JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAWATAN PENANDAARAS KE SK JALAN 3, BANDAR BARU BANGI


Mengikut rekod PPD, sekolah-sekolah di Sepang masih belum menerima TB/SKK/SBT sejak 2011. Sehubungan itu, sebagai langkah merealisasikan Sekolah Tawaran Baru / Sekolah Kluster Kecemerlangan / Sekolah Berprestasi Tinggi dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Kementerian Pelajaran, PPD Sepang menyahut cabaran dan berusaha menjadikan sekolah-sekolah di Daerah Sepang  dapat dicalonkan sekolah TB/SKK/SBT mulai 2013. Sehingga kini, masih tiada sekolah-sekolah di Sepang mendapat sekolah TB/SKK/SBT. Sehubungan itu, PPD berinisiatif agar sekolah ini terpilih ke arah sekolah TB/SKK/SBT dalam kalangan 20 buah sekolah di daerah Sepang dalam tempoh beberapa tahun lagi. Lawatan penandaarasan guru-guru dan staf SKTPP2 ke sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi seperti dinyatakan dalam usaha sekolah untuk melaksanakan Program Sekolah Tawaran Baru / Sekolah Kluster Kecemerlangan/Sekolah Berprestasi Tinggi (TB/SKK/SBT) 2013-2015. Lawatan ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh               : 26 Ogos 2013
Masa                : 2.00  – 5.00 petang
Tempat             : SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor


TENTATIF LAWATAN PENANDAARASAN

2.00 pm    : Tiba di SK Jalan 3
2.30 pm    : Taklimat ringkas di Bilik Wawasan
                    Ucapan Alu-aluan Guru Besar SK Jalan 3
                    Ucapan Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2
                    Persembahan slaid
                    Perbincangan Profesionalisme 
                    Penyampaian cenderamata
3.30 pm    : Melihat latihan Rentak Budaya - Bilik Muzik
                    Sesi bergambar - Dewan
                    Lawatan ke bilik-bilik khas dan persekitaran sekolah
                    Melihat fail dan dokumentasi
5.00 pm    : Minum petang
                    Bersurai


BERTOLAK DARI SKTPP2 JAM 1.45 PM
KETIBAAN WARGA SKTPP2 DI SK JALAN 3 DAN UCAPAN DARIPADA GURU BESAR

PERSEMBAHAN SLAID DAN PENYAMPAIAN CENDERAMATA
MELAWAT PERSEKITARAN SEKOLAH

MELAWAT BILIK-BILIK KHAS

ANTARA BILIK-BILIK KHAS YANG TERDAPAT DI SK JALAN 3

SESI BERGAMBAR


 

Share:

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 TAHUN 2013


Perayaan Bulan Kemerdekaan akan disambut dan dilaksanakan pada setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 akan diadakan mulai 19 Ogos hingga 16 September 2013 di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah. Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SK Taman Putra Perdana 2 bagi tahun 2013. Justeru, Pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pra Sekolah. Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:-

Hari     : Isnin
Masa  :  7.20 - 8.15 Pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan


TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2013
SK PUTRA PERDANA 2

Waktu

Aktiviti

7.20 pagi /  6.15 petang

Perhimpunan mingguan bermula

7.35 pagi / 6.25 petang

Majlis perasmian bermula dengan dikendalikan oleh pengerusi majlis
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar / Penolong Kanan Petang
Persembahan Murid
Nyanyian Lagu Patriotik

8.15 pagi / 6.45 petang

Majlis perasmian tamat dan perhimpunan bersurai


         PENGERUSI MAJLIS : PN. AZMANI BT ABDUL HALIM                       PENYELARAS PROGRAM : PN. ZARIPAH BT ISMAIL




MAJLIS DIRASMIKAN OLEH TUAN GURU BESAR, EN. KAMSANI BIN SAHLAN

PERSEMBAHAN MURID
SIMBOLIK PENYERAHAN JALUR GEMILANG
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts