JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Perhimpunan Mingguan Minggu ke Empat ( Sesi Pagi )

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Satu Malaysia. Majlis Perhimpunan pada pagi yang mulia ini dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku' ,Lagu Negeri Selangor dan Lagu Malaysia Berjaya. Pengerusi majlis mengingatkan murid semua dapat menyanyikan dengan penuh semangat serta berdiri tegak semasa menyanyikan lagu tersebut. Majlis perhimpunan diteruskan lagi dengan Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara serta Ikrar Sekolah. Seterusnya pengerusi majlis pada pagi ini adalah ketua guru bertugas pada minggu ini En. Md. Suhaidi bin Md. Sabar.
 
Beliau mengingatkan murid sekali lagi, mengenai peraturan sekolah iaitu memakai tali leher pada setiap hari Isnin. Memandangkan masih lagi murid-murid tidak memakai tali leher pada pagi ini. Sedangkan murid-murid sentiasa menyebut SKTPP2 Cemerlang. Sekolah SKTPP2 telah banyak mengharumkan nama baik sekolah dari segi akademik malah bidang Ko Kurikulum cemerlang. Sekiranya murid-murid sentiasa menjaga atau mengambil berat tentang peraturan sekolah, insyaallah SKTPP2 akan cemerlang .
 
 
Tema pada pagi ini adalah berkenaaan dengan kemahiran belajar. Untuk mendapat ilmu murid-murid perlu tahu cara-cara belajar dengan betul. Antaranya memberi tumpuan semasa guru mengajar, membuat jadual persendirian di rumah,membuat latihan yang diberikan oleh guru, sentiasa bertanya kepada guru-guru sekiranya tidak faham dan banyak lagi. Majlis Perhimpunan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pemain ping pong dan bola jaring. Majlis menjemput Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan dengan diiringi PK Kokurikulum En. Mustaqiem bin Ibrahim bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
 
 
Bagi kategori permainan ping pong, antara kemenangan adalah seperti di bawah:-
 
1. Naib Johan - Beregu Perempuan bukan kaum cina
2.Tempat ke 3 - Berpasukan Lelaki
3. Tempat ke 3 - Berpasukan Perempuan
4.Tempat ke 3 - Perseorangan lelaki
5. Tempat ke 4- Perseorangan Perempuan
 
Manakala kategori permainan bola baling,
Johan - Pasukan Perempuan bawah 12 tahun
 
Tahniah kepada semua pemenang pasukan sekolah Ping Pong dan Bola Baling. Sedikit penghargaan daripada Tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan kepada jurulatih yang telah mengharumkan nama sekolah. Terima kasih kepada semua jurulatih ping pong dan bola baling.
Majlis diteruskan lagi penyampaian watikah pelantikan pengawas sekolah, pengawas SBPT serta pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2015. Semua pengawas berikrar akan patuh menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.Pelantikan ketua pengawas dan naib bagi Pengawas Sekolah, SPBT dan Pusat Sumber Sekolah.







Akhir sekali Ucapan daripada tuan Guru Besar En. Kamsani bin Sahlan menyentuh mengenai disiplin murid-murid iaitu bermain bola menggunakan botol air minuman yang kosong di Lobby, tapak perhimpunan serta dewan terbuka pada waktu rehat. Apabila loceng dibunyikan botol-botol tersebut dibiarkan atau ditinggalkan bukan dibuang ke dalam tong sampah. Ini menyebabkan sekolah menjadi kotor serta membahaya jika terkena kepada murid-murid lain. Justeru murid-murid SKTTP2  dilarang bermain menggunakan botol air tersebut. Sekiranya beliau sendiri melihat masih ada murid-murid bermain, tindakan akan diambil.

Ketua Guru bertugas memaklumkan barisan guru-guru yang bertugas pada minggu ini adalah :-
1. En. Md. Suhaidi bin Md. Sabar
2. Pn. Rahayu binti Ghani
3. Pn. Siti Raudah
4. Cik Magret Anne
5. Cik Nur Syafrida

Sekiranya murid-murid ada masalah boleh berjumpa dengan kami semua. Sentiasa berkhidmat sepanjang masa.







 
 


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts