JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Program Lawatan Kerjaya Adiwira Kidzania

Tarikh Lawatan:11 & 12 Julai 2017
Hari: Selasa & Rabu

Menyokong usaha Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, seramai 120 orang murid Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, SK Taman Putra Perdana 2 telah menyertai lawatan kerjaya ke Kidzania Kuala Lumpur diiringi oleh 12 orang guru pengiring. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai alam kerjaya sebenar dan menarik minat mereka terhadap sesuatu pekerjaan. Di samping itu, peluang ini memberi motivasi kepada murid-murid untuk belajar dengan lebih tekun untuk mencapai apa yang dihajati pada masa akan datang.

    Terdapat pelbagai maklumat mengenai jenis kerjaya yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut. Pihak Kidzania sendiri telah menyediakan lebih kurang 67 jenis pekerjaan dalam pelbagai bidang dan sektor. Keterujaan murid melaksanakan setiap jenis pekerjaan yang diceburi jelas terpancar dari raut wajah masing-masing melalui gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh guru-guru pengiring. 

Berikut merupakan momen-momen menarik yang sempat dirakamkan di Kidzania.






Antara peserta yang terlibat dalam Lawatan Adiwira Kidzania
Menerima arahan dan melaksanakan tugasan yang diberi mengikut modul yang disediakan

KidZania Kuala Lumpur: kidzania $
Mata wang kidzos yang digunakan untuk segala aktiviti di dalam Kidzania



Keriangan yang jelas terpancar semasa menjalankan pelbagai aktiviti


Share:

Laporan perhimpunan mingguan sesi pagi

Minggu 25 (10 julai 2017)
Assalamualaikum.
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah

Ucapan guru bertugas

Ketua guru bertugas Ustazah Nor Aisyah  mengalu-alukan kedatangan murid setelah sekian lama perhimpunan tergendala serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Nor Aisyah
2. Rahayu
3. Wan Marhaini
4. Noraslinda
5. Noraziah
6.Siti Nora
7.Md Suhaidi
Sekiranya murid ada masalah boleh berjumpa dengan guru-guru bertugas.

Guru bertugas menyampaikan ucapan berdasarkan tema minggu ini iaitu "kemahiran belajar" dan memberikan tips-tips untuk murid supaya dapat memperoleh pembelajaran yang berkesan. Ciri-ciri kemahiran belajar ialah :
1.Disiplin diri
2.Kemahiran mendengar
3.Kemahiran membaca
4.Kemahiran mencatat nota
5.Kemahiran mengingati

Untuk program 5 minit dadah, guru bertugas menyampaikan tajuk Alkohol. Guru menerangkan definisi, jenis, keburukan dan kesan daripada mengamalkan alkohol. 

Seterusnya, guru bertugas memberitahu beberapa makluman kepada murid-murid :
1.Bermula minggu hadapan, murid akan menyanyikan lagu patriotik yang baru iaitu (Aku Negaraku) bagi menggantikan lagu Malaysia Berjaya.
2.Perjumpaan Kokurikulum minggu ini berjalan seperti biasa 
unit : kelab persatuan dan sukan permainan (Pengecualian bagi tahun 6 kerana memberi laluan kepada peperiksaan percubaan sekolah Agama).




seterusnya, guru bertugas menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan token kebersihan dan keceriaan kelas.




Penutup

Dengan selesainya pembahagian token kebersihan dan keceriaan, maka berakhirlah perhimpunan pada pagi ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk kembali ke kelas masing-masing.
Share:
Laporan perhimpunan mingguan sesi petang
Minggu 24 (3 julai2017)
Assalamualaikum..
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar.

Ucapan guru bertugas

Ketua guru bertugas Ustaz Wan Adli mengalu-alukan kedatangan murid selepas menyambut perayaan Eidul Fitri Al-mubarak serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Wan adli
2. Salmizi
3. Narimah
4. Nor ain
5. Nur rahayu
Sekiranya murid ada masalah boleh memberitahu guru bertugas.

Ucapan PK Petang

Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kedatangan murid pada hari ini dan juga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua. Puan fauziah juga memberi peringatan kepada murid supaya mematuhi peraturan sekolah.

Penutup

Dengan ucapan dari Pk Petang itu maka berakhirlah perhimpunan pada petang ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk pulang ke rumah.



Share:

HARI JALINAN MESRA KALI KE-2 2017 ( SESI PAGI )

TARIKH : 20 JUN 2017
HARI : SELASA
MASA : 10.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari

                                 









































Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (22) SESI PETANG (19 JUN 2017)

Assalamualaikum wrm. wbt dan selamat sejahtera...

Perhimpunan pada petang ini dimulai dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru bertugas mingguan iaitu Puan Mufidah Zafirah Binti Mihat yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Guru bertugas pada minggu ini:

1. Encik Sazali
2. Puan Mufidah
3. Puan Siti Baizura
4. Puan Atiqah
5. Puan Marshida
6. Puan Ernee



Ucapan Guru Bertugas Mingguan:

Majlis bermula dengan ucapan daripada Puan Mufidah Zafirah selaku wakil guru bertugas mingguan. Ucapan dimulakan dengan memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini kepada murid-murid sebagaimana yang tertera di atas.

Ucapan diteruskan dengan guru bertugas mengingatkan murid berkenaan isu kesihatan murid sebelum menjemput Puan Fauziah binti Salehoddin selaku Guru Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan.

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang:

Ucapan disampaikan oleh Puan Fauziah binti Salehoddin. Beliau merumuskan  aktiviti dan program-program yang bakal berlangsung sepanjang minggu 22 ini, iaitu:

a) Program Jalinan Mesra
b) Majlis Khatam al-Quran
c) Cuti Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri







Penekanan turut diberi mengenai sesi persekolahan pada hari Khamis yang akan dijalankan secara satu sesi sahaja sebelum semua murid bercuti selama seminggu.

Penutup:

Majlis tamat setelah ucapan daripada Puan Fauziah bint Salehoddin dan semua murid beratur untuk pulang ke rumah.

Sekian, terima kasih.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (22) SESI PAGI (19 JUN 2017)

Assalamualaikum wrm. wbt dan selamat sejahtera...

Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil guru bertugas mingguan iaitu Encik Muhammad Fakhrurrazi Amin bin Senin yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Guru bertugas pada minggu ini:

1. Pn. Mazilah
2. Pn. Lee
3. Pn. Maha
4. Pn. Faiza
5. Pn. Norizan
6. Encik Rosmadi
7. Encik Zawadi
8. Encik Fakhrurrazi


Ucapan Guru Bertugas Mingguan:

Majlis bermula dengan ucapan daripada Encik Fakhrurrazi selaku wakil guru bertugas mingguan. Ucapan dimulakan dengan memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini kepada murid-murid sebagaimana yang tertera di atas.

Ucapan diteruskan dengan guru bertugas berkongsi dan bercerita berkenaan dengan tema pada minggu ini, iaitu Usaha ke Arah Kecemerlangan.  Guru bertugas memberi fokus kepada dua aspek, iaitu:

a) Kecemerlangan Dunia
b) Kecemerlangan Akhirat

Selesai perkongsian dan pencerahan tema mingguan, guru bertugas merumuskan aktiviti dan program-program yang bakal berlangsung sepanjang minggu 22 ini, iaitu:

a) Program Jalinan Mesra
b) Majlis Khatam al-Quran
c) Cuti Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri

Ucapan guru bertugas ditamatkan dengan pengumuman daripada guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hafizah berkaitan dengan Lawatan Adiwira Kidzania selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ucapan wakil guru bertugas



Ucapan Guru Disiplin:

Ucapan ini disampaikan oleh Ustaz Razis selaku guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.  Beliau menyentuh dua isu utama, iaitu:

1. Didapati ada murid yang secara sengaja tidak melibatkan diri dalam program tadarrus al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada waktu rehat. Ada yang menyorok di dalam kelas dan di dalam almari. Ustaz Razis menegaskan sekiranya berlaku kehilangan barang, maka yang berada di dalam kelas akan dipersalahkan walaupun tidak melakukan perbuatan sedemikian.

2. Alasan jarak antara rumah dengan sekolah jauh digunakan dalam surat tunjuk sebab apabila murid hadir lewat ke sekolah.  Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan Ustaz Razis memberi penegasan kepada mana-mana murid agar tidak menggunakan jarak sebagai satu alasan kerana ianya tidak munasabah.


Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran:

Ucapan disampaikan oleh Puan Norlela binti Hasim. Beliau merumuskan ucapan daripada guru bertugas mingguan dan guru disiplin dengan memberikan lebih penelitian agar murid lebih peka dengan segala maklumat yang cuba untuk disampaikan.

Penekanan turut diberi mengenai sesi persekolahan pada hari Khamis yang akan dijalankan secara satu sesi sahaja sebelum semua murid bercuti selama seminggu.


Penutup:

Majlis tamat setelah ucapan daripada Puan Norlela binti Hashim dan semua murid kembali ke dalam kelas masing-masing secara teratur.

Sekian, terima kasih.
Share:

SAMBUTAN MAJLIS NUZUL ALQURAN

HARI : JUMAAT
TARIKH : 16 JUN 2017






Share:

MAKLUMAN : HARI JALINAN MESRA KALI KE-2 TAHUN 1 HINGGA 6 2017


Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts