JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PEMBINAAN BALAI ISLAM @ SURAU SKTPP2 SUDAH BERMULA

Setelah bermulanya cadangan membina surau @ Balai Islam pada Mesyuarat Agung PIBG  Februari 2016 yang lalu, pelbagai usaha oleh pihak guru dan PIBG mencari dan mengumpul dana untuk menyempurnakan hajat ibu bapa dan guru-guru untuk memudahkan anak-anak bersolat .
Setelah  terkumpul hampir RM 80,000.00 pihak PIBG mula membina bahagian yang boleh dibina. Setelah Plan Balai Islam tersebut dipersetuju dalam mesyuarat AJK PIBG  yang lalu maka pembinaan telah direstui oleh ahli persatuan.
Moga pembinaan ini dapat disiapkan seberapa segera.
Kami memohon  kepada pihak yang ingin membuat sumbangan wakaf untuk pembinaan Balai Islam ini bolehlah berhubung dengan Guru Besar  SKTPP2  En.Kamsani  Sahlan di talian 013 2589028  atau YDP  PIBG SKTPP2 En. Idris Hussin di talian 0192784848.
Sumbangan tuan-puan tentunya memudahkan pihak kami menyiapkan Balai Islam tersebut  dan  sudah tentunya Allah akan memudahkan rezeki tuan-tuan  dan puan-puan




SEMOGA IMPIAN SEMUA WARGA SKTPP2 AKAN TERCAPAI.

MARILAH  BERWAKAF


Share:
LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE-28
( SESI PETANG ) 

LAPORAN PERHIMPUNAN
 
Bagi minggu ke-28 2016, perhimpunan diteruskan seperti biasa. Majlis dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. PUAN WAN SYAFIFAH KHALILAH BT. WAN BAKAR
2. PUAN SITI BAIZURA BT. SAARANI
3. PUAN NORAINI BT. BAHAROM
4. ENCIK MUHAMMAD ZUHAINI B. ARIFFIN
5. PUAN HAMIDAH BT. HASSAN


Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian cenderahati dari BKGK oleh  En. Farid Anuar b. Shaari selaku Guru Penolong Kanan Petang SK Taman Putra Perdana 2 kepada guru-guru yang menyambut hari lahir sepnajang bulan Jun hingga Ogos.



Selepas itu, perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan PetangEn. Farid Anuar b. Shaari memaklumkan tentang kes buli yang berlaku di sekolah. Beliau juga mengingatkan murid-murid hukuman yang akan dikenakan kepada mana-mana murid yang didapati melakukan perbuatan membuli. murid-murid juga dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan membuli sama ada di dalam atau luar kawasan sekolah.


Perhimpunan selesai pada pukul 6.40 petang.
Share:

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN - MINGGU KE-28 ( SESI PAGI )

LAPORAN PERHIMPUNAN
Minggu ini ialah minggu ke-28 bagi sesi persekolahan tahun 2016. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian empat buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. 

Aktiviti perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Guru bertugas pada minggu ini adalah :

1. CIK FARAH HANIS BINTI RAMLI
2. PUAN ROHAILA BINTI ABDULLAH
3.  PUAN NUR LEEN BINTI ISMAIL
4. ENCIK EZOL FITRI BIN AHMAD MUNIRAN
5. PUAN SYARIFAH BINTI SULAIMAN
6. PUAN NORIZAN BINTI ISA

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh En. Kamsani bin Sahlan selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana 2. En. Kamsani bin Sahlan memaklumkan bahawa penjurian kantin peringkat kebangsaan akan bermula pada hari ini. Oleh itu, beliau berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan kantin dan sentiasa menjaga tingkah laku semasa berada di kantin. Guru Besar juga mengingatkan murid agar menghormati tetamu yang datang dengan mengucapkan 'Assalamualaikum' atau 'Selamat Sejahtera' kepada tetamu. Guru Besar berharap dengan kerjasama dan kerja keras para guru, murid dan pihak kantin, Cafe Putra akan menjadi Johan Pertandingan Kantin Peringkat Kebangsaan.





Perhimpunan sesi pagi tamat jam 8.00 pagi.

Share:

LAWATAN KERJA PPD SEPANG KE SKTPP2

       Pada 29 Julai 2016 SKTPP2 telah menerima lawatan kumpulan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang diketuai oleh Tn Hj Khairi bin Bidin, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah. Lawatan ini bagi melihat perkembangan dan pembangunan sekolah khususnya memantau dengan lebih dekat lagi persediaan akhir SKTTP2 menerima penjurian Pertandingan Kantin Terbaik Kategori Bandar Peringkat Kebangsaan.
       YDP PIBG turut hadir bersama pengurusan sekolah dalam sesi lawatan ini. Majlis dimulai dengan sesi taklimat kepada semua pegawai oleh pihak sekolah di Bilik Mesyuarat dan sesi kunjungan ke kantin sekolah bagi melihat sendiri persediaan yang dibuat oleh para guru, murid-murid dan pengurusan kantin. Selain itu Pihak PPD Sepang juga dibawa melawat tapak pembinaan surau sekolah yang baru sahaja memulakan pembinaannya.
       Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan jamuan. Semoga dengan lawatan pengurusan tertinggi PPD Sepang ini memberi suntikan semangat dan sokongan moral kepada semua warga SKTPP2.













