JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 2013 (SESI PAGI)

Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab telah diadakan pada hari Isnin bersamaan 1 Julai 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti hanim bt. Sungit, PK Pentadbiran SK Taman Putra Perdana 2. Berikut merupakan aturcara majlis yang telah diadakan:-

7.30 - Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan
7.35 - Ucapan Pengerusi majlis bagi memulakan Perhimpunan Rasmi
7.45 - Ucapan Pengurus / Penyelaras Majlis
7.50 - Ucapan Perasmian oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit
7.55 - Persembahan murid ( Kaedah al-Baghdadi dan Kompang Formasi)

Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ini diadakan bermula pada 1 Julai 2013 sehingga 5 julai 2013 (Isnin-Jumaat). Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :-

TAHUN 4 - Buku Skrap ( Ciptaan Allah dan Manusia) - AG, Cuba Teka Siapa Saya?- BA ,
                    Tanda Baca - AG dan Imlak - BA

TAHUN 5 - Mencari Kalimah Misteri - AG , Mencari Harta Karun - BA , Menjawikan teks - AG,
                    Menghafaz dan mengeja teks - BA

TAHUN 6 - Buku Skrap ( Ciptaan Allah dan Manusia) - AG, Cuba Teka Siapa Saya?- BA ,
                    Tanda Baca - AG dan Imlak - BA

Pertandingan terbuka - Bercerita Bahasa Arab dan Hafazan Surah


GAMBAR-GAMBAR MAJLIS PERASMIAN MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN 
BAHASA ARAB (SESI PAGI)

MAJLIS DIRASMIKAN OLEH PN. SITI HANIM BT SUNGIT

PENGERUSI MAJLIS : USTAZAH SALINA BT HASHIM DAN USTAZ MOHD. RAZIS B SHAINISI

PERSEMBAHAN MURID : KAEDAH AL-BAGHDADI

PERSEMBAHAN MURID : KOMPANG FORMASI

Share:

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

Setiap tahun minggu penghayatan Islam dijalankan mengikut perancangan aktiviti panitia agama Islam yang mana banyak membantu murid-murid dalam pembelajaran ilmu agama Islam dan bahasa Arab serta dapat menarik minat murid-murid suka pada mata pelajaran Pendidikan Islam dan bahasa Arab setanding mata pelajaran lain. Oleh itu, Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab telah merancang untuk mengadakan minggu penghayatan Islam dengan hasrat ianya dapat mencungkil bakat murid-murid serta menguji sejauh mana ilmu pengetahuan tentang Pendidikan Islam, jawi dan Bahasa Arab yang diajar.


Objektif
· Menjadikan murid-murid celik jawi dan bahasa Arab
· Meningkatkan peratus kelulusan murid-murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
· Boleh membaca jawi dan bertutur dalam Bahasa Arab dengan baik

Sasaran
Semua murid Islam SK Taman Putra Perdana 2 (sesi pagi dan sesi petang)
AKTIVITI MINGGU PENGHAYATAN ISLAM DAN BAHASA ARAB (SESI PETANG)
 24.6.2013 (Isnin)
Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

25.6.2013 (Selasa)
Tahun 1
Kumpulan
Sukaneka (AG) : Ustz Surina Bt Muhammad
Teka anggota badan (BA)    : Ust Wan Adli Bin Wan Derahman

Individu
Teka Silangkata (AG): Ustz Surina Bt Muhammad
Mengenali Nombor (BA)    : Ust Wan Adli Bin Wan Derahman


26.6.2013 (Rabu)
Tahun 2
Kumpulan
Sukaneka (AG) : Ust Mohd Kamarulizam Bin Ngah
Mengeja kalimah (BA) : Ustz Rasina Bt Hj Yaacob

Individu
Imlak Jawi (AG) : Ust Mohd Kamarulizam Bin Ngah
Kamus Poket (BA): Ustz Rasina Bt Hj Yaacob


27.6.2013 (Khamis)
Tahun 3
Kumpulan
Perkataan Pinjaman (AG) : Ust Mohd Nawawi B Kandar
Bahasa Arab & Inggeris
Kenali Kenderaan (BA)  : Ustz Murnie Bt Ahmad

Individu
Imlak Jawi (AG) : Ust Mohd Nawawi B Kandar
Imlak Bahasa Arab (BA) : Ustz Murnie Bt Ahmad

Pelancaran Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab sesi petang dikelolakan  oleh Ustaz Nawawi

Puan Norlela bt Hashim (GPK Petang) merasmikan Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab untuk sesi petang


Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

Share:

LAPORAN AKTIVITI LAWATAN KERJAYA KIDZANIA

         Aktiviti Lawatan Kerjaya Kidzania telah dijalankan pada 26hb Jun 2013 (Rabu).
Seramai 80 orang murid tahun 4 dan tahun 3 telah menyertai aktiviti tersebut.
Lawatan Kerjaya ini merupakan aktiviti bagi Unit Bimbingan & Kaunseling serta kerjasama dengan Unit Kokurikulum.
        Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.

 
Murid dipakaikan  dengan tag masuk

 
Ahli farmasi sedang menjalankan tugas

 
Pegawai polis sedang melakukan rondaan

 
Pasukan bomba sedang bergegas untuk memadamkan kebakaran

 
Bersedia untuk membuat biskut Oreo

 
Sepasukan pakar bedah sedang mendengar taklimat



Share:

LAWATAN KERJAYA KIDZANIA


TARIKH   : 26/6/2013 (RABU)
MASA       : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
PAKAIAN : Berpakaian sekolah lengkap.

Aktiviti lawatan ini akan diteruskan seperti yang telah dirancang.

ATUR CARA PROGRAM

7.30 Pagi               - Berkumpul di Dataran Perhimpunan Sekolah.(Pendaftaran)
7.45 Pagi               - Bersarapan di kantin sekolah (sarapan disediakan oleh pihak sekolah)
8.15 Pagi               - Murid menaiki bas dan bertolak ke Kidzania.
9.15 Pagi               - Sampai di Kidzania
                                (Sesi lawatan)
1.00 Ptg                 - Makan tengah hari (makanan disediakan oleh pihak sekolah)
1.30 Ptg                  - Sambung semula sesi lawatan
3.30 Ptg                  - Keluar dari Kidzania dan bertolak pulang ke SKTPP2
4.30 Ptg                  - Dijangka sampai ke SK Taman Putra Perdana 2

Catatan

  1. Sekiranya membawa barangan berharga, adalah menjadi tanggungjawab murid itu sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut.
  2. Untuk langkah kesihatan murid dikehendaki membawa topeng penutup hidung dan mulut atas sebab udara berjerebu.












Share:

KOKURIKULUM DIBATALKAN ATAS SEBAB JEREBU

PERHATIAN SEMUA IBU BAPA / PENJAGA MURID SKTPP2

Dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi Tahun 3, 4, 5 dan 6 pada 26 Jun 2013 (Rabu) dibatalkan atas sebab jerebu. Sekian, terima kasih.
Share:

SEKOLAH DIBUKA SEMULA SEPERTI BIASA 25 Jun 2013 (Selasa) bagi sesi petang 26 Jun 2013 (Rabu) semua warga sekolah

Salam kepada semua ibu bapa,


Makluman yang dikeluarkan semalam tentang sekolah ditutup pada 25 Jun 2013 terbatal. Sekolah dibuka semula pada hari ini atas sebab cuaca semakin baik.

Share:

HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2013

SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2) telah mengadakan Hari Jalinan Mesra kali pertama tahun 2013 pada 22 Jun 2013 (Sabtu) yang lalu, bagi murid-murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) bertempat di kelas masing-masing. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi. Program ini  membantu Ibu Bapa murid-murid SKTPP2 untuk mengetahui tahap perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak mereka di sekolah. Ia juga memberi ruang kepada Ibu Bapa untuk bertanyakan soalan mahupun perbincangan mengenai perkembangan anak-anak mereka dengan guru kelas atau guru-guru mata pelajaran yang lain. 

SUASANA SEKITAR HARI JALINAN MESRA











Share:

SEKOLAH TUTUP ATAS SEBAB JEREBU


Perhatian kepada semua ibu bapa,
SK Taman Putra Perdana 2.

Dimaklumkan bahawa semua sekolah diarahkan tutup sepertimana yang diumumkan dalam berita pada pukul 8.00 malam tadi.  Oleh itu, semua warga SK Taman Putra Perdana 2 akan bercuti pada hari esok iaitu 24 Jun 2013 (Isnin) atas sebab jerebu. Tempoh sekolah ditutup tidak dimaklumkan secara terperinci.  Walau bagaimanapun semua pihak diminta menunggu berita sama ada melalui media massa ataupun blog sekolah.


Sekian, harap maklum.
Share:

TAKLIMAT MMI DAN SBT

Pada 13 Jun 2013, SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan satu taklimat berkenaan MMI (Melindungi Masa Instruksional) dan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi) kepada semua guru. Taklimat ini diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi untuk guru pagi dan sesi untuk guru petang. Ketetapan taklimat tersebut adalah seperti di bawah:

Tarikh   : 13 Jun 2013 (Khamis)
Masa     : 11.15 pagi - 1.15ptg (Guru Sesi Petang)
               1.30 ptg - 3.30ptg (Guru Sesi Pagi)
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana 2
Penceramah : Pn. Siti Hanim bt Sungit (PK Pentadbiran SKTPP 2)
                       Pn. Zuridah bt Mohd Ali (PK Kokurikulum SKTPP 2)

APA ITU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI)?

Masa instruksional didefinasikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif

APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)?

MENGANGKAT KUALITI SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERBAIK:
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing(pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota Perkhidmatan)

MENGHASILAN PELAJAR YANG CEMERLANG:
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

MERAPATKAN JURANG ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DI DALAM SISTEM: Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah-sekolah tersebut.

 



Taklimat MMI disampaikan oleh Pn. Siti Hanim bt Sungit
 

 Taklimat SBT disampaikan oleh Pn. Zuridah bt Mohd Ali
Share:

MAKLUMAN HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2013


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts