JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

HARI ORIENTASI TAHUN 1, SESI 2013

PEMBERITAHUAN

Dimaklumkan bahawa Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 3 November 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2

Tentatif Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013



7.45 pagi          :           -  Kehadiran ibu/bapa/penjaga bersama murid-murid Tahun 1 2013
-  Murid- murid beratur mengikut kelas yang ditetapkan ( mengikut papan tanda kelas. )

8.00 -               :           Murid-murid berhimpun di dataran perhimpunan.
8.30 pagi                      - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor.
                                    - Bacaan doa ( Ustaz Mohd Razis bin Mohd Shainisi)


8.30 –              :           Murid-murid bergerak ke kelas untuk ujian.
10.30 pagi        :           -  ibu / bapa /penjaga bergerak ke dewan terbuka untuk taklimat am
                                    dan disiplin
                                    - Kata – kata aluan pengerusi majlis
                                    - Ucapan Guru besar
                                    - Taklimat am dan disiplin oleh Penolong Kanan.

10.30 -             :           Rehat
10.50 pagi

10.50 -             :           Lawatan ke kawasan sekolah
11.50 pagi                    - Oleh guru kelas dan  pembantu.
                                    - Bergerak dari dewan terbuka mengikut jadual lawatan.
                                    - Ibu bapa bergerak ke kelas untuk mengambil T-shirt sekolah.
                                                              
12.00 tghri        :           Bersurai
                                                           


Sehubungan dengan itu, pihak SKTPP2 mengalu-alukan kedatangan murid-murid Tahun 1, sesi 2013 beserta ibu bapa hadir untuk menjayakan program ini. Terima kasih.


Oleh : JK Dokumentasi Hari Orientasi Tahun 1, sesi 2013

Share:

BLOG KSSR DAN PBS

Murid, ibu bapa / penjaga serta guru boleh mendapatkan informasi KSSR dan PBS di blog/pautan ini -> KSSR PBS SKTPP2

Terima kasih.
Share:

Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012

Tarikh         :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa          :  8.00 – 11.00 pagi
Tempat      :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
   Tahun 3B, 3D & 3I – Bilik Kemahiran Hidup
   Tahun 3M, 3N & 3Z – Kelas 2 Zamrud
   Bilik darjah masing-masing (Thn 4 & Thn 5)

Perjalanan Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2, 2012 telah menunjukkan keperihatinan ibu bapa serta guru-guru SKTPP 2.
Kehadiran ibu bapa pada hari ini adalah seawal jam 7 pagi. Kehadiran mereka pada hari ini menunjukkan kerjasama erat antara sekolah dan ibu bapa serta penjaga. Mereka sabar dan setia menunggu lama untuk berjumpa guru kelas anak-anak mereka bagi sesi bertemu pelanggan untuk kali ke-2 ini. Tiada percanggahan pendapat berlaku walaupun terdapat sedikit sebanyak kritikan yang diberikan tentang anak-anak mereka. Ibu bapa sangat bersikap terbuka kerana mereka sedar bahawa tujuan guru adalah mulia untuk mendidik anak mereka menjadi manusia berguna kelak. Insyaallah …











Secara keseluruhannya, Hari Jalinan Mesra Kali Ke-2 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Warga SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh guru-guru, kakitangan serta Ibu bapa dan penjaga SKTPP2 dalam menjayakan Hari Jalinan Mesra SKTPP2 pada kali ini.
TERIMA KASIH...
Share:

HARI JALINAN MESRA KALI KE-2 2012

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan Hari Jalinan Mesra seperti ketetapan berikut: Tarikh    :  30 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa     :  8.00 – 11.00 pagi
Tempa t :  Tahun 1 & 2 - (Dewan Terbuka)
                Tahun 3B, 3 D & 3 I – Bilik Kemahiran Hidup
                Tahun 3 M, 3 N & 3 Z – Kelas 2 Zamrud
                Bilik darjah masing-masing (Tahun 4 dan Tahun 5)



Share:

Aktiviti Gotong-Royong PIBG bersama SKTPP2

Aktiviti Gotong-Royong PIBG dan sekolah telah diadakan pada 29 Oktober (Sabtu) yang lalu.
Kehadiran ibu bapa, guru dan murid-murid sangat membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti gotong-royong tersebut.  Selain membuat Taman Herba, banyak aktiviti lain seperti menanam pokok-pokok yang disumbang oleh para ibu bapa dan pihak luar.  Beberapa orang guru pula membantu mengurus Bilik PBS dan bilik j-QAF.
Diharap aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lebih kerap lagi bagi merapatkan silaturrahim di antara ibu bapa dengan warga sekolah dan seterusnya mewujudkan suasana yang selesa, aman dan ceria.










Pihak PIBG dan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang tidak terhingga kepada semua ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan pihak luar bagi menjayakan aktiviti gotong-royong.
Share:

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

TAHUN 4 



TAHUN 5


TAHUN 6

JADUAL PEPERIKSAAN SETARA BAGI TOV UPSR 2013 (TAHUN5)

# JADUAL PEPERISAAN TAHUN 3 AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN


NOTA PENTING:
1) Markah peperiksaan mata pelajaran teras bagi Tahun 6 akan diambil dari markah 
    ( PERCUBAAN UPSR 1-4 )
2) Peperiksaan Akhir Tahun mata pelajaran Pendidikan Islam telah dijalankan pada 
    18.9.2012 selaras seluruh Negeri Selangor atas arahan pihak PPD Sepang.
3) Markah peperiksaan setara bagi TOV UPSR 2013 bagi mata pelajaran teras Tahun 5 
    akan digunapakai sebagai markah  Peperiksaan Akhir Tahun.
Share:

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Majlis Restu Calon-calon UPSR 2012 SKTPP2


Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Majlis Restu calon-calon UPSR 2012 SKTPP2 telah diadakan pada 30 Ogos 2012 (Khamis) bertempat di Dewan Terbuka SKTPP2. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKTPP2, En. Md Zohri Bin Saluki bersama barisan Pentadbir dan guru-guru SKTPP2. Majlis ini diadakan sebagai satu simbolik restu guru kepada calon-calon UPSR dan juga sebagai persediaan akhir peperiksaan UPSR 2012. Adalah diharapkan semoga calon-calon UPSR SKTPP2 2012 dapat memperolehi keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang.... 














Share:

Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Pada 23 Julai 2012 yang lalu, jawatankuasa Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) SKTPP 2 telah menganjurkan Majlis Pelancaran SPSK. Majlis pelancaran ini telah di laksanakan pada kedua-dua sesi persekolahan (sesi pagi dan sesi petang) semasa perhimpunan mingguan.

Tujuan utama majlis pelancaran ini dibuat adalah bertujuan untuk menghebahkan kepada warga sekolah serta masyarakat setempat bahawa SKTPP2 telah mengorak langkah bagi menjadikan SKTPP2 sebagai sebuah sekolah yang berkualiti dan seterusnya melonjakkan pencapaian murid-murid sekolah ini. Hal ini bertepatan dengan visi "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan misi "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti" sebagai panduan.

Secara keseluruhan sistem pengurusan sekolah kualiti di Sekolah-sekolah Negeri Selangor melibatkan proses-proses seperti Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran & Pengajaran, Pengurusan Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan, Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid, Pengurusan Mesyuarat dan Pengurusan Bimbingan &
Kaunseling.

Secara keseluruhannya, majlis pelancaran ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa SPSK SKTPP2 mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah di berikan oleh kakitangan serta guru-guru SKTPP2 bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih.
Sekitar majlis pelancaran..
 Gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh
En Md Zohri Bin Saluki (Guru Besar SKTPP2)- Sesi Pagi

 Ucapan perasmian oleh Pn Norlela Bt Hashim (PK Petang)- Sesi Petang
 Penyerahan fail SPSK kepada jawatankuasa SPSK SKTPP2
Share:

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN RAMADHAN

Pada 15 Ogos 2012 bersamaan dengan 26 Ramadhan 1433H telah berlangsung Majlis Khatam Al - Quran dan Sumbangan Ramadhan.


Hadiah dan sumbangan yang akan di sampaikan

Ucapan Perasmian Penutupan Program Ihya' Ramadhan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2, En. Md Zohri bin Saluki

Acara Khatam bermula.
(Khalifah Khatam - Ustaz Mohd Razis bin Md. Shainisi)

Syair Ramadhan telah disampaikan oleh Adik Aneez Kirana bt Mohd Rizal (4B) yang dilatih oleh Ustazah Rozlina

Persembahan Nasyid bertajuk Jalan Lurus dari kelas 3B yang dilatih oleh Ustaz Nawawi

Pantun Musical Raya yang dilatih oleh Ustazah Norzuriah dan Ustazah Absha Atiah

Persembahan Prasekolah (Gabungan murid Prasekolah Kasihku dan Prasekolah Sayangku) telah menyampaikan nyanyian Lagu Raya bertajuk Suasana Hari Raya yang dilatih oleh Pn. Nurul Hanis dan Pn. Norizan

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 3 oleh GPK Kokurikulum, Pn Zuridah bt Mohd Ali


Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 4 oleh GPK Hal Ehwal Murid, En. Mior Hussin bin Othman

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 5 oleh GPK Petang, Pn Norlela bt Hashim

Penyampaian hadiah kepada peserta tadarus tahun 6 oleh GPK Pentadbiran, Puan Siti Hanim bt Sungit

Penyampaian hadiah kepada Khalifah Khatam- Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi

Sumbangan kepada 42 orang murid telah disampaikan oleh En. Md Zohri bin Saluki, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2


Bersalaman Aidilfitri murid - murid dan guru - guru

Ceramah Nuzul Al - Quran oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi kepada murid - murid tahap 1 di dataran terbuka.

Ceramah Nuzul Al - Quran oleh En. Kamarudin bin Hj. Mohamad kepada murid - murid tahap 2 di Pusat Sumber Sekolah
Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts