JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Perhimpunan Rasmi Kali Pertama Sesi 2015 (sesi petang)

Perhimpunan rasmi pada petang ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh murid bertugas. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan, En Sazali b. Abd Rani yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa. Beliau juga turut memperkenalkan guru- guru yang bertugas pada minggu ini. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai masa interaksi murid- murid terutamanya waktu berkumpul selepas tamat waktu rehat.


Seterusnya Guru Disiplin Sekolah sesi petang En. Kamarulizam b. Ngah mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh sekolah. Beliau turut menyentuh mengenai larangan murid untuk masuk ke bilik- bilik khas d sekolah tanpa kebenaran guru. Selain itu, beliau menasihati murid- murid agar menepati dan menghargai masa. Murid- murid juga dinasihati supaya mengekalkan kebersihan diri dan penampilan murid ke sekolah.


Berikut adalah gambar- gambar yang diambil sekitar Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015 dan hari pertama bagi murid Tahun 1 di SKTPP2.




















































Share:

PROGRAM GURU PENYAYANG 2015

Program Guru Penyayang 2015
Guru bertugas minggu ke-2


MINGGU
2
19/01/2015
HINGGA
23/01/2015
 SESI PAGI
KETUA : PN. NORLELA BT. HASHIM (PK HEM)
EN. RAMDANI B. MOHD SUHUD
CIK JAGJER KAUR A/P GURMUKH SINGH
PN. NOORSURIYATI BT. OTHMAN
PN. NADHRAH  BT. AB SATAR @AHMAD SABRI
PN. ZARIPAH BT. ISMAIL
PN. NASIBAH BT.MD YUSOFF
 SESI PETANG
KETUA : PN. NORLELA BT. HASHIM (PK HEM)
EN. MUHAMMAD NAWAWI  B. KANDAR
PN. JUSLINDA BT. BAKAR
PN. TUAN NORHALEZA BT. RAJA MUHAMMAD
PN. NOR ANIS BT. SUHAIMI
PN. MAHALETCHUMY A/P PERUMAL
PN. NORAINI BT. BAHAROM

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran murid kami alu-alukan,
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat Bertugas
 

 

 




                           



                     
















Share:

Perhimpunan Rasmi kali pertama 2015 (sesi pagi)

Perhimpunan rasmi pada pagi ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah dan Malaysia Berjaya. Ini diikuti dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara dan ikrar murid. Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas mingguan yang menyampaikan ucapan yang bertema Sayangi Diri: Pengurusan Masa.
Seterusnya Guru Disiplin Sekolah Us. Mohd Razis bin Shainisi mengambil alih ucapan dengan mengingatkan para pelajar tentang waktu hadir ke sekolah, potongan rambut dan pemakaian lencana sekolah wajib bagi semua murid.
Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan guru besar En Kamsani bin Sahlan. Beliau mengingatkan tentang beberapa perkara penting. Di antaranya:

  • setiap murid wajib mematuhi peraturan sekolah. 
  • pemakaian t-shirt sukan hanya dibenarkan pada hari yang terdapat waktu PJ sahaja. 
  • Program Maju Diri (PMD) akan dilaksanakan selama 2 hari (Isnin dan Selasa). 
  • Pemakaian tali leher adalah wajib bagi semua pelajar lelaki. 
  • Jadual waktu kelas, misi dan visi sekolah telah ditampal di kelas masing-masing. 
  • Penganugerahan Tokoh Murid akan diberikan semasa Majlis Hari Anugerah, murid yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu berpeluang untuk menerima anugerah tersebut. 
  • Mengakhiri ucapan, beliau mengingatkan murid yang berjaya kebiasaannya murid yang mendengar nasihat ibubapa dan guru-gurunya.

Share:

NOTIS PEMBERITAHUAN

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. Surat SKTPP2 07/04/002 (  ) bertarikh 13 November 2014 adalah berkenaan.

2.             Pindaan waktu kokurikulum untuk semua murid tahun 3 2015. Oleh itu, makluman waktu kokurikulum untuk murid tahun 3 2015 berdasarkan SKTPP2 07/04/002 (  ) bertarikh 13 November 2014 adalah terbatal.

      2.1    Makluman waktu kokurikulum yang baharu untuk tahun 3 2015

TAHUN
HARI

WAKTU HADIR


WAKTU BALIK
Perjumpaan Kokurikulum Tahun 3
Setiap hari Rabu
(Bermula 21/01/2015)
9.30 pagi
11.45 pagi
Catatan: Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk menguruskan pengangkutan anak
                     masing-masing untuk hadir dan balik mengikut waktu yang telah ditetapkan                          supaya tidak hadir ke sekolah terlalu awal kerana boleh mengganggu
              pembelajaran dan pengajaran murid sesi pagi.

3.             Perkara-perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh ibu bapa/ penjaga pada minggu pertama persekolahan.

      3.1 Buku Instrumen Pentaksiran KSSR
            -  Kerjasama ibu bapa adalah dipohon untuk mendapatkan/membeli Buku Instrumen Pentaksiran                 KSSR mengikut senarai semak yang telah disediakan oleh pembekal kedai buku sekolah.
             - Buku Instrumen Pentaksiran KSSR untuk tahun 5 (semua subjek berkaitan) dan bagi tahun 4                              hanya subjek Bahasa Arab masih belum ada stok/ tiba lewat daripada pihak pembekal. Maaf                   atas kesulitan.
              - Buku Instrumen Pentaksiran KSSR perlu dibawa dan diserahkan kepada guru mata                                          pelajaran masing-masing pada minggu pertama persekolahan untuk disimpan oleh guru                             mata pelajaran bagi tujuan pentaksiran formatif dalam kelas serta latihan tambahan dan                            pengukuhan.
               
      3.2    Fail Peribadi Murid (Tahun 1)

                v     Fail tersebut telah diserahkan kepada ibu bapa semasa Hari Orientasi Tahun 1 yang lepas.                 Jika masih tiada sila rujuk di pejabat.
v  Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga untuk melengkapkan dan                                  menyerahkan fail peribadi murid berserta dokumen-dokumen seperti                                      berikut:
-          Borang rekod peribadi murid (dalam fail peribadi)
-          Kad gigi (Sila ikut arahan yang disertakan dalam kad gigi)
-          Salinan surat beranak
-          Borang maklumat prasekolah (dalam fail peribadi)
-          Salinan slip gaji terkini bapa/ penjaga yang disahkan
-          Salinan slip gaji terkini ibu yang disahkan (jika bekerja)
               
                v    Fail peribadi murid dan dokumen seperti di atas sepatutnya diserahkan pada hari pertama                persekolahan. Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak dapat menyerahkannya pada hari                               pertama diminta berbuat demikian pada atau sebelum 14 Januari 2015 (Rabu) untuk                                   diserahkan kepada guru kelas masing-masing.
               

Sekian untuk makluman dan terima kasih.
Share:

PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2015

        Program Maju Diri ( PMD ) ini merupakan salah satu program tahunan di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling yang dijalankan pada setiap awal tahun khususnya kepada murid-murid Tahap 2 di Negeri Selangor. Program ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama  di antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap 2. Program ini juga dapat memberikan  motivasi dan kemahiran belajar disamping dapat memupuk rasa tanggungjawab murid untuk menuntut ilmu pengetahuan serta kepentingannya dalam kehidupan.

       OBJEKTIF
  • Dapat meningkatkan minat untuk belajar
  • Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri
  • Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid
  • Dapat menentukan dan memanfaatkan masa yang terluang dengan melakukan kerja yang berfaedah
  • Dapat menanamkan semangat nasionalisme dalam diri
  • Dapat memupuk rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanah air
  • Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal jati diri agar berjaya menjadi tauladan kepada masyarakat

                  Berikut adalah jadual perjalanan program selama dua hari persekolahan.

  
   JADUAL PMD TAHUN 4


HARI / MASA

7.30 PAGI
 -
 8.00 PAGI

8.00 PAGI
 -
9.00 PAGI

9.00 PAGI
 -
10.00 PAGI


ISNIN
( 12 / 01 / 2015 )


PERHIMPUNAN


Motivasi Diri 1

Tajuk : Belalang Pekak

Motivasi Diri 2

Tajuk : Disiplin Dalam Bilik Darjah


SELASA
( 13 / 01 / 2015 )

Motivasi Diri

Tajuk : Sahiba


Kemahiran Belajar

Tajuk : Telinga Gajah



Mengurus Diri

Tajuk : Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua


   JADUAL PMD TAHUN 5


HARI / MASA

7.30 PAGI
 -
 8.00 PAGI

8.00 PAGI
 -
9.00 PAGI

9.00 PAGI
 -
10.00 PAGI


ISNIN
( 12 / 01 / 2015 )


PERHIMPUNAN


Motivasi Diri 1

Tajuk : Disiplin Dalam Bilik Darjah

Motivasi Diri 2

Tajuk : Tokoh Di Sayang 


SELASA
( 13 / 01 / 2015 )

Mengurus Diri 1

Tajuk : Mengurus Masa


Mengurus Diri 2

Tajuk : Pengurusan Stress 



Mengurus Diri 3

Tajuk : Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua 

      
   JADUAL PMD TAHUN 6


HARI / MASA

7.30 PAGI
 -
 8.00 PAGI

8.00 PAGI
 -
9.00 PAGI

9.00 PAGI
 -
10.30 PAGI


ISNIN
( 12 / 01 / 2015 )


PERHIMPUNAN


Kemahiran Belajar

Tajuk : Petak Ajaib

Motivasi Diri

Tajuk : Disiplin Dalam Bilik Darjah


SELASA
( 13 / 01 / 2015 )

7.30 PAGI- 
8.30 PAGI

Motivasi

Tajuk : Pengalaman Guru Sehingga Menjadi Guru 


8.30 PAGI - 9.30 PAGI

Kerjaya

Tajuk : Kerjaya Idaman



9.30 PAGI- 10.30 PAGI

Mengurus Diri

Tajuk : Adab Menghormati Orang Yang Lebih Tua 

Share:

 
    AGIHAN BUKU TEKS TAHUN 5 KEGUNAAN 2015
      TARIKH      : 27/12/2014
      MASA        :   9.30-11.30 PAGI
      TEMPAT   :    BILIK SPBT,SKTPP2
Share:

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2015 BAGI PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KPM DENGAN KERJASAMA YAYASAN SELANGOR






Share:

MOHON SUMBANGAN UNTUK BILIK MESYUARAT SKTPP2 YANG LEBIH SESUAI

Sumbangan untuk cat, langsir, kerusi, meja, skirting, wang ringgit, lapik meja ataupun sebagainya.
Share:

MAKLUMAN PENANGGUHAN SERAHAN GAMBAR HAC TAHUN 1-5

Dukacita dimaklumkan bahawa Unit Fotografi  Sekolah memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan tarikh serahan gambar Hari Anugerah Cemerlang (HAC) bagi murid-murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5  atas sebab masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Gambar-gambar tersebut akan diserahkan kepada murid-murid pada sesi persekolahan tahun hadapan.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts