KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2017 (9/8/2017)
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 3 2017
TARIKH : 9 OGOS 2017
HARI : RABU
MASA : 8.30 pagi - 11.45 pagi
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2
SASARAN : Murid Islam Tahun 3
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PETANG)
Minggu 29
( 7 Ogos 2017 - 11 Ogos 2017)
Perhimpunan rasmi Isnin, 7 Ogos 2017 dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Wakil guru bertugas, Cikgu Mohd Sazali bin Abd. Rani mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:
1. Puan Mufidah Zafirah binti Mihat (Ketua)
2. Puan Siti Baizura binti Saarani
3. Puan Nor Atiqah binti Nasarudin
4. Puan Nurul Marshida binti Mohamad
5. Encik Mohd Sazali bin Abd. Rani
6. Puan Ernee (cuti bersalin)
PELANCARAN BULAN DAKWAH PERINGKAT SEKOLAH
Perhimpunan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 yang diketuai oleh Ustazah Hamidah binti Mohd Hassan.
( 7 Ogos 2017 - 11 Ogos 2017)
Rajah 1 Murid berdiri tegak sebelum menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
Rajah 2 Wakil pengawas sekolah mengetuai bacaan Ikrar Rakun Negara
Wakil guru bertugas, Cikgu Mohd Sazali bin Abd. Rani mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta membaca senarai guru yang bertugas pada minggu tersebut. Berikut merupakan guru yang bertugas:
1. Puan Mufidah Zafirah binti Mihat (Ketua)
2. Puan Siti Baizura binti Saarani
3. Puan Nor Atiqah binti Nasarudin
4. Puan Nurul Marshida binti Mohamad
5. Encik Mohd Sazali bin Abd. Rani
6. Puan Ernee (cuti bersalin)
Rajah 3 Ucapan wakil guru bertugas
PELANCARAN BULAN DAKWAH PERINGKAT SEKOLAH
Perhimpunan diteruskan dengan Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 yang diketuai oleh Ustazah Hamidah binti Mohd Hassan.
Rajah 4 Ucapan yang disampaikan oleh Ustazah Hamidah
Ustazah Hamidah memaklumkan tujuan program ini dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Bulan Dakwah Peringkat Sekolah. Ucapan belaiu diteruskan dengan perasmian Program Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 oleh Puan Fauziah binti Salehoddin selaku Penolong Kanan Petang sekolah.
Rajah 5 Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2
PENYAMPAIAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS MINGGUAN
Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian keputusan kebersihan dan keceriaan kelas. Cikgu Sazali mengumumkan keputusan kebersihan dan keceriaan kelas.
Rajah 6 Wakil kelas bagi kebersihan dan keceriaan kelas
UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG (PUAN FAUZIAH BINTI SALEHODDIN)
Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kehadiran murid. Puan Fauziah juga mengingatkan murid supaya menjaga kelakuan dan mematuhi peraturan sekolah.
Rajah 7 Ucapan daripada Puan Fauziah
PENUTUP
Dengan berakhirnya ucapan daripada Penolong Kanan Petang, maka berakhirlah perhimpunan pada petang tersebut. Murid-murid diarahkan beratur dalam barisan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
LAPORAN TAMAT
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PAGI)
Minggu 29
(7 Ogos 2017 - 11 Ogos 2017)
Pada 7hb. Ogos 2017 bersamaan dengan hari Isnin seperti biasa telah dijalankan perhimpunan rasmi SK Taman Putra Perdana 2. Tepat jam 7.25 pagi, semua murid telah berhimpun di dataran perhimpunan sebagai persediaan sebelum perhimpunan rasmi dimulakan.
Rajah 1 Murid berhimpun di dataran perhimpunan sebelum majlis bermula
Tepat jam 7.35 pagi, perhimpunan rasmi Isnin dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil murid.
UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
Agenda seterusnya ialah Ucapan Guru Bertugas Mingguan, iaitu Puan Norizan. Beliau telah memaklumkan kepada murid-murid akan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu 29 ini, iaitu:
1. Puan Norizan
2. Puan Mazilah
3. Puan Faiza Citra
4. Puan Mahaletchumy
5. Puan Lee Sau Mei
6. Encik Zawadi
7. Ustaz Rosmadi
8. Encik Fakhrurrazi
Murid-murid dimaklumkan bahawa sekiranya menghadapi masalah, maka boleh berjumpa dengan guru-guru yang telah dinyatakan.
Ucapan guru bertugas mingguan diteruskan dengan penjelasan tema minggu 29, iaitu Warisan Seni Budaya (Seni Tari). Puan Norizan memberitahu bahawa seni bukan sahaja melibatkan lukisan, malah seni termasuk dalam pelbagai kategori seperti Seni Lukis, Seni Tari, Seni Bina dan sebagainya. Puan Norizan memberi fokus kepada Seni Tari dengan memberikan contoh seperti Zapin, Kuda Kepang, Makyong, Tarian Singa dan Bharatanatyam.
Ucapan beliau dipanjangkan lagi dengan penjelasan PPDa, iaitu Kesan Pengambilan Alkohol. Antara kesannya ialah:
1. Boleh merosakkan sel-sel badan.
2. Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf.
3. Membawa kematian.
Rajah 2 Ucapan Guru Bertugas Mingguan, Puan Norizan
UCAPAN GURU DISIPLIN
Agenda majlis berikutnya diteruskan dengan ucapan daripada Guru Disiplin, Ustaz Razis. Ucapan beliau yang ringkas namun padat dengan makluman yang sepatutnya telah disampaikan kepada murid-murid. Beliau meletakkan penegasan kepada murid-murid dan mengulang semula perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh murid-murid dan apa yang sepatutnya murid-murid lakukan sekiranya sesuatu terjadi kepada mereka.
Ustaz Razis mengakhiri ucapan dengan meletakkan harapan agar minggu 29 ini dapat berjalan lancar dengan sifar masalah disiplin yang timbul.
Rajah 3 Ucapan Guru Disiplin SK Taman Putra Perdana 2, Ustaz Razis
UCAPAN USTAZAH SALINA
Agenda ketiga diteruskan dengan majlis perhimpunan diambil alih oleh Ustazah Salina bagi memberi laluan untuk Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.
Makluman awal diberikan kepada guru-guru dan murid-murid akan tujuan program ini dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah 3 Minit Pidato oleh murid, Kem Bestari Solat dan sebagainya.
Rajah 4 Ucapan daripada Ustazah Salina
Ucapan beliau diakhiri dengan dijemput Tuan Guru Besar, Encik Zanudin bin Sanuan bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.
UCAPAN TUAN GURU BESAR DAN PERASMIAN
Agenda yang keempat ialah ucapan Tuan Guru Besar. Beliau merumuskan ucapan yang telah disampaikan oleh guru bertugas mingguan, Puan Norizan, ucapan guru disiplin, Ustaz Razis dan ucapan penyelaras Bulan Dakwah, Ustazah Salina.
Beliau meletakkan harapan agar program yang dilaksanakan ini akan memberi manfaat yang besar dan diharapkan agar murid-murid merebut peluang yang ada untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan.
Ucapan beliau diakhiri dengan merasmikan Bulan Dakwah Peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2 dan menyempurnakan gimik perasmian.
Rajah 5 Ucapan dan perasmian oleh Tuan Guru Besar, Encik Zanudin bin Sanuan
3 MINIT PIDATO
Agenda terakhir majlis perhimpunan rasmi ialah 3 Minit Pidato bersempena Bulan Dakwah Peringkat Sekolah. Aktiviti ini telah dijayakan oleh murid tahun 5 USM, iaitu adik Haikal dengan tajuk pidatonya, Hormati Ibu Bapa dan Guru.
Beliau telah menyampaikan pidato dengan penuh semangat dan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid yang mendengar pidato daripadanya.
MURID PULANG KE KELAS
Murid-murid diminta kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan senyap dan berbaris mengikut tangga yang telah ditetapkan.
~ LAPORAN TAMAT ~
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 28 (SESI PETANG)
Minggu 28 (31.7.2017 hingga 4.8.2017)
Assalamualaikum.
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah
Ucapan guru bertugas
Ketua guru bertugas Cikgu Mawadah binti Shamsuddin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Mazliyana
2. Suriayati
3. Raslinda
4. Ezol Fitri
5. Juslinda (CUTI BERSALIN)
Assalamualaikum.
Perhimpunan dimulakan dengan empat buah lagu seperti biasa kemudian bacaan doa diikuti dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar sekolah
Ucapan guru bertugas
Ketua guru bertugas Cikgu Mawadah binti Shamsuddin mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah setiap hari serta menyenaraikan senarai guru bertugas seperti berikut:
1. Mazliyana
2. Suriayati
3. Raslinda
4. Ezol Fitri
5. Juslinda (CUTI BERSALIN)
Guru
bertugas menyampaikan ucapan berdasarkan tema minggu ini iaitu "Kenali Budaya Malaysia- Bahasa dan Dialek".
Bahasa merupakan satu cara berkomunikasi. Terdapat pelbagai
bahasa di negara kita seperti bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa
Tamil.Walaupun budaya masyarakat kita berbeza, namun kita masih boleh hidup
dalam keaadaan harmoni. Negara kita menjadi teladan kepada negara lain
yang mempunyai masyarakat majmuk.
Penyampaian hadiah bagi pemenang yang menyertai English Week
Ucapan PK Petang (Puan Fauziah binti Salehoddin)
Puan Fauziah mengucapkan syabas dan tahniah dengan kedatangan murid pada hari ini. Puan fauziah juga memberi peringatan kepada murid supaya menjaga kelakuan dan mengamalkan nilai-nilai seperti jangan mencuri, mendengar arahan guru, mengutip sampah dan mematuhi peraturan sekolah.
Penutup
Dengan ucapan dari Pk Petang itu maka berakhirlah perhimpunan pada petang ini. Murid-murid di arahkan supaya beratur untuk pulang ke rumah
Amalan Guru Penyayang
Sambutan Hari Lahir
Bersandarkan kepada Amalan Guru Penyayang yang perlu diterapkan di kalangan warga sekolah, maka satu sambutan hari lahir telah diadakan untuk murid-murid yang lahir sepanjang bulan Januari dan Februari. Walaupun agak ketara jarak sambutannya, bak kata orang puteh " better late than never". Ini kerana, sambutan yang diadakan ini memerlukan dana dan kutipan dari guru-guru SK Taman Putra Perdana serta sokongan dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Besarlah harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat turut sama untuk menyumbang dari segi kewangan atau dalam bentuk kek dan goodies bag untuk sambutan yang akan datang.
Sambutan kedua untuk murid-murid yang lahir sekitar bulan Mac dan April dijangka akan diadakan pada 11 Ogos 2017. Ibu bapa bolehlah mula merancang sekiranya ingin memberikan sumbangan sempena sambutan hari lahir anak-anak kesayangan kita kelak.
Bersama ini disertakan beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sambutan hari lahir untuk semua murid yang dilahirkan sepanjang bulan Januari dan Februari bagi sesi pagi dan petang.
![]() |
| Sambutan untuk murid-murid sesi petang |
![]() |
| Hadiah yang diberikan kepada semua murid |
![]() |
| Sambutan hari lahir untuk murid-murid sesi pagi |
![]() |
| Kek dan air mineral yang disumbangkan oleh PIBG dan guru-guru SKTPP2
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan.
|
The FrogPlay Championship
Frog VLE SKTPP2 menganjurkan The FrogPlay Championship peringkat sekolah. Semua murid digalakkan menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini berkonsepkan ulangkaji,main dan menang. Hadiah menarik bakal dimenangi murid yang menjuarai pertandingan ini.
LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 26
Laporan bertugas minggu ke 26 (Sesi pagi)
Majlis perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Aku Negaraku seterusnya bacaan doa dan ikrar.Guru yang bertugas pada minggu ini terdiri dari :
1. Ustazah Salina bt Hashim
2. Ustazah Nor Saadah bt Sabidin
3. Cik Farah Hanis bt Ramli
4. Pn. Nurul Hidayah bt Abu Bakar
5. En Ahmad Zaki bin Tamsir
6. Pn Nurleen bt Ismail
7. Pn Noraini bt Yusoff (Cuti Bersalin)
Tema : Budaya Cemerlang - Daya Saing
Guru menerangkan tentang maksud daya saing yang membawa erti persaingan yang sihat diantara satu sama lain harus ada pada setiap individu sekiranya ingin maju kehadapan. Daya saing yang baik seperti didalam kelas murid bersaing dalam memperolehi keputusan yang baik.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Minggu Panitia Bahasa Malaysia oleh Cikgu Norizi
Majlis diteruskan dengan penyampaian kelas terbersih dan kurang bersih.
Majlis perhimpunan dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Aku Negaraku seterusnya bacaan doa dan ikrar.Guru yang bertugas pada minggu ini terdiri dari :
1. Ustazah Salina bt Hashim
2. Ustazah Nor Saadah bt Sabidin
3. Cik Farah Hanis bt Ramli
4. Pn. Nurul Hidayah bt Abu Bakar
5. En Ahmad Zaki bin Tamsir
6. Pn Nurleen bt Ismail
7. Pn Noraini bt Yusoff (Cuti Bersalin)
Tema : Budaya Cemerlang - Daya Saing
Guru menerangkan tentang maksud daya saing yang membawa erti persaingan yang sihat diantara satu sama lain harus ada pada setiap individu sekiranya ingin maju kehadapan. Daya saing yang baik seperti didalam kelas murid bersaing dalam memperolehi keputusan yang baik.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah Minggu Panitia Bahasa Malaysia oleh Cikgu Norizi
Majlis diteruskan dengan penyampaian kelas terbersih dan kurang bersih.
![]() |
| Murid mengucapkan terima kasih . |
![]() |
| Penyampaian hadiah kepada murid Prasekolah |
![]() |
| Ucapan Guru Bertugas |
![]() |
| Murid bergambar bersama PK Pentadbiran Pn. Norlela bt Hashim |
![]() |
| Tahniah buat murid-murid yang berjaya |
LATIH TUBI & KUIZ DI FROGPLAY
Frog VLE SKTPP2 telah menyediakan satu laman yang menempatkan semua set ulangkaji bagi memudahkan para pelajar. Ibubapa/penjaga disarankan membantu anak-anak mengulangkaji melalui laman frog vle SKTPP2 di alamat: https://bba9228.1bestarinet.net .Semoga medium ini dapat membantu anak-anak yang kurang gemar mengulangkaji di buku-buku latihan atau kertas.















































