JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PROGRAM SAYANG DIRI TAHUN 4

Guru yang setia bersama murid.
Penyampaian cenderahati oleh En. Zanuddin b. Sanuan (PK Petang)
Sesi pembentangan oleh murid
Sesi perbincangan dalam kumpulan
Kerjasama dalam kumpulan
Tekun mendengar ceramah
Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Razis
Puan Norazah selaku pengerusi majlis sedang menjalankan tugas

Pada 8hb Ogos 2011 (Isnin), Jawatankuasa HEM bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan program khas untuk tahun 4 . Ini merupakan julung kali program seumpama ini untuk murid sesi petang. Diharapkan semua murid tahun 4 mendapat manfaat dari program tersebut.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

"GURU CEMERLANG, PELAJAR GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG"

Share:

AKTIVITI PENGAKAP SKTPP2 – Tahun 3 & 4














20 Julai 2011 – Kemahiran memasak adalah sangat penting tidak mengira jantina. Memasak adalah salah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ahli pengakap. Sebagai permulaan, Pasukan Pengakap SKTPP2 (Tahun 3 & 4) telah menjalankan aktiviti memasak di padang sekolah.

Aktiviti ini adalah di bawah pemantauan dan nasihat guru penasihat pengakap. Tujuannya adalah untuk mendedahkan pengalaman memasak yang ringkas kepada ahli. Ia juga bertujuan menyemai semangat kerjasama, tolak ansur, gotong royong dan tanggungjawab di kalangan ahli pengakap.

Ahli pengakap telah membawa peralatan asas seperti periuk kecil, sudu dan mangkuk plastik serta bahan untuk dimasak iaitu mee maggi. Ada juga yang membawa telur dan sayur. Mereka turut membawa ranting kayu. Guru pula telah menyediakan Mess Tin bagi murid yang tidak membawa periuk kecil.

Taklimat ringkas mengenai tujuan aktiviti ini diadakan turut diberikan sebelum ahli bergerak ke dalam kumpulan memasak masing-masing. Mereka juga telah diingatkan tentang langkah-langkah keselamatan semasa aktiviti memasak dijalankan. Mereka juga mesti membersihkan kawasan memasak selepas aktiviti memasak berakhir.

Kelihatan ahli pengakap gembira apabila berjaya memasak dan mereka saling berkongsi makanan dimasak antara satu sama lain.

Share:

PROGRAM SAYANG DIRI

Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP2 dengan kerjasama AJK Hal Ehwal Murid akan mengadakan program bagi murid tahun 4.

Tajuk Program : "Sayang Diri"
Tarikh : 8.Ogos 2011 (Isnin)
Masa : 1.00 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Pusat Sumber SKTPP2

Antara aktiviti yang akan dijalankan :
1. Motivasi Cintai UPSR
2. Kemahiran Belajar
3. Kepimpinan Muda
4. Motivasi Belajar
Share:

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA 2)

Jawatankuasa Peningkatan UPSR bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan aktiviti Ceramah Teknik Menjawab UPSR:

Tarikh : 30hb Julai 2011 dan 31hb Julai 2011
Masa : 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SKTPP2
Sasaran : Semua murid tahun 6 SKTPP2

Diharapkan selepas menghadiri program teknik menjawab ini murid-murid tahun 6 lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR 2011
Share:

Bengkel Meningkatkan Kemahiran Catur

Catur merupakan sejenis permainan yang mencabar dan boleh menjana minda murid-murid di Sekolah KebangsaanTaman Putra Perdana 2.  Selain menggalakkan murid-murid untuk aktif bermain catur, ia juga dapat membentuk disiplin mereka. Walaupun terdapat segelintir murid-murid yang berkebolehan bermain catur,namun mereka masih memerlukan khidmat nasihat bagi memantapkan lagi kemahiran mereka. Dengan ini, Kelab Catur SKTPP2 telah mengadakan Bengkel Meningkatkan Kemahiran Catur seperti di bawah:

Tarikh           : 30 Julai 2011
Masa            : 8.30 pagi - 10.30pagi
Tempat         : SK Taman Putra Perdana 2
Penceramah: En. Idris bin Jamal





Share:

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011




Sepanjang bulan Ramadhan ini Panitia Agama Islam telah merancang beberapa aktiviti bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini. Majlis pelancaran program Ihya Ramadhan ini akan diadakan pada 1 Ogos 2011.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

  1. Tadarus Al-Quran
  2. Tabung Amal Jariah
  3. Memohon sumbangan untuk anak yatim dan miskin
  4. Buletin Ramadhan
  5. Bacaan Yasin setiap hari Jumaat
  6. Tazkirah pada setiap hari semasa perhimpunan pagi dan petang
  7. Mengalunkan bacaan-bacaan zikir, nasyid dan ayat-ayat Al-Quran pada setiap pagi
  8. Majlis Khatam Al-Quran pada 26 Ogos 2011
Kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru SKTPP2 dan sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas berupa zakat atau hadiah kepada anak-anak yatim dan miskin boleh menghubungi Ustazah Rahayu bt Ghani pada atau sebelum 26 Ogos 2011.

Majlis penyerahan sumbangan ini akan diadakan serentak dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Terima kasih dan diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga SKTPP2 dan seluruh umat Islam.





Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts