JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 20/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Majlis perhimpunan pada kali ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan pengerusi majlis. Seterusnya, majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas.



Ucapan Ketua Guru Bertugas- Cik Felicia Gatun

·        

Guru Bertugas memberikan ucapan




     Guru Bertugas 
Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini dan mengingatkan murid supaya berjumpa guru bertugas jika ada sebarang masalah. Guru-guru yang bertugas ialah:
1.      Cik Felicia Gatun - Ketua Guru Bertugas
2.      Pn. Syahida binti Ahmad
3.      Pn. Rohaila binti Abdullah
4.      Pn. Nur Leen binti Ismail
5.      Pn. Norshahiza binti Razali
6.      Pn. Norshahida binti Ibrahim
7.      En. Ahmad Zaki bin Tamsir

·         Tema : Sedia Hadapi Cabaran-Gaya Hidup Sihat dan Cergas

Beliau menjelaskan maksud cabaran dan juga maksud gaya hidup sihat. Murid turut diberikan cara persediaan menghadapi cabaran dalam mengamalkan  gaya hidup sihat dan cergas. Terdapat empat tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

1.    Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat - Murid mestilah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat seperti yang disarankan dalam Piramid Makanan.   

2.   Mengambil sarapan pagi - Murid haruslah mengambil sarapan pagi sebelum bertolak ke sekolah. Sarapan pagi membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti seperti belajar, senaman dan aktiviti lain. Tanpa sarapan pagi, kita akan berasa lapar dan boleh mengakibatkan sakit perut dan masalah kesihatan yang lain. Para murid juga tidak akan dapat focus di dalam kelas jika dalam keadaan yang lapar.

3.    Melakukan senaman  - Murid hendaklah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan seperti jogging, bermain badminton, bermain bola sepak dan sebagainya. Senaman juga boleh menyingkirkan toksik-toksik yang terdapat dalam tubuh badan melalui peluh.

Mendapat tidur yang mencukupi Kanak-kanak perlulah tidur sekurang-kurangnya 9 jam sehari. Tidur yang tidak mencukupi menyebabkan para murid berasa lemah dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas kerana mengantuk.


   5 Minit Bersama "Sekolah Bebas Dadah" : Alkohol dan Definisinya


Adakah anda tahu apa itu alkohol?
·   Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood"
·         Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum
·      Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski
Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
·         Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
·         Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?
·         Faktor persekitaran contohnya :
o    Mudah didapati
o    Tidak mahal
o    Pengiklanan yang menarik di media
·         Faktor Sosial :
o    Pengaruh rakan sebaya
o    Latarbelakang keluarga
o    Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o    Budaya
·         Faktor Biologi :
o    Keturunan
o    Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Guru Disiplin dan ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Guru Disiplin memberikan ucapan



Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) memberikan ucapan


Disediakan oleh,

Felicia Gatun


Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts