JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 7 (KESUTRA 07)


Pada 9 Oktober 2016 bersamaan hari ahad yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 (SKTPP2)  telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan  kali ke 7. Kejohanan sukan ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif, ADUN Dengkil. Antara acara sukan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

1. Sukaneka murid Prasekolah
2. Sukaneka murid-murid tahap 1
3. Acara Akhir 75 meter (L4 & P4)
4. Acara100 meter (L3, P3,L2, P2, L1 &P1 )
5. Acara 200 meter (L3) 
6. Acara Perbarisan

Kejohanan ini diserikan lagi dengan pemberian hadiah cabutan bertuah kepada ibu bapa/penjaga dan guru yang bertuah. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap acara yang telah dipertandingkan juga turut diberikan pada hari tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Acara lontar peluru
2. Acara lompat jauh
3. Lompat tinggi
4. Sukaneka
5. Acara 75 meter dan 100 meter
6. Maskot terbaik 
7. Perbarisan terbaik Rumah Sukan
8. Perbarisan terbaik Unit Beruniform
9. Komandan terbaik
10. Khemah terbaik 

Kejohanan sukan tahunan kali ke 7 ini terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan akan disambung semula secara dalaman pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


SISIPAN GAMBAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 7 (KESUTRA 07)

KESUTRA 07 Dirasmikan oleh YB Tuan Shahrum bin Mohd Sharif






Acara Perbarisan











Khemah Rumah Sukan






Acara-acara yang dijalankan








Penyampain hadiah kepada pemenang-pemenang


















Hadiah Cabutan bertuah









Share:

PENTAKSIRAN SUMATIF 3

JADUAL PENTAKSIRAN SUMATIF 3

TAHUN 1

TAHUN 2 DAN 3

TAHUN 4 DAN 5

TAHUN 6

MUAT TURUN SALINAN JADUAL PENTAKSIRAN SUMATIF 3 DI SINI.



Share:

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 7


Semua murid dan ibubapa dijemput memeriahkan sukan kali ini.Terdapat acara ibubapa dan cabutan bertuah menanti pengunjung yang hadir. Dimaklumkan juga sesi persekolahan akan bercuti peristiwa sempena sukan tahunan pada hari ISNIN 10 Oktober 2016.
Share:

Penukaran Alamat Emel Rasmi Sekolah

Berkuat kuasa 1 Oktober 2016 penggunaan alamat emel rasmi sekolah telah berpindah kepada:
Kepada yang ingin menghubungi pihak sekolah melalui emel bolehlah menggunakan alamat seperti yang tertera di atas. Sekian, harap maklum.
Share:

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KELAHIRAN MURID BAGI BULAN JULAI & OGOS

Unit Bimbingan dan Kaunseling (BNK) telah menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kelahiran bagi murid-murid yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Murid-murid diraikan dalam majlis ringkas yang diisi dengan jamuan, acara potong kek dan penyampaian cenderahati dari unik BNK kepada murid-murid. Selamat Hari Lahir, semoga anda semua berjaya.








Share:

Pengesahan Kemasukan Tahun 1 2017

Peringatan mesra kepada Ibubapa / Penjaga yang mempunyai anak menduduki Tahun 1 2017 agar membuat pengesahan SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016. 

Pengesahan boleh di buat di pejabat sekolah dengan membawa bersama dokumen yang diperlukan seperti di dalam surat tawaran.

Keperihatinan dan kerjasama Ibubapa didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Share:

Laporan Perhimpunan Minggu 34 (Sesi Petang)

Laporan Perhimpunan
Tarikh : 19 /9 / 2016

Minggu ini merupakan minggu ke 34 sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan pada minggu ini dimulai dengan pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan.Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu :

1) Lagu negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah
4)Lagu Malaysia Berjaya

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa , ikrar rukun negara , ikrar murid dan ucapan guru bertugas. 

Guru bertugas En. Muhammad Salmizi memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

a) En Muhammad Salmizi bin Salim
b) Pn Yuzainismar binti Yusof
c) Pn Suryanie binti Hamzah
d) En Muhammad Sazali bin Abdul Rani
e) Pn Saerah binti Rejeli


Perhimpunan pada petang ini diteruskan dengan acara penutupan bulan kemerdekaan dan majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yuzainismar binti Yusof. Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Petang, En Farid Anwar bin Shaari dan disertai dengan acara pemotongan kek merdeka sebagai gimik persembahan.





Antara acara penutupan bulan kemerdekaan adalah penyampaian hadiah kepada peserta-peserta Tahap 1 bagi pertandingan berikut :
1) Penanda Buku
2) Pakaian Beragam Tahun 1 dan 2
3) Lagu Patriotik Tahun 3
4) Mewarna Tahun 1, 2 dan 3
5) Melukis Poster Terbuka
6) Mencanting Batik Terbuka


Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu ke 4 bulan Ogos iaitu :
1. Tahun 1 : 1 UPM
2. Tahun 2 : 2 UUM
3. Tahun 3 : 3 UTM



Akhir sekali, perhimpunan  ditangguhkan pada pukul 6.40 petang.

Share:

UPSR 2016

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2016

kepada semua murid Tahun 6 SKTPP2

~~ Guru-guru dan seluruh warga SKTPP2 mendoakan
Semoga berjaya menggapai kejayaan yang cemerlang ~~  









Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts