JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERSIAPAN TERAKHIR HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE-7 2016


Persiapan terakhir Hari Anugerah Cemerlang oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 2.













Raptai penuh  telah dijalankan pada hari Rabu,23.11.2016 bermula pada pukul 8.00 pagi sehari sebelum acara kemuncak yang bakal berlangsung pada hari Khamis.








Share:

PERSEDIAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN PENYAMPAIAN SIJIL PRASEKOLAH KALI KE -7 2016

Pada 21 November 2016 bersamaan hari Isnin, Guru-guru SK Taman Putra Perdana 2 telah mula membuat persediaan untuk Hari Anugerah Cemerlang Dan Penyampaian Sijil Prasekolah Kali Ke-7 2016 . Manakala,  pada 22 hingga 23 November 2016 pula raptai penuh akan  diadakan. Berikut merupakan antara aktiviti-aktivi yang dijalankan sepanjang persediaan tersebut :

AJK Persiapan Pentas sedang menyiapkan replika pensel

          




                                 
                                     AJK Pengurus Peserta sedang menyusun atur murid
                                                          mengikut kedudukan
                               


                      AJK Siaraya sedang memastikan setiap alatan siaraya dapat
                                                berfungsi dengan sempurna


Share:

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016

Tarikh : 24 Nov 2016
Hari : Khamis
Masa : 7.20 pagi - 12.50 Tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2


  • Sesi persekolahan pada sesi pagi sahaja.
  • Semua penerima hadiah dan peserta persembahan dikehendaki hadir pada pukul 7.20 pagi sehingga selesai majlis.

Share:

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 43 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 21 November 2016
Hari      : Isnin
Masa    : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Guru Bertugas :
Pn Siti Raudah Binti Hamid (ketua)
Pn Norhidayahni binti Jasni
Pn Murnie binti Ahmad
Pn Zaripah binti Ismail
Pn Lee Sau Mei
En Rosmadi bin Abd Manaf

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar rukun negara, ikrar murid dan ucapan guru bertugas. Tema yang diperkatakan pada minggu ini berkaitan Sayangi Diri.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak dan Bola Baling 1Murid 1Sukan dan hadiah murid cemerlang kelas tambahan Tahun 5.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Tuan Guru Besar, Encik Kamsani bin Sahlan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan agar murid-murid menghormati guru-guru kerana kejayaan seseorang murid berkait rapat dengan keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru terhadap murid-muridnya. Selain itu beliau mengambil kesempatan sempena cuti sekolah yang bakal menjelma dengan mengingatkan murid-murid supaya menggunakan masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn Siti Raudah binti Hamid



Ucapan Pn Norlela binti Hashim

Ucapan Ustazah Izzatul Husna yang akan berpindah ke Kedah

Hadiah Karnival 1Murid 1Sukan

Hadiah Murid Cemerlang Kelas Tambahan Tahun 5

Hadiah Murid Cemerlang Kelas Tambahan Tahun 5


Hadiah Karnival 1Murid 1Sukan

Hadiah Karnival 1Murid 1Sukan

Share:

Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan UPSR 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 17 November 2016
  • Hari : Khamis
  • Tempat : Dewan Terbuka SKTPP2
  • Masa : 11.30 pagi
 Semua murid tahun 6 dikehendaki hadir seperti hari persekolahan biasa dan diwajibkan memakai uniform rasmi sekolah. Ibubapa / penjaga murid Tahun 6 dijemput hadir bersama di dalam majlis ini.
Share:

MAJLIS GRADUASI SKTPP2

Majlis Graduasi  Murid Tahun 6 akan diadakan pada  16.11.16
Perasminya Dato Hj . Marsom Bin Paing.


Tuan-puan dijemput hadir.

Share:

AKTIVITI SELEPAS PEPERIKSAAN UNTUK MENGGALAKKAN MURID DATANG KE SEKOLAH

Mulai  14  November  2016.
Main  Laliga.
Liga antara  kelas


Jadual liga Tahun 5


Jadual liga Tahun 4


Gaya ada jadi pemain utama



Perlawanan sedang berlansung.j



Cikgu Yusof Ali yang sentiasa mengawasi perlawanan



Gaya boleh tahan



Orang yang bertanggungjawab , Ustaz Ramdani






Share:

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-42 (Sesi Pagi)

Tarikh   : 14 November 2016
Hari      : Isnin
Masa    : 7.30 pagi - 8.30 pagi

Perhimpunan pada pagi ini dikendalikan oleh Puan Nur Leen binti Ismail selaku ketua guru bertugas dengan dibantu oleh rakan-rakan guru bertugas yang lain dan beberapa orang pengawas. Guru bertugas untuk minggu ini adalah Puan Nur Leen binti Ismail, Cik Farah Hanis binti Ramli, Puan Norizan binti Isa, Ustazah Syarifah binti Sulaiman, Encik Yusoff dan Encik Ezol Fitri

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar rukun negara, ikrar murid dan ucapan guru bertugas. Dalam ucapannya, guru bertugas menyentuh mengenai tema minggu ini yang berkaitan dengan kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran. Murid-murid juga diberi penerangan tentang bahaya merokok dalam Slot 5 minit bebas dadah.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan anjuran Panitia Bahasa Melayu bekerjasama dengan PSS turut diadakan. Pemain-pemain bola baling lelaki dan perempuan dalam KATMO MSSS turut menerima sijil penghargaan dalam perhimpunan pagi ini. Tidak ketinggalan pemain-pemain bola sepak juga turut menerima sijil penghargaan masing-masing.

Perhimpunan diakhiri dengan ucapan Tuan Guru Besar, Encik Kamsani bin Sahlan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan agar murid-murid menghormati guru-guru kerana kejayaan seseorang murid berkait rapat dengan keberkatan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru terhadap murid-muridnya.












     

Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts