JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM MENTOR MENTEE

Program Mentor Mentee ini adalah salah satu inisiatif bantuan bimbingan terhadap murid yang dirancang oleh pihak sekolah dan akan berjalan selama lebih kurang tiga bulan sebelum UPSR mulai bulan Julai sehingga bulan September. Ianya adalah khusus untuk murid-murid Tahun 6, dan semua guru sesi pagi, SKTPP 2 di bawah program Unit Bimbingan dan Kaunseling serta anjuran bersama AJK Kecemerlangan UPSR.

Program ini dirancang untuk cuba mengatasi masalah atau kelemahan murid di sekolah. Dengan adanya program ini, guru akan lebih dekat untuk mendalami dan cuba untuk memahami masalah murid secara lebih menyeluruh. Bilangan kawalan guru ke atas murid yang lebih kecil sudah pasti akan dapat merealisasikan tujuan sebenar program Mentor Mentee ini. Pengisian bagi setiap perjumpaan di susun atur dengan perkara-perkara yang sememangnya dirancang untuk kebaikan murid.

Kejayaan murid adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi sesebuah sekolah. Bagi memastikan kejayaan ini, pelbagai usaha perlulah dilakukan. Pengorbanan guru merupakan peranan yang amat penting bagi memastikan segala yang dilakukan adalah untuk membantu meningkatkan prestasi murid terutamanya bagi mereka yang lemah. Di antara alternatif yang diambil ialah dengan mewujudkan hubungan yang baik di antara guru dan murid yang dikenali sebagai Program Mentor Mentee. Guru merupakan seorang Mentor yang akan membimbing murid iaitu sebagai Mentee berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan untuk lebih mengenali Mentee secara lebih menyeluruh. Kesediaan dan usaha Mentor merupakan titik utama dalam mencari dan membantu Mentee mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang lebih berkesan.

Pihak sekolah amatlah mengharapkan agar usaha ini akan mendatangkan kebaikan kepada semua yang terlibat dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.





Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts