JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 19/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis perhimpunan pada kali ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.


Ucapan Ketua Guru Bertugas- Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim
  • Guru Bertugas 
    Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan                   mengingatkan murid supaya berjumpa guru bertugas jika ada sebarang             masalah. Guru-guru yang bertugas ialah:
  1. Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim- Ketua Guru Bertugas
  2. Pn. Siti Raudah binti Hamid
  3. Pn. Nor Aisyah binti Zulkifli
  4. Pn. Rahayu binti Ghani
  5. Cik Margaret Ann a/p Arputham
  6. Cik Farah Hanis binti Ramli 
  7. En. Md Suhaidi bin Md Sabar
  • Tema : Sedia Hadapi Cabaran-Gaya Hidup Sihat
    Beliau menjelaskan maksud cabaran dan juga maksud gaya hidup sihat.Murid     turut diberikan cara persediaan menghadapi cabaran dalam mengamalkan         gaya hidup sihat. Terdapat tiga cara persediaan yang telah beliau kongsikan.
  1. Pengetahuan - Murid mendapatkan maklumat mengenai gaya hidup sihat daripada buku, internet, guru dan lain-lain sumber. Oleh itu, murid akan bersedia dan tahu mengenai amalan gaya hidup yang sihat. 
  2. Amalan       - Murid mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan makanan berkhasiat, beriadah dan sebagainya.
  3. Teguh pendirian  - Murid hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan amalan yang tidak sihat seperti merokok, dadah, dan lain-lain
Guru Bertugas Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim 


Perutusan Sambutan Hari Guru Kali Ke-44/2015 

Majlis diteruskan pula dengan bacaan perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Sri Khair bin Mohamad Yusof dan Timbalan Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. 
  • Perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 
       Perutusan ini telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal                Murid iaitu Pn. Norlela binti Hashim. 


Pn. Norlela binti Hashim Sedang Membacakan Perutusan KPP

  • Perutusan daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
       Perutusan ini pula telah dibacakan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Putra          Perdana 2, Encik Kamsani bin Sahlan. 


En Kamsani bin Sahlan sedang Membacakan Perutusan Menteri Pendidikan


Perasmian Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab

Minggu Penghayatan Islam dan Bahasa Arab ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Minggu ini akan berlangsung dari 18 Mei 2015 sehingga 21 Mei 2015 bersamaan 29 Rejab hingga 3 Sya'ban 1436H. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diaturkan. 

Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis yang telah disampaikan oleh Pn. Salina binti Hashim dan Pn. Murnie binti Ahmad. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Siti Hanim binti Sungit. Majlis juga menjemput En. Kamsani bin Sahlan bagi menyempurnakan gimik perasmian. 

Seterusnya, majlis  diteruskan dengan dua persembahan daripada murid iaitu persembahan bercerita dan tarian lagu Arab "Nourisham". Persembahan bercerita yang telah disampaikan oleh adik Aisy Syahmi telah mendapat tumpuan ramai. Beliau telah bercerita dengan penuh penghayatan. Tarian lagu arab juga telah berjaya memukau para penonton.

Pengerusi Majlis Penghayatan Islam dan Bahasa Arab


Pn. Siti Hanim binti Sungit Merasmikan 
Majlis Penghayatan Islam dan Bahasa Arab


Tuan Guru Besar Menyempurnakan Gimik Perasmian


Gimik Perasmian


Persembahan Bercerita oleh adik Aisy Syahmi


Wajah Ceria Penari Lagu Arab 


Persembahan Tarian Lagu Arab- "Nourisham"


Dengan berakhirnya majlis pelancaran tersebut, maka berakhirlah perhimpunan rasmi pada minggu ini dan disudahi dengan sekian terima kasih.

Disediakan oleh,
Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts