Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia. Majlis Perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku' ,Lagu Negeri Selangor dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Seterusnya pengerusi majlis pada pagi ini adalah ketua guru bertugas pada minggu ini En. Ahmad Zaki Bin Tamsir.
Ketua Guru bertugas memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini adalah :-1. En. Ahmad Zaki B. Tamsir
2. Pn. Norshahiza Bt. Razali
3. Cik Felicia Gatun
4. Pn. Nooraishah Asni Bt. Ismail
5. Pn. Syahida Bt. Ahmad
6. Pn Norshahida Bt. Ibrahim
Tema pada pagi ini adalah berkenaaan dengan Budaya Cemerlang (Kreativiti). Kreativiti bermaksud kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujudkan sesuatu yang baru dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Oleh itu untuk mencipta idea yang baru murid-murid perlu ada kemahiran berimaginasi. Sebagai contoh: Botol air mineral yang sering dibeli oleh murid-murid, apabila telah habis diminum akan dibuang. Tetapi bagi murid yang mempunyai daya kreativiti, dia akan menambah muncung dan sepasang sayap pada botol tersebut supaya menjadi sebuah roket.
Ucapan daripada PK HEM Pn. Norlela Bt. Hashim menyentuh mengenai disiplin murid-murid berkenaan pemakaian uniform sekolah. Masih lagi tidak lengkap terutaman pemakaian tali leher dan lencana sekolah. Berkenaan kehadiran murid yang datang lewat ke sekolah. Sering diingatkan supaya datang lebih awal. Murid-murid juga diingatkan supaya turun ke dataran terbuka pada waktu perhimpunan pagi setiap hari. Selain itu, waktu ko-kurikulum pada minggu ini dijalankan seperti biasa dan mengingatkan murid-murid supaya tidak membawa wang saku terlalu banyak (kurang RM5.00). Bagi mengelakkan kecurian atau kehilangan.
No comments:
Post a Comment