Tuesday, February 3, 2015

Perhimpunan Mingguan Minggu ke 4 (sesi petang)

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhimpunan rasmi pada petang ini dijalankan di Dewan Terbuka SKTPP2 berikutan cuaca yang gerimis. . Murid- murid dikumpulkan di Dewan Terbuka SKTPP2 . Guru yang bertugas telah memastikan agar murid berbaris dengan baik supaya tidak terkena tempias gerimis. Perhimpunan Mingguan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Malaysia Berjaya tanpa iringan minus one berikutan masalah teknikal yang dihadapi. Namun begitu, murid- murid tetap bersemangat menyanyikan 4 buah lagu tersebut. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa, Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.

Seterusnya adalah ucapan daripada guru bertugas mingguan iaitu En. Hafidzuddin bin Yahya. Beliau telah mennyetuh mengenai tema pada minggu ini iaitu Kemahiran Belajar: Kemahiran Berfikir. Bertepatan dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenengahkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), guru bertugas mengingat murid- murid supaya tidak leka dalam pembelajaran dan tidak mengabaikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang merupakan cabaran baru bagi murid- murid dan guru- guru SKTPP2. Beliau turut memberikan beberapa tips kepada murid- murid bagi menghadapi cabaran KBAT. Antaranya ialah fokus semasa sesi PdP. Beliau menasihati murid- murid agar tidak mengambil mudah input- input yang disampaikan oleh guru semasa sesi PdP. 


Ucapan Guru Bertugas

Seterusnya adalah penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi petang. Watikan perlantikan ini telah disampaikan oleh Pn. Azlimariah bt. Arifin selaku Penolong Kanan Petang.

Berikut adalah gambar- gambar yang diambil jurufoto, En Sazali b Abd Rani semasa penyampaian waktikah perlantikan:















Majlis Perhimpunan Mingguan diteruskan dengan bacaan ikrar oleh pengawas yang dilantik bagi sesi 2015.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Pn Azlimariah bt Arifin, Penolong Kanan Petang. Melalui ucapan yang disempaikan, beliau telah mengucapkan tahniah kepada Pengawas- pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang telah rasminya dilantik bagi sesi 2015. Beliau turut mengingatkan agar pengawas- pengawas yang dilantik bersifat amanah dalam menjalankan tugas tertutama membantu guru mengawal disiplin murid- murid. Beliau turut menasihati pengawas- pengawas yang dilantik supaya menjalankan tugas berdasarkan jadual yang telah disediakan kepada mereka. Pn. Azlimariah bt Arifin juga megingatkan murid- murid agar tidak berada di kawasan larangan sekolah bagi mengelakkan sebarang perkara yang diingini. beliau turut, menyentuh mengenai kebenaran untuk memasuki bilik guru dan pejabat sekolah ekoran beberapa kehilangan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.  Akhir sekali, beliau mengingatkan agar murid- murid tidak ponteng semasa sesi persekolahan agar kempen sifar ponteng dapat terlaksana. 

Ucapan Pn Azlimariah bt Arifin (PK Petang)


Sebelum berakhirnya perhimpuanan mingguan, guru bertugas mengingatkan murid tentang beberapa perkara, iaitu:
1) Pengumuman Cuti Sempena Thaipusam adalah pada 3 Febuari 2015 (Selasa). Murid tidak perlu menghadiri sesi persekolahan.
2) Kokurikulum Sukan & Permainan dan Persatuan akan dijalankan pada 4 Febuari 2015 ( Rabu), jam 9.30 pagi hingga 11.45 pg
3) murid dilarang membeli air di vendor machines ketika sesi PdP berlangsung.
4) Hanya murid yang mempunyai pas keluar kelas sahaja dibenarkan untuk keluar kelas bagi tujuan ke tandas atau solat.
5) Pas Solat telah disediakan khas bagi murid yang ingin mendirikan solat zohor atau solat asar.

Perhimpunan Mingguan tamat tepat jam 6.10 petang.

Berikut adalah nama- nama guru yang bertugas sesi petang sepanjang minggu ke 4.
1) En. Hafidzuddin bin Yahya (K)
2) Pn. Nurul Marshida bt Mohamad
3) Pn Nor Liawani bt Yunus
4) Pn Rasina bt Yaacob
5) Pn Azura bt Che Mansor

1 comment: