LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (18) SESI PAGI (8 MEI 2017)
Assalamualaikum wrm. wbt dan selamat sejahtera...
1. Pn. Wan Marhaini Bt Wan Muhammad
2. Pn. Nor Aisyah Bt Zulkifli
3. Pn. Siti Nora bt Md Ahyar
4. En. Md. Suhaidi bin Md.Sabar
5. Pn. Noraslinda Bt Rahmat
6. Pn. Rahayu bt Ghani
7. Pn. Noraziah bt Ali
Ucapan Guru Bertugas :
-Maksud gejala sosial.
-Jenis-jenis gejala sosial (antaranya buli, vandalisme, ponteng sekolah).
-Cara menangani gejala sosial (didikan agama, disiplin diri dan berjumpa guru kaunseling)
2. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.
Ucapan dari Pn. Norhafiza Ismail (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Ucapan dari Puan Aliza (Guru Pengawas)
Spinner ini digunakan oleh guru-guru yang mengajar murid berkeperluan khas (MBK) supaya murid-murid dapat dikawal. Oleh kerana di SKTPP2 tiada murid MBK, maka ia menjadi satu kesalahan jika spinner ini dibawa ke sekolah. Sekiranya murid didapati membawa spinner ini, maka ia akan dirampas dan TIDAK AKAN DIPULANGKAN..
Pelancaran Tabung Surau Mengikut Kelas.
Sekian..Terima kasih..
Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Wan Marhaini Bt Wan Muhammad yang memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Wan Marhaini Bt Wan Muhammad
2. Pn. Nor Aisyah Bt Zulkifli
3. Pn. Siti Nora bt Md Ahyar
4. En. Md. Suhaidi bin Md.Sabar
5. Pn. Noraslinda Bt Rahmat
6. Pn. Rahayu bt Ghani
7. Pn. Noraziah bt Ali
Klip Minggu ke-18
Ucapan Guru Bertugas :
Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini iaitu 'gejala sosial'.
1. Murid-murid diberi penerangan ringkas tentang:-Maksud gejala sosial.
-Jenis-jenis gejala sosial (antaranya buli, vandalisme, ponteng sekolah).
-Cara menangani gejala sosial (didikan agama, disiplin diri dan berjumpa guru kaunseling)
2. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.
![]() |
| Ucapan guru bertugas |
Promosi Biasiswa Dari Yeo's - Cik Wawarah Bt Saipudin
![]() |
| Penerangan dari Cik Wawarah |
Cara mendapatkan biasiswa :
1. Murid dikehendaki menulis karangan Hidup Sihat Dengan Minuman Yeo's (tidak lebih 150 patah perkataan)
2. Borang penyertaan boleh diambil dari Puan Shahiza (Guru PSS).
3. Kepilkan 6 potongan kotak minuman Yeo's bagi setiap karangan.
4. Masukkan (borang penyertaan + karangan + 6 potongan kotak minuman Yeo's) ke dalam kotak kuning Yeo's
yang disediakan di PSS.
5. Selain biasiswa, hadiah-hadiah dari BoBoiboy juga menanti murid-murid.
Ucapan dari Pn. Norhafiza Ismail (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Sempena sambutan Hari Guru 2017 yang akan datang, Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) akan memberi penghargaan kepada guru-guru penyayang melalui pemilihan/undian yang dibuat oleh murid.
![]() |
| Ucapan dari Puan Hafiza (Guru B&K) |
Ucapan dari Puan Aliza (Guru Pengawas)
Alat mainan fidget hand spinner telah menjadi tular di sekolah sejak 2 minggu lalu. Murid-murid telah membelinya dengan harga yang agak mahal (rm20-rm120). Ia telah mengganggu tumpuan murid belajar dan guru mengajar.
Pelancaran Tabung Surau Mengikut Kelas.
Pelancaran Tabung Surau Mengikut Kelas telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTPP2, Encik Zanuddin Bin Sanuan. Ini bertujuan untuk mengutip dana bagi menyiapkan surau sekolah bagi kegunaan murid-murid SKTPP2. Setiap hari, ketua kelas atau penolong ketua kelas akan mengambil sendiri tabung surau tersebut dari Ustazah Salina untuk diagihkan kepada kelas masing-masing. Dengan sumbangan/derma ikhlas dari pihak ibu bapa, adalah diharapkan surau sekolah dapat disiapkan sepenuhnya, In shaa Allah...
![]() |
| Guru Besar merasmikan Pelancaran Tabung Surau |
![]() |
Sekian..Terima kasih..
Majlis Agihan Komputer Tablet KPM - UTUSAN MALAYSIA
Pada 4 Mei 2017 guru- guru SKTPP2 menerima tablet Lenovo sumbangan KPM dan Utusan Malaysia. Bersama dengan tablet juga dibekalkan langganan Tutor Guru dan E-paper Utusan Malaysia secara percuma dan starter pack celcom kepada guru-guru. Besar harapan dengan sumbangan ini dapat membantu guru-guru dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) serta meningkatkan tahap penggunaan ict dalam pdpc.
Kajian Maklum Balas FROG VLE SKTPP2
Kami sedang menjalankan Kajian Maklum Balas FROG VLE SKTPP2. Jika anda Ibubapa atau pelajar atau guru SKTPP2, tinggalkan pandangan, cadangan atau pertanyaan tentang FROG VLE SKTPP2 di link ini:
Jangan lupa nyatakan emel anda bagi pertanyaan yang memerlukan jawapan. Terima kasih atas sokongan anda.
LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (15) SESI PAGI
Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Mazilah binti Jamaludin
2. Pn. Norizan binti Isa
3. Pn. Faiza Fitria binti Che Mat
4. Pn. Lee Sau Mei
5. Pn. Mahaletchumy A/P Perumal
6. En. Rosmadi bin Abdul Manaf
7. En. Zawadi bin Ali
Ucapan Guru Bertugas
Guru bertugas menyampaikan ucapan tentang tema pada minggu ini tentang ciri-ciri peribadi terpuji.
1. Murid-murid hendaklah mencontohi peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW.
2. Terdapat empat peribadi terpuji Nabi Muhammad SAW iaitu :
a) Shiddiq
b) Amanah
c) Tablig
d) Fathanah
3. Murid-murid turut mendengar tentang 5 minit bersama Program Pencegahan Anti Dadah.
4. Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Kelas Terbersih, Kem Cemerlang Jawi dan Frog Vle.
Ucapan Guru Besar
Guru Besar menyampaikan ucapan tentang keputusan Pentaksiran Sumatif 1 yang lepas dengan bertanyakan bilangan murid yang mendapat 6A. Namun demikian, tiada seorang pun yang mendapat 6A. Guru Besar akan memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya mendapat 6A dalam peperiksaan seterusnya sebagai galakkan dan dorangan kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
![]() |
| Peserta Terbaik Kem Cemerlang Jawi |
![]() |
| Pemenang Pertandingan Kelas Terbersih |
![]() |
| Pemenang Kuiz Frog Vle |
HARI JALINAN MESRA KALI PERTAMA 2017 ( sesi pagi )
Hari Jalinan Mesra kali pertama telah diadakan pada 14 April 2017 ( Jumaat ). Program yang telah dirancang ini bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan guru berkaitan pembelajaran Dan mengetahui tahap pencapaian akademik anak masing-masing. Program yang bermula jam 9.30 pagi ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
Tahun 4
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
LAPORAN PERHIMPUNAN SESI PAGI MINGGU KE-14 (10 APRIL 2017)
Perhimpunan pada pagi ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu 'Lagu Negaraku', Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya. Seterusnya, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa, ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ketua guru bertugas mingguan iaitu Puan Margaret Ann Arputham. Beliau
memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini. Tema pada minggu ini adalah “Kenali budaya Malaysia : Interaksi dengan Komuniti Sekolah".
Guru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid.
1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin.
Guru bertugas pada minggu ini:
1. Pn. Margaret Ann Arputham
2. Pn. Sharulniza binti Ab Najis
3. Cik Siti Mushrifah binti Ahmad Kamal
4. Pn. Rohaila binti Abdullah
5. Pn. Noor Hafizan binti Che Abdul Rahman
6. Pn. Jagjer Kaur A/P Gurmukh Singh
7. En. Noorhisham bin Mohamad
Ucapan Guru BertugasGuru bertugas mengulas tentang interaksi dengan komuniti sekolah dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid.
1. Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah supaya menjadi seorang murid yang berdisiplin.
2. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah dapat belajar dengan selesa. Ini kerana mereka tidak akan berbuat bising di dalam kelas, bergaduh dan sebagainya.
3. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan cemerlang dalam pelajaran.
4. Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-rakan.
5. Murid-murid patutlah mengamalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah.
Contohnya:
1. Kehadiran
-Semua murid dikehendaki datang ke sekolah menepati waktu persekolahan.
-Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa sijil sakit.
2. Kekemasan diri
- Pakaian seragam sekolah mesti dipakai.
- murid -murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
3. Kebersihan dan Keselamatan
- Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
- Murid -murid mesti beratur semasa membeli makanan di kantin.
Guru bertugas sedang menyampaikan ucapan
Ucapan Guru Disiplin
Guru Disiplin mengingatkan murid-murid supaya mengguna mesin air dengan betul dan tidak merosakkan mesin air. Ustaz juga mengingatkan murid-murid supaya jika duit sanggut di dalam mesin air perlulah maklumkan kepada ustaz supaya duit akan dikembalikan.
Majlis Penyampaian Sijil Kempen Tunas Puteri
Enam yang murid yang menyertai kempen Yunas puteri selama 3 hari dari hari Jumaat sampai Ahad.
Ucapan Guru Pusat Sumber
Puan Norshahiza bin Razali menerangkan Minggu Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti -aktiviti yang akan dijalankan dalam minggu tersebut. Puan Norshahiza juga menerangkan jualan buku olen PTS selama 3 hari.
Ucapan Guru Panitia Bahasa Melayu
Encik Mohd Norizi bin Mohamed menerangkan minggu Panitia Bahasa Melayu kepada murid-murid. En Norizi juga membaca aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu.
Ucapan Ketua Panita Bahasa Inggeris
Puan Jagjer Kaur A/P Gurmukh Singh menerangkan Highly Immersive Programme ( HIP). Puan Jagjer menerangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu Bahasa Inggeris.
Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk mengambil sarapan pada waktu pagi sebelum datang ke sekolah. Puan Norlela menegaskan murid-murid supaya mengambil bahagian dalam Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris. Seterusnya Pn. Norlela melancarkan minggu Kem Membaca 1 Malaysia, Minggu Pss , Minggu Panitia Bahasa Melayu dan Minggu Panitia Bahasa Inggeris.
Persembahan Koir, Deklamasi sajak dan sketch Bahasa Inggeris
Program Membaca buku
Semua guru-guru dan murid-murid membaca buku untuk 5 minit semasa perhimpunan. Murid-murid digalakkan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


































































