JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan Makluman Cuti Hari Raya Aidil Adha

Tarikh : 30 JULAI hingga 3 OGOS 2020

Kerjasama anda amat dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih 👍


Share:

JADUAL PERSEKOLAHAN TERBARU TAHAP 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan link semakan Jadual Waktu Terbaru Tahap 2 ( Tahun 4, 5 Dan 6)

📚Jadual telah diedarkan kepada murid Tahun 5/6  dan akan bermula pada Hari  Isnin ( 20 JULAI 2020)

📚Bagi murid Tahun 4, akan bermula pada Hari Rabu  (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sila klik link, pilih tahun 👇

💻 http://bit.ly/jadual2020
Share:

MAKLUMAN KEMASUKAN SEKOLAH UNTUK TAHUN 4, 1,2,3

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

👇Berikut merupakan Makluman Pembukaan Semula Sekolah bagi murid Tahun 4, 1, 2 dan 3.

🔴Mohon ibu bapa merujuk panduan yang telah disediakan.

🟡Bagi murid Tahun 5 dan 6 masih meneruskan sesi persekolahan bermula Isnin ( 20 JULAI 2020)

🟢Bagi tahun 4, 1 , 2, dan 3 bermula Rabu (22 JULAI 2020)

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

MAKLUMAT PINTU MASUK SEKOLAH

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

 MAKLUMAN PINTU MASUK PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SKTPP2

1. Murid-murid tidak lagi menggunakan pintu pagar besar untuk masuk dalam kawasan sekolah ( kecuali murid berbasikal)

2. Murid -murid dikehendaki menggunakan pintu pagar kecil yang terletak di pondok menunggu bas. Sila rujuk gambar.

3. Bacaan suhu murid akan diambil di pintu pagar kecil tersebut oleh guru bertugas. ( Di catat dalam kertas kecil)

5. Murid seterusnya bergerak ke lobi mengikut arah laluan pergerakan yang ditetapkan bagi tujuan merekod suhu.

4. Murid berbasikal juga dikehendaki masuk menggunakan pintu utama ( besar) dan terus menuntun basikal ke tempat letak basikal. Seterusnya ,masuk ke dalam kawasan sekolah dan seterusnya bergerak ke lobi untuk merekod suhu 

4. Murid-murid dikehendaki menjaga jarak sosial semasa beratur masuk ke sekolah

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih




Share:

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

MAKLUMAT PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
(TAHUN 5 & 6 SAHAJA)

Tarikh.  : Mulai 15. JULAI 2020
Hari.      : RABU

1. Waktu Persekolahan :  Sesi Pagi

Isnin hingga Selasa : 7.20 pagi - 1.20 petang
Rabu : 7.20 pagi - 12.20 tengah Hari
Khamis : 7.20 - 1.20 petang
Jumaat : 7.20 - 11.50 pagi

#tertakluk kepada sebarang perubahan.
# Untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 akan diberitahu kemudian.

2. Tiada sistem penggiliran,semua murid dikehendaki hadir setiap hari persekolahan.

_____________________________________________

Semua murid hendaklah mematuhi SOP Seperti berikut :

a. Murid dikehendaki hadir ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan bermula jam 7.00 pagi dan mengambil anak masing-masing pada 1.20 petang.

b. Murid dikehendaki memakai pelitup Muka/mask. Pelitup muka yang berfesyen tidak dibenarkan .

c. Murid digalakkan membawa bekalan sendiri termasuk sudu dan garfu .

d. Ibu bapa disaran menyediakan wang kecil secukupnya untuk membeli makanan bagi mengelakkan pertukaran wang di kantin. Setiap menu yang dijual di kantin berharga RM 1.

e. Murid yang bergejala seperti demam, batuk, selsema tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah .

f. Murid datang ke sekolah melalui pintu pagar kecil sekolah berhampiran pondok menunggu bas . Suhu badan murid akan diambil dan jika suhu melebihi  37.5 akan diarah pulang.

g. Murid dikehendaki membawa kain lap/tisu basah dan plastik sampah masing-masing .

h. Waktu Balik murid hanya dibenarkan melalui pintu pagar utama dan pintu pagar kecil berhampiran Jalan 6.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .
Share:

PROGRAM WAGGGS ONLINE UNTUK AHLI PPTM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Kepada Ahli Pandu Puteri anda boleh menyertai (PROGRAM WAGGGS)

World Association Girl GuideA Girl Scout Online Program

Anda berpeluang mendapat sijil Dan badge 👍

Sila rujuk butiran di bawah untuk Maklumat lanjut 😊













Share:

PENGHANTARAN DOKUMEN PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2021

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

PENYERAHAN BORANG TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH SESI 2021

Untuk makluman  Ibu bapa dan penjaga yang ingin menghantar borang Tahun 1 dan Pra Sekolah Sesi 2021

Masa        : 9.00 hingga 11.30 pagi
Tempat    : Tahun 1 (Pejabat)
                    Pra sekolah (Pra Sekolah)

Kerjasama anda amat dihargai dah di dahului dengan ucapan terima kasih 👍🏻
Share:

PENGHANTARAN DOKUMEN PRASEKOLAH SESI 2021

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

PENGHANTARAN DOKUMEN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 SESI 2021

Untuk makluman Tuan Puan,
Penghantaran dokumen PRASEKOLAH DAN TAHUN 1  2021 SKTPP2 boleh dilakukan bermula

Tarikh  : Bermula 12 Mei 2020
Masa   :  9 pagi - 12 tengahari
Hari      : Setiap hari SELASA dan KHAMIS
               sahaja.
Tempat : Prasekolah (Prasekolah)
                 Tahun 1 ( Pejabat SKTPP2)

Pihak sekolah akan bercuti untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ( tarikh penghantaran dokumen selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimaklumkan kemudian )

Sila pastikan Tuan/Puan memakai topeng muka dan hanya seorang sahaja yg dtg JANGAN bawa anak- anak.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 👍
Share:

SEMAKAN ID GC MURID

SILA HUBUNGI GURU KELAS UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI
Share:

Langkah-Langkah Pencegahan

COVID 19 Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sila jaga diri anda dan akur pada arahan kerajaan supaya sentiasa berada di rumah dan tidak berkumpul dalam kelompok yang ramai. Pihak kerajaan telah mengedarkan pelbagai risalah melalui pelbagai medium untuk memberi kemudahan kepada kita supaya faham denganarahan yang diberikan. Cikgu ingin berkongsi di blog sekolah ini supaya boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa sekiranya perlu.






Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts