JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PENTAKSIRAN SUMATIF 2 2019 (TAHAP 2)

Kami doakan semoga semua murid dapat menjalani Pentaksiran Sumatif 2 (PS2) yang akan diadakan dari 13 Mei 2019 hingga 21 Mei 2019 dengan jayanya. Jadual PS2 adalah seperti di bawah:



TAHUN 4 DAN 5


TAHUN 6
Share:

MAKLUMAN PERUBAHAN WAKTU KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 (2019) SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1440H

Assalamualaikum wbt. dan Salam sejahtera.


Untuk makluman semua ibubapa / penjaga murid tahun 6 (2019),

Terdapat perubahan jadual kelas tambahan tahun 6 sepanjang bulan ramadhan 1440H seperti lampiran yang disediakan :



Sebarang pertanyaan ibubapa / penjaga boleh menghubungi guru kelas masing-masing.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 16 (ISNIN 29 APRIL 2019)



Minggu ini ialah minggu ke-16  bagi sesi persekolahan tahun 2019. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PN.NUR HAFIZAH BT OTHMAN
2. PN.NURHIDAYAHNI BT JASNI
3. PN. NADRAH BT SATAR@AHMAD SABRI
4. CIK. SITI MUSHRIFAH BT AHMAD KAMAL
5. PN. NORSHAHIZA BT RAZALI
6. PN. MURNIE BT AHMAD
7. EN.MOHD FIKRI BIN MAT ARIT

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan   guru bertugas mingguan iaitu .Tema minggu ini ialah  Budaya Cemerlang “ Tingkah laku  sosial”.Guru bertugas menyentuh tentang beberapa aspek :
1)Faktor ibubapa
2)Faktor Rakan Sebaya
3)Faktor Sekolah dan guru
4)Faktor Globalisasi dan Media Massa


Ucapan guru bertugas


Majlis diteruskan penyampaian sijil Penghargaan  Sempena Program Permata Pintar anjuran UKM dengan kerjasama KPM kepada murid yang terlibat dan dijemput PK Pentadbiran Pn.Zulastri binti Mohd Zahidi diiringi oleh Ustaz Mohd Amirul Al Kauthar Bin  Mohd Khalid untuk  penyampaikan sijil.


Dan diteruskan lagi majlis  “Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan dan Frog Vle Championship”







Ucapan penerangan wakil bridget ICT berkenaan Vle Frong Championship

 Ucapan pegawai Blink En. Hafizudin Bin Tajudin


Ucapan perasmian Oleh PK Pentadbiran Pn.Zulastri binti Mohd Zahidi

Gimik Pelancaran Dekad Membaca

Gimik Pelancaran Vle Frog Championship


Nyanyian Lagu Budaya Membaca

 Sumbangan Buku dari Syarikat Blink

Persembahan Murid Pra Sekolah
Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.30 pagi.




Share:

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6 (2019)

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,


Untuk makluman kepada semua ibubapa tahun 6 (2019), pihak sekolah akan mengadakan Program Ceramah Motivasi bagi pelajar tahun 6 pada ketetapan berikut :


HARI : KHAMIS
TARIKH : 25 APRIL 2019 BERSAMAAN 19 SYA'BAN 1440H

MASA : 8.30 PAGI - 10.30 PAGI
SASARAN : MURID TAHUN 6
TEMPAT : PUSAT SUMBER SKTPP2


Sehubungan itu, mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada hari Khamis ini.

sekian terima kasih.



Share:

MAKLUMAN UJIAN PSIKOMETRIK TAHUN 6 (2019)

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera,


Untuk makluman kepada semua ibubapa tahun 6 2019, pihak sekolah akan mengadakan Ujian Psikometrik bagi pelajar tahun 6 pada ketetapan berikut :

HARI : SELASA
TARIKH : 23 APRIL 2019 BERSAMAAN 17 SYA'BAN 1440H

MASA : 8.10 PAGI - 8.55 PAGI
SASARAN : MURID TAHUN 6

Sehubungan itu, mohon kerjasama ibubapa/penjaga untuk memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah pada keesokan hari.

sekian terima kasih.






Share:

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 14 SESI PAGI (8 APRIL 2019)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa diketuai oleh saudara Muhammad Najhan Bin Jamal Zaidi dan ikrar oleh saudara Amirul Hazim Bin Nasharuddin,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Ustaz Mohd Amirul Alkauthar bin Mohd Khalid berkaitan adab-adab murid terhadap guru mengikut buku "Bidayatul Hidayah" karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Antara adab-adabnya adalah :

1. Apabila murid menemui gurunya, maka hendaklah murid memberi salam terlebih dahulu.
2. Elakkan banyak bercakap di hadapan gurunya.
3. Bercakap selepas guru bertanya kepadanya.
4. Jangan bertanya kepada gurunya sebelum murid meminta izin.
5. Tidak menyangkal guru (menunjukkan rasa tidak puas hati).

Guru bertugas mingguan :
1) Puan Siti Raudah
2) Puan Noraisyah
3) Puan Noraziah
4) Puan Lee Sau Mei
5) Puan Nasibah
6) Ustaz Amirul


Selain itu, majlis diteruskan dengan ucapan guru disiplin, Ustaz Mohd Razis bin Shainisi berkenaan barang-barang larangan di sekolah. Perhimpunan di tamatkan pada jam 8.15 pagi. 

Ucapan Guru Bertugas

Ucapan Guru Disiplin



Share:

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 15 SESI PAGI (15 APRIL 2019)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Cik Nor Sa'adah binti Sabidin berkaitan Adab Menuntut Ilmu seperti berikut:

1. Bersangka baik kepada guru
2. Mematuhi arahan guru
3. Bersabar dalam menuntut ilmu
4. Tidak merasa diri yang paling tahu


Guru bertugas mingguan:
1. Cik Nor Sa'adah binti Sabidin
2. Pn. Siti Nora binti Mohamed Ahyar
3. Pn. Siti Sarah binti Mohd Nor
3. Pn. Margaret Ann a/p Arputham
4. Pn. Ifahayati binti Ismail
5. En. Rosmadi bin Abdul Manaf
6. En. Zawadi bin Ali


Selain itu, turut diadakan penyampaian Sijil-sijil Kokurikulum kepada murid-murid yang terlibat. Perhimpunan di tamatkan pada jam 8.15 pagi.

Cik Nor Sa'adah menyampaikan ucapan guru bertugas


Penyampaian Sijil-Sijil Kokurikulum












Share:

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 13 SESI PETANG 1.4.2019

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Pn. Suriayati bt Mohd Sulaikhan, berkenaan ciri-ciri peribadi terpuji. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa mengamalkan sikap yang baik dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid-murid supaya menjaga kesihatan.

Guru bertugas mingguan:
1) Pn. Suriayati
2) Pn. Normah
3) Pn. Siti Suriati
4) Pn. Mufidah
5) Pn. Norehan
6) En. Hafizuddin

Selain itu, pengumuman berkenaan seorang murid Tahun 1 UKM iaiitu Nur Hasya Qistina binti Muhammad Hafizi. memenangi tempat ke tiga dalam Kejohanan Silat Olahraga Kebangsaan Jemputan Tampin 2019 anjuran Jabatan Belia dan Sukan bertempat di SMK Tunku Syed Idrus, Tampin Negeri Sembilan 



Ucapan Guru disiplin 

Penyampaian sijil dan cenderamata oleh PK Petang iaitu Pn Fauziah kepada Nur Hasya Qistina





                 







Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PETANG (11/3/2019)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Pn. Nor Ain, berkenaan adab berinteraksi. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa bercakap dengan sopan dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid untuk membawa bekalan air mineral secukupnya dari rumah memandangkan cuaca yang semakin panas.

Guru bertugas mingguan:
1) Pn. Nor Ain
2) Pn. Mazliyana Amalina
3) Pn. Rasina
4) Pn. Wan Sharifah Khalilah
5) Pn. Noraziah
6) En. Wan Adli

Selain itu, pengumuman berkenaan sukantara bagi tahun 3 hari Rabu (6/3/19) .


Pn. Nor Ain selaku ketua guru bertugas mingguan.


Majlis diteruskan dengan perasmian 3K oleh Pn. Nor Anis



Penerangan tentang pertandingan 3K


Perasmian 3K 2019 oleh Penolong Kanan Petang


Seterusnya merupakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS) 2019.


Cik Wahida selaku naib penyelaras menyampaikan ucapan aluan.




Adik Nur Liyana Basyirah memberi sedikit penerangan tentang NILAM


Pn. Fauziah Guru Penolong Kanan Petang SKTPP2, menyampaikan ucapan perasmian seterusnya merasmikan acara.




Nyanyian lagu Nilam diketuai oleh kumpulan murid tahun 3.



Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI (4/3/2019)

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian:

1) lagu Negaraku
2) lagu negeri Selangor
3) lagu sekolah

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas bertugas,

Majlis diteruskan dengan ucapan guru bertugas, Pn. Nurhidayahni, berkenaan adab berinteraksi. Murid-murid diingatkan untuk sentiasa bercakap dengan sopan dengan sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua. Guru bertugas juga mengingatkan murid untuk membawa bekalan air mineral secukupnya dari rumah memandangkan cuaca yang semakin panas.

Guru bertugas mingguan:
1) Pn. Nurhidayahni
2) Pn. Murnei
3) Pn. Nur Hafizah
4) Pn. Nadhrah
5) Pn. Norshahiza
6) Cik Siti Mushrifah
7) En. Mohd Fikri

Selain itu, pengumuman berkenaan latihan sukantara mengikut tahun mulai hari Selasa (5/3/19) sehingga hari Khamis (7/3/19).


Pn. Nurhidayahni selaku ketua guru bertugas mingguan.


Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019 kepada murid-murid yang terlibat.


Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dengan Karnival Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019.


Seterusnya merupakan Pelancaran Hari Nilam Selangor (HANIS) 2019.


Pn. Norshahiza selaku penyelaras menyampaikan ucapan aluan.


En. Zanuddin, Guru Besar SKTPP2, menyampaikan ucapan perasmian.


Perasmian Hari Nilam Selangor (HANIS) 2019 oleh Tuan Guru Besar dengan diiringi PK Pentadbiran dan PK Kokurikulum.


Adik Sharifah Husna, 5UM, mendeklamasikan syair sempena pelancaran program.




Aktiviti membaca selama 5 minit.


Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts