JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29 (SESI PAGI)

 Tarikh: 30 Oktober - 3 November, 2023

Tema: Bersyukur

Guru Bertugas

1. Mohd Norizi bin Mohamed (K)

2. Wan Marhaini binti Wan Muhammad

3. Wan Pakhitah binti Wan Mohamed

4. Norazmah binti Che Omar 

5. Siti Norasyeqah binti Besar

6. Noorhisham bin Mohamad


Pengawas Bertugas:

1. Nadin selaku Pengacara Majlis (6Raya)

2. Nidal Shafiy mengetuai Ikrar Murid (6Cempaka)

3. Muaz mengetuai bacaan doa (6Angsana)

Laporan:


1. Majlis perhimpunan diadakan dalam Bahasa Inggeris, selaras dengan dasar MBMMBI.

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.














3. Ucapan Guru Bertugas

-Cikgu Norizi mengajak murid-murid supaya  bersyukur tinggal di negara Malaysia yang aman damai. 

- Beliau memetik kata-kata Dr Azhar Yaakob iaitu ada 5M dalam bersyukur. 

M- Memperakui - mengakui setiap yang berlaku  adalah dariNya.

M- Menerima - menerima qada dan qadar

M-Muhasabah - muhasabah diri atas apa yang telah berlaku

M- Memperbaiki -memperbaiki setiap apa yang berlaku agar hasilnya lebih baik di kemudian hari.

M- Menyerah Diri Kepada Allah - selepas berusaha, kita perlu berserah kepadaNya.




4. Ucapan Pentadbir yang Bertugas

-Pn. Hamizah menasihati murid-murid supaya lebih fokus kepada UASA memandangkan aktiviti sukan dan rentas desa sudah tamat.

-Beliau meminta murid-murid belajar bersungguh-sungguh.

-Murid-murid PPKI akan menjalani Pentaksiran Alternatif Sek Rendah.


5. Minggu Solidariti Palestin di peringkat sekolah.

-Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Zulastri membaca perutusan daripada KPM.

-Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga  3 November.

-Solidariti bermaksud kebersamaan atau persaudaraan.

-Berdasarkan musibah yang berlaku di Palestin, kita perlu ada nilai manusiawi, empati dan prihatin kepada masalah atau musibah yang berlaku kepada individu lain tanpa mengira bangsa dan agama.

-Sebagai usaha kebersamaan, kita perlu menyumbang wang atau makanan, mendoakan keselamatan mereka dan menyuarakan bantahan ke atas apa yang telah dilakukan kepada rakyat Palestin.

- Kemudian, beliau telah melancarkan Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah.












6. Ucapan Ustaz Rosmadi

- Ustaz Rosmadi menceritakan sejarah Palestin untuk memberi pendedahan kepada murid-murid.

- Antara intipatinya ialah 

i-bangsa Yahudi percaya bahawa mereka bangsa pilihan Tuhan

ii- Yahudi ialah kaum yang berpindah randah

iii- Gaza penjara terbuka terbesar di dunia, 2 juta penduduk yang ditekan dan dibom negara mereka oleh Israel.

iv- Kita perlu sokong dan bersama dengan Palestin.

v- Kemudian, Ustaz Rosmadi membaca doa untuk rakyat Palestin dan diaminkan oleh warga sekolah.




  

Gambar-gambar sekitar Minggu Solidariti Palestin.

















Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 28 (SESI PETANG)

 

Pada 16 Oktober 2023, satu perhimpunan rasmi telah dijalankan di Dataran Perhimpunan SKTPP2.  Majlis perhimpunan bermula pada jam 6.10  petang dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Selesai sahaja nyanyian, majlis diteruskan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, Ikrar Sekolah dan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil daripada pengawas sekolah.

 

UCAPAN KETUA GURU BERTUGAS

 Majlis diteruskan dengan ucapan ketua guru bertugas, iaitu Puan Nurul Marshida binti Mohamad.  Beliau memaklumkan kepada murid-murid senarai nama guru yang bertugas untuk minggu pertama persekolahan, iaitu:

  1. Encik Yamin Aswat
  2. Puan Siti Baizura
  3. Puan Zauiyah
  4. Puan Nor Anis
  5. Puan Azimah

 

Beliau turut memberi sedikit pengumuman dan pesanan  kepada murid-murid berkenaan tandas disebelah bilik PPKI ditutup pada waktu petang. Beliau juga mengingatkan supaya murid makan ditempat yang disediakan pada waktu rehat. Murid dilihat memberikan tumpuan yang penuh sepanjang penjelasan itu disampaikan. Selain itu, beliau turut mengingatkan murid jika tidak sihat tidak perlu hadir ke sekolah.

 

UCAPAN GURU DISIPLIN

 Majlis diteruskan lagi dengan amanat daripada Ustaz  Hafidzuddin bin Yahya, Ketua Disiplin SKTPP2.  Antara intipati ucapan ialah:

  1. Mengingatkan murid supaya berpakaian kemas dan lengkap dalam uniform sekolah atau baju t-shirt sekolah.
  2. Mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan kelas dengan membuang sampah yang ada dalam meja ke dalam tong sampah.
  3. Beliau juga mengingtakan supaya murid tidak bermain ditempat yang mendatangkan bahaya semasa rehat dan semasa berkumpul di dewan terbuka.

 

Majlis perhimpunan tamat tepat pada jam 6.40 petang dan semua murid beredar untuk pulang.

 

Laporan Disediakan Oleh,

NURUL MARSHIDA BINTI MOHAMAD

Ketua Guru Bertugas Minggu 28



LAMPIRAN BERGAMBAR


Bacaan doa oleh pengawas bertugas

 

Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas

Ucapan guru bertugas


Ucapan guru disiplin




Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI UNIT BERUNIFORM MINGGU KE-27 (SESI PAGI)

Tarikh : 16 - 20 Oktober 2023

Tema   : Kegembiraan - Sahabat

Guru Bertugas

1.Tengku Ayuazura binti Tengku Ismail (K)

2. Mohamad Rani bin Arbain

3. C. Suriakala a/p Chevalingam

4. Mohd Shafie bin Muhammad

5. Nurul Aqilah binti Abdullah 

6. Muhammad Ilham Baqti bin Mohd Nor

 

Laporan:

1. Murid disusun mengikut unit beruniform masing-masing oleh guru bertugas dan guru disiplin. Unit Beruniform bertugas ialah Pengakap.

                                               UB Pengakap berada di tengah perhimpunan

                                           diikuti sebelah kanan oleh Tunas Puteri dan TKRS.

                                      Di sebelah kiri pengakap adalah Puteri Islam dan PBSM. 

 

2. Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor-Duli Yang Maha Mulia dan lagu sekolah SKTPP 2.

3. Murid membacakan doa dan ikrar. Murid bertugas daripada unit beruniform Pengakap.

4. Guru bertugas, Cikgu Tengku menyampaikan ucapan guru bertugas bertemakan kegembiraan-sahabat. Guru memberi contoh persahabatan antara Rasulullah S.A.W dengan sahabat baik baginda iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Guru bertugas juga menasihati murid-murid memilih sahabat yang baik yang boleh memberi kegembiraan dan keseronakkan apabila berada di sekolah. Guru juga menasihati agar murid menjadikan diri sendiri sahabat yang baik dan dipercayai.

5. Cikgu Fakhrurrazi selaku guru disiplin mengingatkan murid-murid tentang hal ehwal disiplin dan tingkah laku. Beliau juga menerangkan tentang tatacara perhimpunan rasmi Unit Beruniform sebagai panduan untuk penambahbaikan  pada perhimpunan rasmi UB akan datang.

 

                                                                   Amanat guru disiplin

6. Majlis diteruskan dengan penyampaian Kelas Terbersih oleh Cikgu Nor Azmah. Kelas Terbersih dimenangi oleh:

                                                                 5 Angsana untuk tahun 5
                                                               Tahun 6 Raya untuk tahun 6
                                                               Tahun 4 Raya untuk tahun 4

7. Penyampaian hadiah seterusnya oleh Cikgu Nurul Amira Hidayah untuk penyertaan dan kemenangan acara merentas desa peringkat daerah sebanyak iaitu seramai 7 orang murid dan seorang daripadanya telah berjaya ke peringkat negeri serta  memperoleh tempat ke- 7  iaitu adik Muhammad Amiruddin al-Hafiy.

 
 Peserta merentas desa bersama jurulatih 

Nurul Amira Hidayah dan barisan pentadbir

 

 8. Penyampaian seterusnya daripada Cikgu Syafrida guru TKRS kepada murid yang berjaya melepasi Ujian  Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Daerah Sepang dan berjaya terpilih mewakili Daerah Sepang ke Peringkat Negeri Selangor untuk kenaikan pangkat Sarjan pada 7-9 November 2023 nanti.

                                    Adik Nurin Afiqah zahirah dari kelas  5 Dedap telah berjaya 

memperoleh pangkat Koprel pada ujian kenaikan pangkat TKRS 

dan akan mewakili daerah Sepang ke kenaikan pangkat Sarjan 

peringkat negeri Selangor pada 7- 9 November nanti.

 

9. Di majlis perhimpunan ini juga cikgu Farah, selaku pengurus pasukan bola baling sekolah mempersilakan seramai 6 orang pemaian bola baling sekolah yang mewakili daerah Sepang ke pertandingan bola baling peringkat negeri Selangor untk menerima sijil penyertaan daripada Encik Zanuddin selaku  guru besar SKTPP 2. 

Peserta bola baling sekolah yang berjaya ke peringkat 
negeri Selangor di bawah bimbingan jurulatih cikgu Suhaidi

10.Sebelum Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah daripada pengurus pasukan Sepak Takraw sekolah atas penyertaan pasukan takraw sekolah ke peringkat negeri.

Peserta sepak takraw sekolah bersama jurulatih 
Cikgu Norhisham dan Ustaz Shafie serta barisan pentadbir

11. Perhimpunan tamat pada jam 8.10 Pagi dan murid bergerak ke kelas masing-masing.

 

 





Share:

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA SKTPP2 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekitar Sambutan Hari Sukan Negara SKTPP2 Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif , Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan, Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Share:

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SKTPP2 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 6 Oktober 2023 (JUMAAT) pihak sekolah telah mengadakan Gema Selawat SKTPP2 anjuran Panitia Agama Islam melibatkan murid sesi pagi . Program dimulakan dengan Bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Rosmadi, setelah itu tazkirah ringkas dan berselawat beramai ramai daripada Ustaz Mohd Razis. Murid-murid seterusnya diteruskan dengan kuiz ringkas . Semoga majlis sambutan Maulidur Rasul memberu seribu manfaat buat semua.
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts