JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

JALINAN MESRA SYAWAL UNIT BERUNIFORM 2013



SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Program Jalinan Mesra Syawal Unit Beruniform pada 21 Ogos 2013 bersamaan hari Rabu yang lepas. Program ini dijalankan  dari pukul 2.00 petang hingga  4.15 petang.


OBJEKTIF PROGRAM:-

  • Memberi peluang kepada semua murid untuk saling maaf - bermaafan.
  •  Meningkatkan amalan ziarah-menziarahi.  
  • Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.  
  • Memupuk perpaduan di antara kaum.  
  • Membentuk budaya saling menghormati.


TENTATIF PROGRAM :-



MASA
AKTIVITI
8.30 pagi/
2.00 petang

- Murid berkumpul di Dewan Terbuka mengikut Unit 
  Beruniform. Guru penasihat mengambil kedatangan
  murid.

8.40 pagi/
2.10 petang

- Bacaan doa

- Tazkirah “Adab Berhari Raya” .
   Ustaz Mohd Razis bin Mohd Shainisi (sesi pagi)
   Ustaz Mohd Nawawi bin Kandar (sesi petang)

9.10 pagi/
2.40 petang

- Murid-murid bersalaman diantara satu sama lain.

9.30 pagi/
3.00 petang

- Jamuan Hari Raya

10.45pagi/
4.15 petang

- Bersurai





Tazkirah daripada Ustaz Mohd. Razis bin Md. Shainisi (Sesi Pagi)
Tazkirah daripada Ustaz Muhammad Nawawi bin Kandar (Sesi Petang)
PENGAKAP (SESI PAGI)

PENGAKAP (SESI PETANG)
BSMM (SESI PAGI)

BSMM (SESI PETANG)
PUTERI ISLAM (SESI PAGI)

PUTERI ISLAM (SESI PETANG)
TKRS (SESI PAGI)

TKRS (SESI PETANG)
TUNAS PUTERI (SESI PAGI)

TUNAS PUTERI (SESI PETANG)

WAJAH-WAJAH CERIA

Share:

PERISTIWA DI SEBALIK AIDILFITRI

Pada 19 Ogos 2013 yang lalu ketika semua umat Islam sedang bergembira menyambut kemeriahan Aidilfitri, kita telah digemparkan dengan berita duka yang melibatkan anak didik SKTPP2 iaitu Adik Aliya Elisha bt Abd Rahim dari kelas 2 Baiduri yang juga merupakan anak yatim telah ditimpa kemalangan di mana beliau menjadi mangsa akibat kecuaian insan lain. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalani hidup sebagai murid SKTPP2 seperti sediakala. Diharap kejadian ini dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua betapa bahayanya 'bahan api mercun' ini.

                                    En. Mior Hussin b. Othman (PK HEM) melawat adik Alisha.

         * Kami warga SKTPP2 amat mengalu-alukan sumbangan anda semua kepada adik Alisha bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau.
Share:

SALAM LEBARAN AIDILFITRI DARI WARGA SKTPP2


Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 TAHUN 2013 / 1434H

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Islam.Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan1433H ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
Program ini diadakan untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1) Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2) Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.


TARIKH   :  02 Ogos 2013
                      24 Ramadhan 1433H

MASA      :    7.30 pg – 12.20 tengah hari

TEMPAT :    Tapak Perhimpunan / Dataran Terbuka

ATUR CARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN 

7.00 - 7.20 pagi : Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan 
                             Guru mengambil tempat

7.20 - 8.00 pagi : Ketibaan para jemputan (Pihak PIBG serta ibu/bapa/penjaga penerima                                                         sumbangan Ramadhan)

8.00 - 8.10 pagi : Bacaan Al - Quran
                             Bacaan Doa

8.10 - 8.30 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
                             Ucapan Penyelaras Program
                             Ucapan Guru Besar
                             Ucapan Yang Di Pertua PIBG

8.30 pagi          : Penyampaian cenderamata kepada Khalifah Khatam
                            Penyampaian cenderamata kepada peserta khatam dan tadarus
                            Penyampaian sumbangan Ramadhan

10.15 pagi       : Rehat

10.40 pagi       : Murid berkumpul di dataran terbuka
                          Persembahan:
                          1. Al- Baghdadi
                          2. Kalam Jamae
                          3. Pentomin
                          4. Nasyid (Tahap 1)
                          5. Nasyid ( Tahap 2)
                          6. Muzikal Pantun

12.10 ptg       : Bersalaman Hari Raya

12.20 ptg       : Bersurai


Murid berkumpul di Dewan Terbuka



Persediaan tempat untuk Majlis Khatam Al-Quran 


Cenderamata kepada peserta yang terlibat


Bacaan doa oleh Ustaz Nawawi bin Kandar


Ucapan Penyelaras Program disampaikan oleh Ustazah Rozlina binti Mustafa


Ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Kamsani bin Sahlan


Majlis Khatam Al Quran bermula

 Majlis Khatam Al Quran

 Pengerusi Majlis mengumunkan nama - nama penerima cenderamata


Penyampaian cenderamata kepada Khalifah Khatam



Penyampaian cenderamata kepada peserta khatam 



Penyampaian cenderamata kepada peserta tadarus


Penyampaian sumbangan Ramadhan


Penyampaian sumbangan Ramadhan


Persembahan AL - Baghdadi dilatih dan dibimbing oleh Ustaz Mohd Razis bin Md. Shainisi dan Ustaz Rosmadi bin Manaf


Pentomin dilatih dan dibimbing oleh Ustazah Shahida bt Ibrahim dan Ustazah Nor Sa'adah bt Sabidin


Nasyid ( Tahap 1) dilatih dan dibimbing oleh Ustazah Murni bt Ahamat











Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts