JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN TAKLIMAT SARANA IBU BAPA DAN AGIHAN BUKU SARANA IBU BAPA MURID TAHUN 1

TARIKH        : 10 MEI 2014 (SABTU)
MASA            : 9.00 – 11.00 PAGI
TEMPAT        : PUSAT SUMBER SKTPP2

Taklimat dijalankan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa terhadap peranan mereka dalam memajukan pendidikan anak-anak dan meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak. Taklimat telah sampaikan oleh En. Mohd Faiz bin Mat Isa, Mantan YDP PIBG, dibantu oleh AJK PIBG dan pihak sekolah. Kehadiran ibu bapa amatlah membanggakan.
Semasa sesi taklimat, ibu bapa mengisi borang soal-selidik sarana ibu bapa dan sarana sekolah serta borang khidmat bantu kepada sekolah. Ibu bapa yang hadir juga diberikan buku sarana ibu bapa yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil dapatan didapati ramai ibu bapa mempunyai kesedaran terhadap peranan mereka dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga ingin membantu pihak sekolah dalam pelbagai bidang kepakaran.

Berikut antara gambar sekitar taklimat sarana :
Sesi pendaftaran

Bacaan doa oleh En. Mokhtarudin, bapa kepada murid Tahun 1


Kehadiran ibu bapa yang membanggakan

Ucapan  alu-aluan oleh En. Idris bin Hussain, YDP PIBG

En. Faizal bin Kamil selaku pengacara majlis merupakan salah seorang AJK PIBG


Antara AJK PIBG yang memperkenalkan diri

Taklimat sarana disampaikan oleh En. Mohd Faiz bin Mat Isa, Mantan YDP PIBG

AJK PIBG mengagihkan buku sarana dan borang soal-selidik
Ibu bapa mengisi borang soal-selidik dan membaca buku sarana ibu bapa

Ucapan penutup oleh En. Kamsani bin Sahlan, Guru Besar SKTPP2

AJK PIBG dan ibu bapa sama-sama membantu mengemas semula Pusat Sumber Sekolah

Disediakan oleh:
Setiausaha PIBG
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts