JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3/2016 (SESI PAGI)

TARIKH : 18  JANUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. EN. AHMAD ZAKI BIN TAMSIR
  2. CIK MARGARET ANN
  3. PN. NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM
  4. PN. IZZATUL HUSNA BT MAT NOH
  5. PN. NADHRAH BINTI AB. SATAR
  6. PN. NOR AISYAH BINTI ZULKIFLI


TEMA : SAYANGI DIRI (PERATURAN)

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, En. Ahmad Zaki menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema Peraturan. Antara kandungan yang disampaikan dalam kelebihan peraturan yang disediakan ialah :-
  • Beri kemudahan kepada semua pihak.
  • Perlu mematuhi peraturan walaupun ianya nampak terlalu remeh.
  • Peraturan yang disediakan bukan bertujuan menyusahkan kita.
  • Malah dengan mematuhi peraturan sesuatu perkara itu akan diurus dengan baik.

Perhimpunan diteruskan dengan Majlis Perlantikan dan Penyerahan Watikah Perlantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber.



Share:

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA/PENJAGA & GURU TAHUN 6/2016

TARIKH       : 16 JANUARI 2016
HARI             : SABTU
MASA            : 7.45 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT      : DEWAN TERBUKA SKTPP2



OBJEKTIF

  • Perbincangan dua hala antara ibu bapa/penjaga dan guru berdasarkan prestasi murid-murid Tahun 6.
  • Perbincangan bersama mengenai cadangan penambahbaikan program untuk kecemerlangan murid.
  • Membincangkan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam Peperiksaan UPSR.


SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Permuafakatan ibu bapa/penjaga dan guru-guru Tahun 6 bagi Tahun 2016. Majlis ini telah dihadiri seramai lebih kurang 160 orang ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 SKTPP2. Antara pengisian dan perbincangan yang dijalankan adalah berkaitan Program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam Peperiksaan UPSR dan penerangan penataran DSKP serta format UPSR 2016 bagi semua subjek. Majlis yang berakhir pada jam 12.00 tengah hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah hadir dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis ini berlangsung.


SUASANA MAJLIS


PENDAFTARAN





IBU BAPA/PENJAGA YANG HADIR






UCAPAN ALUAN OLEH  PK KURIKULUM (PN. NORLELA BINTI HASHIM)




TAKLIMAT KECEMERLANGAN UPSR OLEH PN. ZARIPAH BINTI ISMAIL




GURU-GURU KELAS TAHUN 6










TAKLIMAT PENATARAN DSKP & FORMAT UPSR 2016



SESI PERBINCANGAN DAN SOAL JAWAB







JAMUAN











Share:

PERJUMPAAN KOKURIKULUM 2016

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2

Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

PERJUMPAAN KOKURIKULUM 2016

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Perjumpaan kokurikulum 2016 untuk tahun 3, 4 , 5 dan 6 akan bermula pada
20 Januari 2016 (Rabu).
Kehadiran adalah diwajibkan dan sekiranya murid tidak dapat hadir ke setiap perjumpaan kokurikulum, surat rasmi/sijil cuti sakit (jika berkaitan) daripada ibu bapa atau penjaga perlu diserahkan kepada guru kokurikulum masing-masing.
 MAKLUMAN WAKTU KOKURIKULUM TAHUN 2016

SESI/ TAHUN
HARI

WAKTU HADIR


WAKTU BALIK
Sesi Pagi
Murid Tahun 3
Setiap hari Rabu
(Kecuali Cuti Umum dan Kelepasan Am)

9.30 pagi

11.45 pagi
Sesi Petang
Murid Tahun 4, 5 dan 6
2.00 petang
4.15 petang
Catatan: Mohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menguruskan pengangkutan anak masing-masing untuk hadir dan balik mengikut waktu yang telah ditetapkan supaya tidak hadir ke sekolah terlalu awal kerana boleh mengganggu pembelajaran dan pengajaran murid sesi pagi.
Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Share:

JEMPUTAN KE MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2016

Kepada,

IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 6 2016
SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


Y.Bhg.Dato/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU TAHUN 6 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6. Butirannya adalah seperti berikut:

             Tarikh                      : 16 Januari 2016 (Sabtu)
          Tempat                    : Dewan Terbuka SK Taman Putra Perdana 2
          Masa                        : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
          Kehadiran               : Ibu bapa/penjaga sahaja (tidak perlu bawa anak)
          Tentatif Program    : 

           7.45 pagi    -  Pendaftaran ibu bapa/ penjaga
           8.00 pagi    -  Ucapan aluan Guru Besar SKTPP2 (En. Kamsani bin Sahlan)
           8.30 pagi    -  Penataran DSKP dan Format UPSR 2016 semua subjek
          10.00 pagi   -  Rehat
       10.30 pagi    -  Taklimat Program Kecemerlangan UPSR 2016 (Guru                      Penyelaras Tahun 6)
          12.00 tgh hari  -  Bersurai

3.         Pihak sekolah memohon agar pihak tuan dapat mengisi keratan jawapan di bawah untuk melancarkan lagi majlis tersebut. Sila serahkan keratan jawapan sebelum atau pada 14 Januari 2016 (Khamis) kepada guru kelas masing-masing. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian dan terima kasih.
Share:

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 2/2016 (SESI PAGI)

TARIKH : 11  JANUARI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :
  1. EN. MOHD. NORIZI BIN MOHAMED
  2. PN. SITI NORA BINTI MOHAMED AHYAR
  3. CIK NOR SA'ADAH BINTI SABIDIN
  4. CIK NORAINI BINTI YUSOFF
  5. CIK FELICIA GATUN
  6. PN. MAZILAH BINTI JAMALUDIN


TEMA : SAYANGI DIRI (PENGURUSAN MASA)

Ketua Guru Bertugas minggu kedua, En. Mohd Norizi bin Mohamed

Ucapan Ketua Guru Bertugas:
Ketua guru bertugas, En. Mohd Norizi menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan dengan tema Pengurusan masa. Antara kandungan yang disampaikan ialah :-
  • Murid mestilah bijak menggunakan masa dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  • Masa itu emas dan sangat berharga dalam kehidupan manusia kerana masa yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan lagi.
  • Setiap murid perlu mempunyai jadual harian masing-masing agar dapat mengurus kehidupan seharian dengan lebih teratur.
  • Pengurusan masa yang baik membantu murid menjadi lebih berdisiplin.

Ucapan Guru Pengawas:
Majlis diteruskan dengan memperkenalkan calon Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas bagi Tahun 2016 oleh Guru Pengawas Sekolah iaitu Pn. Nurhidayahni binti Jasni.

Antara calon-calon yang terpilih

Pn. Nurhidayahni binti Jasni memperkenalkan calon-calon Ketua Pengawas
dan Penolong Ketua Pengawas Sekolah bagi Tahun 2016 

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih

Antara calon yang terpilih


Ucapan Pentadbir:  
Majlis diteruskan dengan ucapan En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. Antara perkara yang disampaikan ialah :
  • Tuan Guru Besar memperkenalkan barisan Penolong Kanan yang baru bagi sesi pagi iaitu:
  1. Pn. Norlela binti Hashim - Penolong Kanan Pentadbiran
  2. En. Ahmad Mustaqiem bin Ibrahim - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  3. Pn. Azlimariah binti Arifin - Penolong Kanan Kokurikulum 
  • Guru Besar memaklumkan bahawa murid-murid tidak dibenarkan memakai Pakaian Rasmi Sekolah selain warna putih kecuali Pengawas Sekolah. 

Ucapan Tuan Guru Besar, En. Kamsani bin Sahlan




Share:

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 (SESI PAGI)

TARIKH        :  8 JANUARI 2016
HARI              : JUMAAT
MASA             : 7.30 - 9.00 PAGI
TEMPAT        : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2


OBJEKTIF

  1. Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
  2. Murid dapat menghayati  dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah SAW.
  4. Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.

SK Taman Putra Perdana 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari jumaat yang lepas. Sambutan ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW,  perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.
           Majlis ini telah diadakan bermula pada jam 7.30 pagi dan  berakhir pada jam 9.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Bacaan Yasin, Selawat ke atas Rasul dan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Razis bin Md Shainisi. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.


SUASANA SEKITAR MAJLIS









 
 








Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts