JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PROGRAM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR (FASA 1)

Program ini telah di adakan pada 15 dan 16 Julai 2011, bertempat di Pusat Sumber, SKTPP 2 di bawah  Unit Bimbingan dan Kaunseling  dengan mendapat kerjasama daripada AJK Kecemerlangan UPSR. Seramai 130 orang calon peserta perintis UPSR sekolah ini telah menyertai Program Teknik Menjawab UPSR bagi Fasa yang pertama.
Program ini dirancang untuk merealisasikan proses kemenjadian murid dalam membentuk mereka supaya lebih bermotivasi, bersemangat serta dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang masih wujud di dalam diri mereka. Dengan adanya program ini, adalah amat diharapkan agar murid-murid dapat menggunakan peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin untuk menjadikan diri mereka lebih berjaya.
Murid yang berjaya ialah murid yang sentiasa berusaha dan berfikiran positif untuk terus tidak jemu mencari ilmu pengetahuan. Ditambah dengan unsur-unsur yang instrinsik dan ekstrinsik yang berterusan akan menjadikan murid lebih menuju ke arah yang lebih cemerlang. Inisiatif yang di ambil bukan sahaja akan dapat meningkatkan prestasi dan kualiti murid malah dapat meningkatkan dan mengharumkan nama sekolah. Usaha yang seiringan daripada semua pihak akan membuahkan hasil yang lumayan kepada semua
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan proram ini. Pihak sekolah juga ingin memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan yang tidak dapat dielakkan.


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts