JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Oktober 2016
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pagi - 12.50 Tengah hari (Sesi Pagi)
           1.20 Tengah hari - 6.40 Petang (Sesi Petang)
Pakaian : Bebas (bersesuaian dengan majlis dan sopan) serta berkasut.



Share:

CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI

Sekolah akan bercuti sempena perayaan Deepavali bermula 

28 Oktober 2016 (JUMAAT) sehingga 1 November 2016 (SELASA). 

Sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada 2 November 2016 (RABU).Sekian, harap maklum.
Share:

HARI ANUGERAH KO -KURIKULUM SKTPP2/2016

Pada 25.10.2016 telah diadakan Majlis Anugerah  Ko -Kurikulum 2016 
 peringkat sekolah. 
Majlis ini diadakan bagi meraikan  murid-murid yang berjaya dalam aktiviti Ko -Kurikulum sepanjang tahun ini.
Majlis ini juga meraikan guru-guru  yang berjaya melatih pelajar sehinggga peringkat yang lebih tinggi.





Pelbagai hadiah disediakan.  Ada pelbagai Tokoh pelajar lelaki dan perempuan disediakan  termasuk hadiah guru sukan cemerlang.


Sijil perhargaan atas pencapaian juga diberikan.
Ramai pelajar yang terlibat melibatkan murid Tahun 4  ,  5  ,  dan 6.
Selain piala pusingan , piala iringan juga turut disediakan.


Walaupun kejayaan KoKurikulum  agak kurang aktif dan kurang berjaya pada tahun ini namun kita  patut berbangga kerana kita selalunya cemerlang dalam semua bidang. Diharapkan pada tahun depan kita lebih cemerlang.

SKTPP2 CEMERLANG KO-KURIKULUM






Share:

ANAK-ANAKKU @ MURID MURID BSMM DI BUKIT BROGA

Pagi -pagi lagi pada 22.10.2016  ( Sabtu  )  murid-murid BSMM  SKTPP2
telah membuat aktivitinya di Bukit  Broga,



Mereka dibawa oleh jurupandu mendaki Bukit Broga.




Di puncak bukit mereka menikmati pemandangan yang menarik.




Mereka menikmati sarapan pagi dan mengadakan pelbagai aktiviti.





Sebelum pulang pihak pengurusan Bukit Broga memberi sijil kepada BSMM  SKTPP2.
Terima kasih kepada Cikgu Felicia  dan  guru-guru SKTPP2 yang sama-sama terlibat.

Semoga program begini membuka minda murid-murid SKTPP2  dan dapat belajar dengan sempurna.
Terima kasih Cikgu.





Share:

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN DANA PEMBINAAN SURAU


Pada pagi yang bertuah ini sepasang suami isteri telah datang ke sekolah untuk membuat sumbangan pembinaan surau SKTPP2.
Dengan pendedahan bantuan dana membina surau di blog sekolah mereka berdua  terpanggil untuk membantu pihak sekolah menyiapkan surau tersebut.




Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-puan atau wakaf daripada tuan -puan.


Jika tuan -puan dapat menghulurkan separuh atau suku  bahagian daripada cek itu ia sangat membantu kami.
Surau  ini  untuk kegunaan anak-anak kita juga.
Surau ini bakal tempat melatih anak-anak kita bersembahyang. 
Bantulah kami  untuk kebaikan anak-anak kita.





Moga esok atau lusa kita dapat mencapai impian. Isyaallah.




Share:

KANTIN SEKOLAH SKTPP2 antara kantin terbaik di Malaysia 2016


Pada  18 Oktober  2016 berlansung Majlis  Keputusan Pertandingan Kantin  bersih, sihat dan selamat Peringkat Kebangsaan.
Majlis tersebut diadakan di Shah Alam Convention Center.
Majlis ini anjuran bersama Kementerian  Kesihatan  Malaysia  dengan kerjasama  Kementerian  Pendidikan  Malaysia.



 Ada  9 hadiah disediakan. Semua sekolah yang mewakili negeri masing-masing memang  hebat.  PIBG  mereka  yang  hebat  dan pengusaha  kantin yang kreatif.
Dengan  kehebatan  guru-guru di  SKTPP2 , pengurusan fail yang baik,
 Pn. Siti Raudah mewakili guru-guru SKTPP2  telah dinobatkan sebagai Guru  kantin paling baik  di Malaysia.

SKTPP2  sekolah yang baru berusia 6 tahun  atau baru setahun jagung sudah bertaraf Kebangsaan@Malaysia
Ini menunjukkan SKTPP2 ada kehebatan tersendiri yang membanggakan  daerah Sepang,  negeri Selangor dan Penduduk Taman Putra Perdana juga.

Dua orang tonggak  kekuatan pertandingan ini. Namun  PIBG  , Pengusaha kantin, pegawai PPD  Sepang dan pentadbir sekolah banyak membantu.
Setelah kita sampai ke peringkat Kebangsaan , bermakna guru-guru di SKTPP2 adalah guru bertaraf Kebangsaan. Itulah kebanggan kami.


Disinilah  ia bermula.




Share:

KARNIVAL KELUARGA PIBG SKTPP2 2016

PIBG dengan kerjasama SK Taman Putra Perdana 2 akan menganjurkan Karnival Keluarga SKTPP2 seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 2-6 November
Tempat : Perkarangan SKTPP2
Urusniaga : Semua urusniaga hanya sah melalui kupon
#SERONOK #SANTAI #BERAMAL

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung-pengunjung:

  • RUMAH HANTU
  • SOOPA DOOPA
  • WATERBALL
  • FLYING FOX
  • SCORE GOAL
  • MINI PAWAGAM
  • KMX BICYCLE
  • GERAI JUALAN PELBAGAI MENU
  • CABUTAN BERTUAH
  • ZOO MINI
  • INFLATABLE GAME
  • WAYANG PACAK
  • PAMERAN AGENSI KERAJAAN


Dapatkan kupon daripada guru kelas dan ajk PIBG.


Mari menonton Layar Bestari (wayang pacak) pada 8.00-10.00 malam 5 Okt di Padang SKTPP2

Dapatkan kupon daripada Guru kelas dan AJK PIBG.


Share:

PEMBINAAN SURAU SEKOLAH.


Pembinaan  Surau sekolah sudah siap  setakat ini.
1. Pembinaan dinding sudah 90%  siap
2. Bahagian lain belum dibina.
Sebenarnya kami masih kurang dana. Kami mengharapkan bantuan tuan-tuan  dan puan-puan.

Bantulah kami menyiapkan surau ini dengan memberikan sumbangan atau wakaf daripada tuan-puan.  Moga Allah mempermudahkan rezeki tuan-puan.
Share:

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016 SUDAH BERMULA

Mulai 17  Nvember 2016  hingga  21  November 2016 Peperiksaan Akhir Tahun  2016  telah bermula

Semua pelajar menduduki kertas pertama pagi ini.
Biasalah  Kertas  Bahasa Melayu (  Pemahaman  ) mendahului.

Biasalah ada yang tekun menjawab dan ada yang kurang tenang .


Yang ini kurang yakin tetapi tetap menjawab


Yang ini penuh yakin. Moga berjaya dengan cemerlang






Usaha tangga  kejayaan.
Murid-murid  SKTPP2 memang hebat-hebat, cemerlang dan terbilang.




Share:

SKTPP2 JUARA KANTIN BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT KATEGORI BANDAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 2016

Pada 14.10.2016
 Bertempat  di SACC MALL , Shah Alam,  dengan  kerjasama  Jabatan Pendidikan Selangor  dan Jabatan Kesihatan Selangor telah berlangsungnya Penganugerahan Pertandingan  Kantin  bersih , sihat  dan  selamat peringkat Negeri Selangor.
Dengan rasa bangganya kami @ SKTPP2  telah diistiharkan sebagai johan kantin bersih , sihat  dan  selamat kategori bandar. Dengan hadiah plak  dan wang tunai  RM  600.00  sebagai ganjarannya ia sangat  bermakna buat  kami. Sekolah yang baru beroperasi  6  tahun ini  sudah  menjadi Johan di peringkat negeri.
Dengan kerjasama  guru  guru  , pengusaha  kantin  dan  PIBG  sekolah  menjadikan sekolah ini kantinya berkualiti. Tahniah juga kepada Penolong -Penolong Kanan yang menguruskannya dengan cemerlang.
Semoga SKTPP2  terus cemerlang dan gemilang
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts