JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KEMERIAHAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SKTPP2 2014

Pada 8 November 2014 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Keusahawanan SKTPP2 buat kali kedua dalam sejarah penubuhan sekolah. Ia merupakan anjuran PIBG SKTPP2.  Pelbagai aktiviti dijalankan, antaranya jualan makanan dan minuman, permainan dan pameran. Pada hari tersebut, ramai pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini.

Dikesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua guru, staf sokongan, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival ini. Tanpa sokongan padu daripada anda semua, sudah pasti sukar untuk pihak sekolah menjayakan karnival ini.

Mudah - mudahan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan lagi kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid serta komuniti.
  

Antara gambar – gambar sekitar Karnival Keusahawanan berlangsung:






























Share:

DEMO PENCEGAHAN DENGGI

Pada hari Isnin bersamaan 3 November 2014, Majlis Perbandaran Sepang telah mengadakan Demo Pencegahan Denggi di SK Taman Putra Perdana 2. Pegawai daripada Majlis Perbandaran Sepang, En. Mohd. Salihin bin Jelani telah memberikan sedikit penerangan berkaitan bahaya denggi dan menunjukkan cara-cara penggunaan alatan untuk mencegah pembiakan Nyamuk Aedes di sekolah. Empat orang murid yang terpilih telah diberi peluang untuk mempelajari penggunaan alatan tersebut. Berikut merupakan murid-murid yang terlibat dengan program Demo Pencegahan Denggi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.
  1. Nur Qistina binti Mohd Shaffee (5 UM)
  2. Nor Anis Sophia binti Abdul Rahman (5 UM)
  3. Nurshahirah Irdina binti Hamsani (5 UM)
  4. Puteri Nur Delaila binti Nooralirakiz (4 UM)

DEMO PENCEGAHAN DENGGI















Share:

KEM 1MURID 1SUKAN

KEM 1 MURID 1 SUKAN

TAHAP 1 (TAHUN 3)
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
4 & 5 NOVEMBER 2014 (SELASA & RABU)

Tarikh                          : 4 & 5 November 2014 (Selasa&Rabu)
Masa                           : 4.40 – 6.30 petang
Tempat                        : Padang &Dataran Terbuka SKTPP 2

1.            LATAR BELAKANG
Kem 1 Murid 1 Sukan ini merupakan satu aktiviti sukan yang dirancang sebagai kesinambungan kepadaDasar 1 Murid 1 Sukan, secara tidak langsung menggalakkan murid bergiat aktif dalam bidang sukan dan permainan sepanjang tahun.Kem ini akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu, 4 dan 5 November 2014. Setiap murid akan dibahagikan dalam kumpulan dan akan mengambil giliran menyertai permainan yang telah dirancang.

2.         OBJEKTIF
2.1    meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
            2.2       melibatkan penyertaan semua murid;
            2.3       mengamalkan dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
            2.4       mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
2.5       meningkatkan perpaduan kaum dan menyemarakkan semangat esprit de corp (semangat kekitaan)

3.         KUMPULAN SASARAN
Kumpulan Kem 1 Murid 1 Sukaniniadalahterdiridaripadamuridtahap 1 iaituseramai 40 orang muridtahun 3 yang terdiridaripadasetiap AJK setiap unit sukandanpermainan.

4.         FORMAT  PELAKSANAAN
            4.1       Ceramah
            4.2       Klinik permainan
            4.3       Pertandingan (Modified Games)
            4.4       Kuizpermainan



TARIKH : 4 NOVEMBER 2014 (SELASA)

4.40 ptg           :           Peserta berkumpul di Dewan Terbuka
                                    Peserta diagihkan kepada 4 kumpulan
                                    Peserta bergerak ke bilikTayang untuk sesi ceramah
5.00 ptg           :           Ceramah oleh Pn. Nurul Aida & Pn. Normah
5.30 ptg           :           KlinikPermainan
Murid berada di  4stesen mengikut permainan yang telah di tetapkan secara bergilir-gilir

                             Stesen 1          : En. Nawawi               -           Hoki (Padang)
                             Stesen 2          : En. Sharizam            -           Bola Baling (Padang)
                             Stesen 3          : Ust. Wan Adli            -           Ping Pong (Dewan Terbuka)
                             Stesen 4          : En. Sazali                  -           Bola Tampar (Padang)
6.40 ptg           :           Bersurai

TARIKH : 5 NOVEMBER 2014 (RABU)

4.40 ptg           :           Peserta berkumpul di Dewan Terbuka
5.00 ptg           :           Pertandingan Bola Tampar & Hoki (serentak)
6.20 ptg           :           Penyampaian Hadiah

6.40 ptg           :           Bersurai
Share:

PERTANDINGAN ANTARA UNIT BERUNIFORM 2014

TARIKH      : 16 OKTOBER 2014
HARI           : KHAMIS
MASA         : 8.30 pagi - 10.30 pagi
TEMPAT     : Dewan Terbuka, Kantin, Dataran Perhimpunan dan Padang Sekolah
PESERTA    : Murid -murid Tahun 6 SKTPP2


OBJEKTIF PROGRAM :-
  1. Menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum terutama Unit  Beruniform.
  2. Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
  3. Meningkatkan kecergasan jasmani. 
  4. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
  5.  Memupuk perpaduan di antara kaum.
  6.  Membentuk budaya bekerjasama di kalangan murid.
  7.  Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
  8.  Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
        AKTIVITI PERTANDINGAN :-

          1. PERTANDINGAN MEMASAK
          2. PERTANDINGAN "TRESURE HUNT"
          3. PERTANDINGAN MENGHIAS " FRIDGE MAGNET"
          4. PERTANDINGAN MEMASANG KHEMAH
          5. PERTANDINGAN IKATAN GAJET
 
         SENARAI PEMENANG :-


          1. PERTANDINGAN MEMASAK
              JOHAN          : BSMM
              NAIB JOHAN : PENGAKAP

          2. PERTANDINGAN "TRESURE HUNT"
              JOHAN           : BSMM
              NAIB JOHAN  : PPIM
          3. PERTANDINGAN MENGHIAS " FRIDGE MAGNET"
              JOHAN           : TKRS
              NAIB JOHAN   : BSMM
          4. PERTANDINGAN MEMASANG KHEMAH
              JOHAN            : BSMM
              NAIB JOHAN   : PENGAKAP
          5. PERTANDINGAN IKATAN GAJET
              JOHAN            : TKRS
              NAIB JOHAN    : PPIM
           6. SAGUHATI KESELURUHAN : TUNAS PUTERI

SUASANA SEKITAR PROGRAM

(PERTANDINGAN MEMASANG KHEMAH)








(PERTANDINGAN "TRESURE HUNT"




(PERTANDINGAN MEMASAK)








(PERTANDINGAN IKATAN GAJET)







(PERTANDINGAN MENGHIAS "FRIDGE MAGNET")



















Share:

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS SAINS DAN MATEMATIK UNTUK TAHUN 5





Share:

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UNTUK TAHUN 5

Bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris untuk tahun 5 telah diadakan pada 20/10/2014. Bengkel ini telah diadakan di dewan terbuka. Diharap dengan terlaksananya bengkel ini, murid dapat mempertingkatkan kecemerlangan  matapelajaran Bahasa Inggeris.



















Share:

PROGRAM ZOOM A 2015

Kepada,

IBU BAPA/ PENJAGA MURID TAHUN 5
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan,

PROGRAM ZOOM A 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa semua murid Tahun 5 adalah digalakkan untuk menyertai Program Zoom A (subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) yang juga merupakan salah satu program bagi peningkatan akademik murid Tahun 6 2015 dengan bayaran pendaftaran berjumlah RM20.00 setahun. Bayaran perlu diserahkan kepada guru kelas pada atau selewat-lewatnya 5 November 2014 (Rabu). ID/Kata Laluan akan diserahkan kepada murid melalui guru kelas masing-masing kemudian.

3.   Capaian internet diperlukan jika tuan/ puan menggunakan program tersebut di rumah.

4. Pihak sekolah berharap program di atas dapat membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran anak-anak Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan untuk persediaan UPSR 2015.

Sekian, untuk makluman.

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts