Pada 19 dan 20 Julai 2016 seramai 124 orang murid tahun 4 dan 5 telah menyertai lawatan ke Kidzania. Program yang dinamakan Adiwira Selangor Terbilang ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor dalam usaha menjadikan murid sebagai Adiwira iaitu ikon murid Selangor yang mempunyai watak berketerampilan,bijak mengurus kewangan,IQ yang cerdas, mahir berkomunikasi dan berakhlak mulia.
DENGUE PATROL SK TAMAN PUTRA PERDANA 2 PERINGKAT KEBANGSAAN
Pelancaran Dengue Patrol SK Taman Putra Perdana 2 telah dilancarkan dengan jayanya. Majlis pelancaran dimulai dengan ucapan penyelaras program Cik Farah Hanis Bt Ramli, ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar dan gimik pelancaran oleh barisan pentabir serta kumpulan murid.
Program Dengue Patrol SKTPP2 ini bertujuan untuk memperlengkap dan memperkasa para pelajar sebagai pendidik dan insan berpengaruh dengan bertindak sebagai duta untuk mencegah denggi. Selain itu juga SK Taman Putra Perdana 2 telah terpilih untuk mewakili Negeri Selangor ke Pertandingan Dengue Patrol peringkat kebangsaan.
Pihak sekolah juga menyeru warga sekolah, ibubapa dan komuniti setempat memberi sokongan padu kepada program yang dilancarkan ini. Di antara usaha yang boleh membantu pihak sekolah dalam pertandingan ini adalah;
- Like dan Share Page Dengue Patrol Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 di facebook, Instagram.
- Kerjasama komuniti setempat dengan pihak sekolah dalam aktiviti gotong-royong dan sesi kempen kesedaran yang dianjurkan.
- Jawab kuiz di link INI. dan masukkan KOD SEKOLAH dan NAMA untuk mendapatkan sijil. Kod sekolah adalah SEL 7. Contoh: SEL 7 FARAH HANIS BINTI RAMLI
Semoga usaha, sokongan dan kerjasama semua membuahkan hasil yang cemerlang kepada SK Taman Putra Perdana 2.
Indahnya Syawal di SKTPP2
Terima kasih kepada para guru yang telah bersedia lebih awal dengan persiapan tempat,pentas dan juadah. PIBG turut sama memeriahkan sambutan dengan kehadiran YDP dan barisan ajk.
Majlis dimulai dengan bacaan Yasin dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Mohd Razis. Kemudian diikuti dengan taklimat dan persembahan guru serta murid yang menghiburkan. Kemuncak kepada sambutan adalah jamuan raya. Semua warga SKTPP2 bergembira menikmati juadah yang disediakan di khemah-khemah yang dikhaskan bagi setiap tahun.
Puas dan seronok jelas terpapar dari riak wajah anak-anak SKTPP2 yang berkunjung dari khemah ke khemah memilih juadah yang berkenan di hati dan berbual mesra bersama rakan-rakan.
Majlis diakhiri dengan bersama-bersama mengemas dan membersihkan kawasan disekeliling dataran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini serta para ibubapa yang turut menyumbang juadah raya dan air minuman.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Tarikh : 15 JULAI 2016 (JUMAAT)
Masa : 7.20 pagi - 12.20 Tengah hari
Murid : Prasekolah, Tahun 1-6
Pakaian : Baju Raya
- Persekolahan SATU SESI SAHAJA
- Murid dikehendaki membawa pinggan dan cawan sendiri
- potluck kuih raya dialu-alukan
- Sumbangan air minuman/mineral.1 Murid 1 botol 1.5 liter air.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE 24 (SESI PAGI)
1.Nyanyian lagu Negaraku
2.Nyanyian lagu Negeri Selangor
3.Nyanyian lagu Sekolah
4.Nyanyian lagu Malaysia Berjaya
5.Doa
6.Ikrar
Ucapan Guru Bertugas.
Guru bertugas pada minggu ini adalah :
1. PN SALINA BINTI HASHIM
2.PN SUZIANTI BINTI SUHAIMI
3.PN NORAZIAH BT ALI
4. PN SYAHIDA BT AHMAD
5. PN WAN MARHAINI BIN WAN MUHAMMAD
6. PN NOOR HAFIZAH BT CHE ABDUL RAHMAN
7. EN ZAWADI BIN ALI
TEMA PADA MINGGU INI ADALAH : ADAB BERZIARAH KETIKA HARI RAYA.
1.Hendaklah memberi Salam
2.Menghormati tuan rumah
3. Menghadkan masa berziarah
4. Minta Izin keluar
5. Ucapkan terima kasih
5 MINIT SEKOLAH BEBAS DADAH
1. Definisi Rokok
2. Bahaya merokok -
- Merosakkan jantung
- Ketagihan Dadah
- Penyakit berbahaya seperti Kanser paru-paru
Ucapan dari PK Kokurikulum En. Zainurin bin Md Yasin
1.Kokurikulum akan bermula pada hari Rabu dengan Sukan permainan dan kelab persatuan
2. Murid tahun 6 Champion terkecuali dr Kokurikulum
3.Murid diminta memakai hadir pada hari tersebut.
4.Semua ahli pengakap dikehendaki berkumpul selepas perhimpunan































