Share:

Dengue Patrol SKTPP2 bersama Pegawai PPD Sepang di Majlis Hari Raya 2016

Bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Sepang  Pasukan Dengue Patrol SKTPP2 telah membawa kempen Anti Dengginya ke sana. Pada Sambutan Hari Raya Peringkat PPD Sepang dengan pelbagai jemputan  , Pasukan Dengue Patrol SKTPP2 ke sana untuk menyampaikan mesej. Kami berterima kasih kerana pihak PPD Sepang menyambut baik kehadiran kami dan menerima mesej yang ingin kami sampaikan . Dengan ungkapan bunuh si pembunuh dan selamatkan ami , semua teruja dengan kehadiran kami


28.7.2016 di PPD Sepang
Share:

PROGRAM BERSAMA CARRIE JUNIOR (SESI PETANG) 26 JULAI 2016

 Program : Program Bersama Carrie Junior
Tarikh      : 26 Julai 2016
Hari          : Selasa
Masa         : 2.00 petang hingga 3.30


          Pada 26 Julai 2016, Selasa Pasukan Carrie Junior telah mengadakan program promosi bersama murid sesi petang. Pada pukul 2.00 murid berkumpul di dewan terbuka dan ceramah dimulakan.

         Ceramah disampaikan oleh penganjur adalah berkisar tentang cara penjagaan diri khususnya cara membersihkan badan ketika mandi dengan betul. Sabun Mandian Carrie Junior mampu memberikan kesegaran serta kebersihan yang maksimum bagi anak-anak.


          Murid seterusnya, diajar lagu cara membersihkan diri dengan iringan muzik dibantu oleh penganjur. Kemunculan maskot Carrie Junior menghangatkan lagi suasana. Murid sangat terhibur dan bersemangat melakukan nyanyian dan pergerakan yang ditunjukkan.

           Seterusnya, diakhiri dengan pemberian cenderahati berupa sabun dan penanda buku dan sesi ramah mesra bersama maskot. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar bersama maskot. Majlis bersurai pada pukul 3.30







Share:

Laporan Perhimpunan Minggu 26 (Sesi Petang)

Laporan Perhimpunan
Tarikh : 25 / 7 / 2016

Minggu ini merupakan minggu ke 26 sesi persekolahan tahun 2016.Perhimpunan pada minggu ini dimulai dengan pengawas bertugas yang ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan.Perhimpunan dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu :

1) Lagu negaraku
2) Lagu Negeri Selangor
3) Lagu Sekolah
4)Lagu Malaysia Berjaya

Seterusnya perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa , ikrar rukun negara , ikrar murid dan ucapan guru bertugas. Guru bertugas memaklumkan nama-nama guru yang bertugas pada minggu ini iaitu :

a) Pn Saerah binti Rejeli
b) Pn Yuzainismar binti Yusof
c) Pn Suryanie binti Hamzah
d) En Muhammad Sazali bin Abdul Rani
e) En Muhammad Salmizi bin Salim

Guru bertugas juga melaporkan keputusan kelas terbersih bagi minggu kedua bulan Julai iaitu :
1. Tahun 1 : 1 UUM
2. Tahun 2 : 2 UM
3. Tahun 3 : 3 UUM

Minggu Ketiga Bulan Julai :
1. Tahun 1 : 1 UITM
2. Tahun 2 : 2 USM
3. Tahun 3 : 3 UIAM


Akhir sekali, perhimpunan  diteruskan dengan ucapan Encik Kamarulizam bin Ngah selaku Guru Disiplin (Sesi Petang). Beliau mengingatkan murid supaya tidak bermain kapal terbang kertas di kawasan sekolah kerana mengakibatkan sampah bertaburan.




Share:

Ceramah Perangi Denggi Habis-habisan Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Tajuk program: Perangi Denggi Habis-habisan
Anjuran: Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Penceramah: Dr Nor Baizura Bt Saidin

      Murid berkumpul di dewan terbuka pada pukul 1.45. Murid disusun mengikut kelas diawasi oleh guru subjek.

      Pada pukul 2.00 petang ceramah di mulakan. Ceramah berkisar tentang bagaimana nyamuk aedes membiak, tempat pembiakan serta simptom jangkitan demam denggi.

           Setelah itu sesi soal jawab atau kuiz diadakan. Murid menunjukkan minat dalam menjawab semua soalan berkaitan tajuk ceramah. Pihak penganjur memberikan sedikit cenderamata kepada para pemenanh.
             Setelah selesai semua murid berpeluang melihat pameran berkaitan demam denggi.  Banyak infomasi berguna dapat dikongsikan bersama.

               Pada pukul 3.30 majlis bersurai. Murid masuk ke kelas masing-masing





Share:

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH SEPANG 2016

Laporan Choral Speaking,

Pada 26 Julai 2016 (Selasa) SKTPP 2 telah menjadi tuan rumah bagi acara Choral Speaking Peringkat Daerah Sepang. Pihak sekolah diwakili oleh 35 orang murid.Seramai 10 orang guru terlibat sebagai AJK pertandingan.

Pasukan dari SKTPP 2 telah berjaya mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut.Tahniah dan syabas kepada semua guru penasihat dan murid-murid.







Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts