JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Makluman Jerebu Terkini

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

*SK: TPP2 SEKOLAH DIBUKA SEMULA PADA ISNIN 23/9/19*

Berdasarkan bacaan nilai IPU di stesen Putrajaya pada pukul 6 petang yang *berada di bawah 200* [TIDAK BERADA di paras Sangat Tidak Sihat (201-300)] maka sekolah akan dibuka semula esok.  Bagi kebaikan bersama adalah dipohon kerjasama semua ibubapa/penjaga agar:

1. memastikan anak membawa dan memakai topeng muka (face mask) ke sekolah

2.  merehatkan anak tuan/puan di rumah sekiranya dia mempunyai simptom-simptom tidak sihat seperti demam, batuk, semput, lelah dan sebarang penyakit yang membahayakan akibat alah pada jerebu

3. memastikan anak tuan/puan memakai pakaian seragam sekolah lengkap kerana semua aktiviti fizikal/majlis di kawasan terbuka adalah dibatalkan.

4. membekalkan anak dengan bekalan air minuman masak yang banyak dari rumah.

5. sentiasa prihatin dan peka terhadap nilai IPU semasa (stesen Putrajaya)  dan mengikuti pengumuman semasa yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sekian. Terima kasih.

*Guru Besar*
SK TPP 2
22/9/2019
6.15 pm

#1 *Jika trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan melebihi 200 bermula malam ini hingga 5.00 pagi esok, maka sesi persekolahan esok akan dibatalkan.*
Share:

MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN JEREBU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 *SKTPP 2 : SEKOLAH DITUTUP SELAMA DUA HARI (KHAMIS, JUMAAT - 19 & 20 SEPTEMBER 2019).*

Bersama ini disertakan surat arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memaklumkan semua sekolah di Selangor ditutup selama dua hari mulai esok.

Sehubungan itu, murid tidak perlu hadir ke sekolah sementara para guru dan Anggota Kumpulan Sokongan hadir bertugas seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

GURU BESAR
SKTPP 2
Rabu, 18/9/19
6.15 pm




Share:

MAKLUMAN BERKENAAN JEREBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makluman Jerebu SKTPP2



Sekian , terima kasih .
Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 29 SESI PAGI (ISNIN 5.8.2019)




Perhimpunan rasmi Isnin, 05 Ogos 2019 dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Sekolah yang diketuai oleh wakil pengawas sekolah.


UCAPAN GURU BERTUGAS MIGGUAN
Ketua guru bertugas, Puan Siti Sarah binti Mohd Nor mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah serta memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini. Guru –guru yang bertugas adalah :
1.       PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
2.       PN. MARGARET ANN a/p ARPUTHAM
3.       PN. IFAHAYATI BINTI ISMAIL
4.       CIK NOR SA’ADAH BINTI SABIDIN
5.       PN. NORIZAN BINTI ISA
6.       EN. ROSMADI BIN ABD MANAF
7.       EN. ZAWADI BIN ALI

Murid disarankan untuk berjumpa dengan guru bertugas jika menghadapi sebarang masalah.

Tema pada minggu ini ialah “BERTANGGUNGJAWAB – CELIK WANG”.
Makna ‘celik wang’ ialah cara kita mengurus wang dengan bijaksana supaya boleh berbelanja mengikut kemampuan. Antara faedah celik wang adalah :
1.       Supaya kita tidak ditipu oleh orang lain
2.       Berbelanja mengikut kemampuan
3.       Boleh menabung dan digunakan untuk kecemasan

Dalil Al-Quran dari surah Al-Furqan ayat 67 bermaksud ‘dan juga mereka yang diredhai Allah itu ialah apabila membelanjakan hartanya tidak melampui batas dan tidak bakhil (kedekut) sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana’.

Konklusinya, jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam menguruskan wang perbelanjaan dan berbelanjalah secara berhemah

Sekian, terima kasih.


Ucapan Guru Bertugas Mingguan

PENYAMPAIAN SIJIL

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada murid  yang terlibat mewakili sekolah dalam acara :
1)       Anugerah Tunas Harapan Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruh Jaya Cawangan
2)       Pertandingan Scrable
3)       Seni bela diri Teakwando KPM Peringat Negeri Selangor


Penyampaian Sijil Kokurikulum

 
UCAPAN GURU DISIPLIN DAN PENOLONG KANAN KURIKULUM
En. Fakhrurrazi Amin bin Senin selaku guru disiplin menegur sikap murid yang tidak Mengambil berat tentang kebersihan di dalam kelas. Pn. Zulastri binti Mohamad Zahidi selaku Penolong Kanan Kurikulum juga menegur sikap murid yang tidak menjaga kebersihan. Memandangkan sekolah kekurangan kaki tangan pekerja pembersihan, murid seharusnya bersikap prihatin tentang kebersihan di dalam kelas dan juga di kawasan sekolah. Adab menjaga kebersihan bukan sahaja diajar dan diaplikasi di sekolah sahaja, malah dibentuk dari rumah. Seharusnya murid peka dengan kebersihan di dalam kelas supaya keadaan ini juga mencerminkan sikap murid di rumah.


Ucapan Guru Disiplin

Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum


Perhimpunan berakhir pada jam 8.10 pagi.

Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 27 SESI PETANG

Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan ikrar oleh pengawas yang bertugas.

Seterusnya ucapan oleh ketua guru bertugas, Puan Mufidah Zafirah. Tema bagi minggu tersebut ialah "Hormat-menghormati : Menghormati warga sekolah." Puan Mufidah mengingatkan murid cara-cara menghormati warga sekolah, antaranya mendengar arahan guru semasa guru sedang mengajar di dalam kelas dan menjaga kebersihan kawasan sekolah. Puan Mufidah menyatakan guru-guru yang turut bertugas pada minggu ini iaitu:

1) Puan Siti Suriati
2) Puan Norehan
3) Cik Nuruk Aisah
4) Puan Normah
5) Puan Suriayati
6) Encik Hafidzuddin

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada guru pengawas, Puan Baizura. Puan Baizura mengingatkan murid-murid berkenaan peraturan sekolah serta tidak terkut-ikut dengan vape yang sedang diwar-warkan di kalangan murid. Puan Baizura mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa sebarang bentuk vape ke sekolah.

Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang.





Share:

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.




Marilah kita sama-sama doakan semoga semua murid tahun 6 dapat menjalani Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Sekolah yang akan diadakan dari 29 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 dengan jayanya. Jadual Peperiksaan  Percubaan UPSR adalah seperti di bawah:




Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 26

Perhimpunan Mingguan dimulakan dengan nyanyian :

1) Lagu Negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2

Seterusnya bacaan doa dan ikrar oleh pengawas yang bertugas.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru bertugas, Puan Suwaibah. Murid-murid diingatkan berkenaan sikap ketika perhimpunan sedang berlangsung. Guru bertugas juga mengingatkan supaya murid-murid menghormati golongan yang kurang upaya (OKU).

Perhimpunan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian imfree oleh adik bernama Hani Safiyya.

Seterusnya guru pengawas, Puan Baizura memberikan ucapan berkenaan disiplin murid.

Perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.



Persembahan nyanyian imfree
Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 25

Perhimpunan sesi petang pada Isnin 8 Julai 2019 dimulai jam 6.10 petang. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Pengawas kemudiannya memimpin bacaan doa dan ikrar. Diikuti dengan ucapan Ketua Guru Bertugas, Guru Unit Disiplin  dan Penolong Kanan Petang.

Ucapan guru berkisar tentang disiplin murid-murid dan peringatan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ketika di sekolah. Murid-murid diingatkan supaya memakai kasut apabila keluar dari bilik-bilik khas. Diberi penerangan juga mengenai tema minggu ini iaitu 'hormat-menghormati di kalangan ahli keluarga'. Murid-murid diminta menanamkan sikap sopan-santun di antara ahli keluarga supaya dapat menjadi murid yang berakhlak mulia dan disayangi.

Perhimpunan berakhir pada pukul 6.40 petang.



Guru-guru bertugas mingguan ( 8 - 12 Julai 2019) :
Puan Wan Syafifah Khalilah binti Wan Bakar
Puan Noraziah binti Katimin
Encik Wan Adli bin Wan Derahman
Puan Mazliyana Amalina binti Mazlin
Puan Rasina binti Haji Yaacob






Share:

PERHIMPUNAN RASMI SESI PETANG MINGGU KE 24.

Perhimpunan sesi petang dimulai
dengan nyanyian tiga buah lagu.
1 Negaraku
2 Lagu Selangor
3 Lagu Sekolah

Share:

PEPERIKSAAN PRA PERCUBAAN UPSR PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.


Kami doakan semoga semua murid tahun 6 dapat menjalani Peperiksaan Pra Percubaan UPSR Peringkat Sekolah yang akan diadakan dari 8 Julai 2019 hingga 11 Julai 2019 dengan jayanya. Jadual Peperiksaan Pra Percubaan UPSR adalah seperti di bawah:



Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts