SILA HUBUNGI GURU KELAS UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI
Langkah-Langkah Pencegahan
COVID 19
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sila jaga diri anda dan akur pada arahan kerajaan supaya sentiasa berada di rumah dan tidak berkumpul dalam kelompok yang ramai. Pihak kerajaan telah mengedarkan pelbagai risalah melalui pelbagai medium untuk memberi kemudahan kepada kita supaya faham denganarahan yang diberikan. Cikgu ingin berkongsi di blog sekolah ini supaya boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa sekiranya perlu.
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa khabar semua anak-anak didik kesayangan cikgu. Semoga cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran. Pelbagai medium digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak semua. Semoga peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya. Cikgu sekadar ingin berkongsi maklumat dengan murid-murid semua berkaitan Virus Corona yang sedang melanda negara kita sekarang ini. Pelbagai langkah dan hebahan telah dijalankan oleh pihak kerajaan dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga maklumat ini bermanfaat untuk semua.
AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KEBERSIHAN DIRI ANTARA SARANAN KKM:
1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.
2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.
3. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
4. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.
5. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

KAEDAH PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG SECARA ONLINE
Assalamualaikum dan salam sejahtera
PANDUAN PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG SECARA ONLINE
Pihak PIBG SKTPP2 juga menyediakan khidmat bayaran yuran secara online.
Sila ikuti langkah pembayaran di bawah serta lampirkan bukti pembayaran di pautan 👇
https://sites.google.com/edidik.edu.my/agm-pibg-2020/home
Mudah! Cepat ! Jimat Masa 👍
Kerjasama anda amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PERKONGSIAN BERKENAAN COVID 19
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perkongsian Berkenaan Covid-19 oleh Kelab Doktor Muda SKTPP2 serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Semoga warga SKTPP2 Dan semua terhindar dari sebarang penyakit dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

MAKLUMAN KOKURIKULUM 4/3/2020 (RABU)
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera
MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM 4/3/2020
Kokurikulum hanya dibuat satu sesi sahaja:
Sesi 1 : 12.20 - 1.20 petang
UNIT : KELAB DAN PERSATUAN
Sesi 2 : Ditangguhkan
(Memberi laluan kepada peperiksaan SRA)
Kerjasama anda amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.
MAKLUMAN PERJUMPAAN KOKURIKULUM 4/3/2020
Kokurikulum hanya dibuat satu sesi sahaja:
Sesi 1 : 12.20 - 1.20 petang
UNIT : KELAB DAN PERSATUAN
Sesi 2 : Ditangguhkan
(Memberi laluan kepada peperiksaan SRA)
Kerjasama anda amat dihargai Dan didahului dengan ucapan terima kasih.
MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR.
Sekian, makluman terima kasih 👍
MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021/2022 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR.
Sekian, makluman terima kasih 👍
Khemah Ibadah , Motivasi Tahun 6 Dan Ceramah Keibubapaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perhatian kepada murid dan ibu bapa tahun 6
Makluman Khemah Ibadah Motivasi Tahun 6 Dan Ceramah Keibubapaan
Sekian , makluman terima kasih 🙂
Perhatian kepada murid dan ibu bapa tahun 6
Makluman Khemah Ibadah Motivasi Tahun 6 Dan Ceramah Keibubapaan
Sekian , makluman terima kasih 🙂
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH SKTPP2 (SESI PAGI)
Pada 17 Februari 2020 bersamaan dengan hari Isnin, satu Program Jom Ke Sekolah telah diadakan bertempat di dataran perhimpunan SK Taman Putra Perdana 2. Majlis bermula tepat pada jam 7.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya diikuti dengan bacaan lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar murid serta bacaan doa.
Program Jom Ke Sekolah dimulai dengan bacaan perutusan daripada YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Encik Zanuddin bin Sanuan, Guru Besar SKTPP2. Majlis bersambung dengan bacaan perutusan daripada Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Yang Berusaha, Puan Rosmah binti Jamat, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTPP2.
Majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang dilancarkan oleh Yang Berusaha, Tuan Guru Besar bersama-sama dengan barisan pentadbir yang lain.
Murid-murid turut diperkenalkan dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), iaitu Kop. Shafie, Pegawai Polis Taman Putra Perdana.
PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN WAJA SKTPP2
Pada 13 Februari 2020 bersamaan dengan hari Khamis, satu Program Kepimpinan Pemimpin Waja telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka, SK Taman Putra Perdana 2. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.20 tengah hari.
Program ini telah dilaksanakan oleh tenaga pengajar dari luar yang diketuai oleh Encik Bakhtiar Fitri Bin Haji Abdul Hamid (UBF). Beliau merupakan Perunding Utama dalam NADI ILMU Training Management.
Program ini melibatkan barisan pemimpin waja sesi pagi dan petang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan Briged Bestari.
Program ini berjalan dengan lancar dan baik serta diharapkan agar pemimpin-pemimpin waja menerima sesuatu yang bermakna daripada pengisian program ini.