TARIKH BAHARU UPSR UNTUK PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS 014/1, BAHASA INGGERIS 014/2 DAN SAINS 018 (SK)
PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN
SCIENCE & BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014
Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor.
1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor.
2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014.
3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki di SJKC dan SJKT.
4. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.
5. Pihak LP menyedari bahawa tindakan selepas keputusan di atas perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tarikh 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai bagi membolehkan pihak LP melaksanakannya kerana isu logistic (percetakan dan pengedaran) dan teknikal, termasuk keselamatan soalan dan integriti. Proses ini melibatkan seramai 473,175 calon, 51,438 petugas, 8,299 pusat, dan 382 bilik kebal di seluruh Negara.
6. Dengan perkembangan terbaharu ini, KPM akan membuat siasatan dalaman atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. KPM memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (PDRM, SKMM) untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah. KPM berharap tindakan tegas dan semaksimum mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut.
7. KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini.
8. Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Science 018, 028 dan 038 sepertimana yang disebut di atas, TIADA PEMBATALAN untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.
9. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran beritu palsu, pihak LP menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh hubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.
10. KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistik.
11. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin meminta maaf kepada mereka yang mengalami sebarang kesulitan akibat insiden ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia
12 September 2014
UPSR 2014
Selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 SKTPP2 yang menduduki peperiksaan UPSR 2014. Semoga kejayaan milik kalian.
| KETUA DAN PENGAWAS PEPERIKSAAN UPSR YANG BERTUGAS |
| GURU KELAS MENGEDARKAN BORANG PERAKUAN CALON |
| GURU MEMBANTU MENGEDARKAN BORANG PERAKUAN CALON |
| GURU MENGEDARKAN KISMIS KEPADA CALON-CALON UPSR |
| GURU MEMBUAT SEMAKAN BORANG PERAKUAN CALON |
| ANTARA IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR MEMBERIKAN SEMANGAT KEPADA ANAK-ANAK MEREKA |
| CALON-CALON UPSR 2014 |
| GURU-GURU BERSAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN DI SAAT AKHIR |
| KATA-KATA SEMANGAT DARIPADA TUAN GURU BESAR |
| BACAAN DOA |
| BACAAN DOA |
| CALON-CALON UPSR MENUJU KE DEWAN PEPERIKSAAN |
| CALON-CALON UPSR MENUJU KE DEWAN PEPERIKSAAN |
| SEKOLAH TURUT MENYEDIAKAN RUANG SOLAT DAN BACAAN YASIN KEPADA IBU BAPA |
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014
Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini yang telah ditetapkan pada 9 hingga 11 September 2014.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon UPSR SK Taman Putra Perdana 2.
MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2014
TARIKH :
5 SEPTEMBER 2014
HARI : JUMAAT
MASA :
7.30 -10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN
TERBUKA SKTPP2
Majlis ini telah diadakan dengan objektif seperti
berikut:
· Memberi restu ilmu
kepada semua calon UPSR 2014 sebelum menghadapi UPSR.
· Memberi suntikan semangat
agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis
baik di saat - saat akhir sebelum
peperiksaan bermula.
· Memohon keredhaan daripada Allah s.w.t. agar semua
murid diberi ilham semasa
menjawab soalan peperiksaan
kelak.
· Mendoakan semua calon UPSR agar dapat mencapai
keputusan yang cemerlang.
Ucapan oleh Guru Besar SKTPP2 Bacaan doa oleh Ustaz Rosmadi Motivasi Pagi oleh Ustaz Razis
En. Kamsani bin Sahlan
Penyampaian set alat tulis kepada setiap ketua kelas
Guru-guru Tahun 6 menyuap pulut kuning kepada calon-calon UPSR 2014
Acara mohon restu dan salam kasih
BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PERDANA 2014
TARIKH : 4 SEPTEMBER 2014
HARI : KHAMIS
MASA : 7.00 - 9.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2
HARI : KHAMIS
MASA : 7.00 - 9.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2
Majlis bacaan Yassin dan Solat hajat yang telah diadakan untuk UPSR ini adalah
salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya
membantu para pelajar Tahun 6 SKTPP2 2014 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih tenang
dan yakin. Penganjuran majlis ini juga merupakan salah satu usaha untuk
membantu para pelajar dari segi kerohanian selain usaha yang berterusan dari
guru- guru dan semua pihak .Selain itu ianya dapat
mengeratkan lagi ikatan persaudaraan antara pihak sekolah dengan para ibu bapa
/ penjaga.
OBJEKTIF
- Mendedahkan pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah Taa’la.
- Memupuk rasa cinta kepada ibadah.
- Meningkatkan lagi ilmu dalam menjalankan solat hajat.
- Menjalinkan ukhwah antara pihak sekolah dengan para ibu bapa / penjaga.
SUASANA SEKITAR MAJLIS
![]() |
| SEBAHAGIAN DARIPADA JEMAAH WANITA |
![]() |
| SEBAHAGIAN DARIPADA JEMAAH LELAKI |
![]() |
| IMAM SOLAT MAGHRIB |
![]() |
| BACAAN YASIN |
![]() |
| KHALIFAH BACAAN YASIN |
![]() |
| PENDAFTARAN |
![]() |
| JAMUAN |
ANUGERAH PIBG TERBAIK DAERAH SEPANG DAN GURU CEMERLANG KAJIAN TINDAKAN DAERAH SEPANG.
Pada 4 .9 .2014 bertempat di Dewan ibupejabat Anti Dadah Kebangsaan di Bangi, satu majlis Anugerah untuk sekolah rendah dan menengah daerah Sepang telah diadakan. Dato' Seri Noh Omar telah merasmikan majlis tersebut. Pelbagai hadiah disediakan. Sekolah kita tidak ketinggalan kerana memenangi dua anugerah dari puluhan hadiah. Tahniah PIBG dan Cikgu Lee Sau Mei kerana telah menerima anugerah..
SUMBANGAN ALATULIS UNTUK UPSR 2014 DRP YB TUAN SHAHRUM BIN DATO' HJ SHARIFF.
Pagi ini 3.9.2014 wakil kepada YB TUAN SHAHRUM BIN DATO' HJ SHARIFF datang menyampaikan sumbangan alatulis untuk murid SKTPP2 yang akan menduduki UPSR 2014 minggu hadapan 9 hingga 11 Septembar 2014
Tuan Hj Rashdan mewakilin DUN DENGKIL TUAN SHAHRUM BIN DATO ' SHARIFF
l
KE ARAH HARI PEPERIKSAAN UPSR 2014.
Sekolah memerlukan banyak bilik untuk UPSR 2014. Sebelas kelas digunakan untuk UPSR. Sekolah hanya ada 24 bilik darjah sahaja. Oleh itu PdP tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana kelas kelas tersebut digunakan. Oleh itu pihak sekolah bersetuju untuk merehat beberapa kelas dari belajar. Jadual murid yg direhatkan seperti berikut. Kerjasama daripada pihak tuan puan sangat dihargai




























