daripada Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan,  Ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu Transformasi Pendidikan Negara yang diketuai oleh En. Lokman bin Abdullah. Acara diteruskan lagi dengan persembahan daripada guru-guru tahun 1 hingga tahun 6 dan diselangi dengan acara pertukaran hadiah antara guru-guru. Majlis turut diserikan dengan penganugerahan Tokoh Guru Penyayang seramai 10 orang yang terdiri daripada guru-guru sesi pagi dan petang. Acara turut diwarnai dengan pemberian hadiah daripada murid-murid kepada guru-guru. Seterusnya,majlis dimeriahkan dengan acara sukaneka yang melibatkan semua warga SKTPP2. Majlis diakhiri dengan jamuan makan, penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka dan hadiah cabutan bertuah.


WARGA PENDIDIK SKTPP2


BACAAN DOA

UCAPAN TUAN GURU BESAR SKTPP2, EN. KAMSANI BIN SAHLAN
IKRAR DAN NYANYIAN

"Semoga warga pendidik SKTPP2 sentiasa menjadi pendidik yang cemerlang dan berdedikasi"

SELAMAT HARI GURU 2013
Share:

JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 (MEI/JUN 2013)

JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH TAHUN 6 
(MEI/JUN 2013)


Share:

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013


Share:

MAKLUMAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI PILIHAN RAYA 2013


MAKLUMAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI PILIHAN RAYA 2013

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga murid              SK Taman Putra Perdana 2, sekolah akan bercuti pada           06 Mei 2013 (Isnin) sempena Hari Pilihan Raya 2013. Sehubungan dengan itu, sekolah akan diganti pada  22 Jun 2013 (Sabtu).

 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Share:

PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Sains dan Matematik SK Taman Putra Perdana 2 mengambil inisiatif melaksanakan Program “Minggu Sains dan Matematik”. Program ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap Sains dan Matematik. Seterusnya membudayakan Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.
Objektif " Minggu Sains dan Matematik" diadakan adalah:
1.1      Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan  pemahaman murid terhadap Sains dan Matematik.
1.2       Menimbulkan minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
1.3       Menguji kemahiran dan pemahaman murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
1.4    Membudayakan Sains dan Matematik dalam kehidupan seharian

" Minggu Sains dan Matematik" ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :           29 April – 3 Mei  2013
Hari           :           Isnin hingga Jumaat
Tempat   :           SK Taman Putra Perdana 2  

Aktiviti - aktiviti yang akan diadakan adalah seperti di bawah:

Acara
Tarikh &Hari
Tindakan
Pelancaran Minggu Sains dan Matematik
29 April 2013 (Isnin)
Semua guru Matematik dan Sains sesi pagi dan petang
Pertandingan Terbuka

Menganggar berat buah tembikai











Pameran Sains




Soduku (MT-Tahap 2)
29 April 2013 (Selasa)
hingga
3 Mei 2013
(Jumaat)


Sesi Pagi
Pn.Nurul Ashikin binti Mohd Noor
Pn.Nur Diyana binti Zakariah
Semua guru Matematik dan Sains sesi pagi

Sesi Petang

Pn.Nurhazwani binti Nordin
Pn.Nurleen binti Ismail
Semua guru Matematik dan Sains sesi petang



Pn Siti Nora bt Mohamed Ahyar
Pn.Shahiza bt Razali



Pn. Azmani bt Abdul Halim
Pertandingan Kapal Terbangku (Tahun 1)
30 April 2013
(Selasa)
Pn. Norhafizah bt Che Zainal (K)
Pn. Suriani bt Ibrahim
Cik Noraini bt Yusoff
Semua guru SN&MT tahun 1

Pertandingan Sukaneka (Tahun 2)
2 Mei 2013
(Khamis)
En.Lokman bin Abdullah(K)
En. Ahmad Fakhri bin Mohd Zaki
En.Ahmad Riduan bin Ismail
Pn. Wan Marhaini bt Wan Muhammad
Semua guru SN&MT tahun 2


Pertandingan Amazing Race (Tahun 3)
2 Mei 2013
(Khamis)
Pn. Nooraisha Asni bt Ismai(K)
Pn. Nurzayyaniasirah bt Zamri
Pn Azlimariah bt Arifin
Semua guru SN&MT tahun 3

Pertandingan Bina Payung Terjun (Tahun 4)
2 Mei 2013
 (Khamis)

Pn.Roselind bt Mustapha (K)
Pn. Khairun Nisa bt Abdul Halim 
Semua guru SN&MT tahun 4
Pertandingan Robotik (Tahun 5)
2 Mei 2013
 (Khamis)

Pn.Lee Sau Mei (K)
Pn. Noorsuriyati bt Othman 
Semua guru SN&MT tahun 5
Pertandingan Amazing Race (Tahun 6)
3 Mei 2013
 (Jumaat)

Pn. Syahida bt Ahmad (K)
En. Ahmad Zaki b Tamsir (K)
Semua guru SN&MT tahun 6

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik


Murid bersedia untuk membuat persembahan sempena Pelancaran Minggu Sains dan Matematik

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik sesi petang


Pelancaran model roket hasil kreativiti guru Sains sebagai simbolik bermulanya "Minggu Sains dan Matematik"


Minggu Sains dan Matematik ini dirasmikan oleh Puan Siti Hanim bt Sungit, PK Pentadbiran SK Taman Putra Perdana 2











Share:

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 MURID TAHUN 1 2013


Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato / Datin / Tuan / Puan,

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 MURID TAHUN 1 2013

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 1 2013 akan menerima bantuan khas awal persekolahan sesi 2013 sebanyak RM100 seorang. Bantuan akan diserahkan kepada ibu bapa/ penjaga pada ketetapan berikut :

          Tarikh                  :         30 April 2013 (Selasa)
          Masa                   :         11.30 pagi hingga 1.00 petang
          Tempat               :         Lobi  SK Taman Putra Perdana 2        

3.      Pihak sekolah berharap semua ibu bapa/ penjaga dapat menghadirkan diri mengikut ketetapan seperti di atas bagi melancarkan proses pengagihan bantuan tersebut. Sila bawa salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga dan salinan surat beranak anak.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts