JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2023

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 20 November 2023 bersamaan 6 Jamadilawal 1445H yang melibatkan semua pelajar dan guru. Tema 'Kisah Dongeng Melayu'  telah dipilih sebagai tema pada tahun ini. Antara matlamat program ini dijalankan adalah untuk menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

OBJEKTIF
1. Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah.
2. Menarik minat murid supaya rajin membaca.
3. Menjadikan pusat sumber sebagai tempat yang diminati oleh murid-murid untuk mengulangkaji pelajaran, dan tempat untuk murid melakukan pelbagai aktiviti.
4. Melatih para pengawas Pusat Sumber untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
5. Mengeratkan hubungan pengawas sumber dengan murid lain.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
1. Pameran dan Jualan Buku dari BLINK (20/11-22/11/2023) Isnin hingga Rabu (Semua murid SKTPP2)
2. Bengkel Mewarna bersama Uneh (Program bersama BLINK) (20/11/2023) Isnin (Tahun 4, 5,6 dan PPKI)
3. Pertandingan Teka Silang Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Tahun 5
) (Terbuka)
4. Pertandingan Bicara Buku Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu (Tahun 4) (Terbuka)
5. Pertandingan Mencari Maksud Perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ( Tahun 6) (Terbuka)
6. Kuiz PSS Secara atas talian (Tahun 4,5 dan 6 (Terbuka) 
7. Pertandingan Menghasilkan Kulit Buku (Tahun 4,5 dan 6) (Terbuka)
8. Pertandingan ICT (Tahun 4,5 dan 6 (Terbuka) 
9. Peraduan Meneka Jumlah Buku (Tahun 1-6) (Terbuka) 
10. Peraduan Meneka Jumlah gula-gula (Tahun 1-6) (Terbuka) 
11. Kuiz PSS atas talian (Tahun 1-3) (Terbuka) 
12. Kuiz berkaitan dengan ICT ( Tahun 1-3 ) (Terbuka) 
13. Pertandingan Menjawikan Perkataan (Tahun 1-3 ) 
14. Pertandingan Menghasilkan Penanda Buku (Tahun 1) 
15. Pertandingan Membuat Kad Ucapan Untuk Palestin (Tahun 2&3) 
16. Pertandingan Mencari Benda Tersembunyi (Tahun 1) 
17. Pertandingan Bercerita Ringkas Kisah Dongeng (Tahun 2&3) 
18. Pertandingan Nursery Recitation (Tahun 1) 
19. Pertandingan Poem Recitation (Tahun 2) 
20. Pertandingan Spelling Bee (Tahun 3) 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perasmian Minggu Pusat Sumber Sekolah :



Poster Majlis Pelancaran Minggu Pusat Sumber 2023

Gimik Perasmian bersama Maskot

Sesi bergambar seluruh warga sekolah








Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 31 (SESI PAGI)

Tarikh : 06 Nov 2023

Tema  : Mematuhi Peraturan Jalan Raya

Guru Bertugas :

1. Zuraini binti Ismail (K)

2. Mohd Razis bin Md Shainisi

3. Kavitha a/p Kandiah

4. Farah Hanis binti Ramli

5. Noraini binti Yusof

6. Md Shuhaiadi bin Md Sabar


Pengawas Bertugas :

1.Wan Muhammad Ariz bin Wan Muhammad Najib (Pengacara Majlis)

2. Aqil Harith bin Ahmad Isyraq(Lafaz Ikrar)

3. Izz Irfan Naufal bin Dzuhailee (Bacaan Doa)


Laporan

1. Majlis di mulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan         Lagu sekolah.


2. Ucapan Guru Bertugas

Cikgu Zuraini Menjelaskan tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada semua warga sekolah:

 - Memastikan murid yang berjalan kaki ke sekolah hendaklah sentiasa memerhati kanan kiri dan kanan sebelum melintas jalan.

- Memastikan murid yang menunggang basikal supaya sentiasa berada di kiri jalan supaya dapat bmelihat kereta yang berada dihadapan mereka dan sentiasa memberikan isyarat sekiranya hendak menyeberang jalan.

- Penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga tidak dibenarkan. Sentiasa menggunakan tali pinggang.



3. Ucapan Wakil Guru Disiplin

- Cikgu Fakhrul Mengingatkan semua murid terutama murid perempuan supaya tidak memakai barang kemas ke sekolah.

 - Beliau juga memberi amaran dan tindakan akan dikenakan kepada murid yang ponteng.


4. Penyampaina sijil Permata Al-Quran




5. Penyampaian Sijil Mahrajan Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Sepang.



6. Penyampaian Bintang Kelas Terbersih oleh  Penolong Kanan HEM,  Datin Nora bin Yiusof

                                                              PPKI : 5 Cemerlang

 



                                                                    Tahun 4 Raya



                                                                   Tahun 5 Angsana




                                                                      Tahun 6 Bakawali




7. Ucapan Guru Besar (En Zanuddin bin Sanuan)

- Guru Besar mengingatkan murid tentang penggunaan tandas secara berhemah memandangkan tandas murid telah dibaikpulih.

- Murid yang membeli makanan diluar sewaktu menunggu van atau ibu bapa hendaklah membuang sampah kedalam tong sampah yang telah disediakn.

-Beliau  memberi amaran kepada semua murid terutama murid perempuan supaya tidak memakai barang kemas ke sekolah kerana perbuatan tersebut merupakan salahlaku dan melanggar peraturan sekolah.

-Beliau juga mengumumka cuti perayaan Deepavali bermula pada 11 - 14 Nov 2023 (Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa)







Share:

PROGRAM DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

Tarikh: 31 Oktober 2023

Tempat: Dataran Perhimpunan

Masa: 7.30-9.00 pagi



RASIONAL

i. Pelancaran ini mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegan taruh terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

ii. Penganjuran majlis ini dapat memantapkan lagi kerjasama antara KPM dan PDRM.


OBJEKTIF

i. Penglibatan pegawai PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di sekolah dapat membantu menangani isu salah laku disiplin murid di sekolah.

ii. Pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah di peringkat sekolah dapat membentuk hala tuju murid

dengan lebih jelas dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku Seksual dan 

Garis Panduan Salah Laku Buli di sekolah.

iii. Mewujudkan hubungan yang baik antara PPS dan pihak sekolah.

iv. Menyumbang kepada perkembangan murid bagi meningkatkan kesejahteraan mental dan pendidikan

yang lebih berkualiti.


Laporan:

1. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.








2. Ucapan Guru Besar

-Guru Besar membaca perutusan teks daripada Menteri Pendidikan Malaysia.

-Kementerian Pendidikan Malaysia komited dalam menangini isu disiplin terutama berkaitan adab dan sahsiah

-Falsafah pendidikan berterusan bagimembentuk karekter murid yg berakhak.

-Slogan ABC (Anak Baik lagi Cerdik) dapat membentuk karekter murid yang baik.

-Murid yang ada nilai karamah ihsaniah akan mampu berfikir dan bertindak dengan bijak.

-KPM dengan kerjasama PDRM menggalakkan Program Duta Sahsiah merupakan satu intervensi agar anak-anak tidak terjebak dengan pelbagai salah laku di sekolah.

-Pelantikan Duta Sahsiah di sekolah diharap dapat menjadi suri teladan kepada rakan-rakan.




3. Ucapan Koperal Mohd Fairul bin Rosli selaku Pegawai Perhubungan Awam Sekolah SKTPP2, 2023

-Duta Sahsiah akan menjadi mata dan telinga kepada pihak polis.

- Duta diminta melaporkan kesalahan murid kepada guru dan guru melaporkan kepada polis.

-Contoh salah laku ialah buli dan gangguan seksual.

- Beliau seterusnya merasmikan Program Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah.






4. Penyampaian Watikah Pelantikan Duta Sahsiah

-Guru Besar telah mengiringi Koperal Mohd Fairul bin Rosli untuk menyampaikan watikah kepada murid-murid yang terpilih.
















5. Ucapan Duta Sahsiah

Ucapan duta sahsiah

-Murid berperanan menghentikan gangguan seksual.

-Murid berperanan menghentikan buli.

- Mangsa  perlu berani  tampiluntuk melaporkan kejadian yang berlaku.

-Sekecil-kecil tindakan dapat mghentikan gangguan sekasual dan buli daripada berleluasa.




6. Pemberian cenderahati 

-Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Koperal Mohd Fairul bin Rosli sebagai tanda terima kasih atas kesudian beliau hadir ke majlis pada pagi ini.


Gambar-gambar sepanjang majlis.












Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts