Selamat
Sejahtera. Majlis Perhimpunan Rasmi
bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti
dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan
bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Lee Sau Mei
Tema: Peraturan
Guru bertugas menerangkan maksud “Peraturan” , Di antara peraturan sekolah ialah:
- Datang pada waktu yang tepat iaitu sebelum pada pukul 7:20 pagi.
- Memakai tanda nama, tali leher dan lencana sekolah.
- Menghormati guru .
- Buang sampah ke dalam tong sampah .
- Merawat dan menjaga tanaman yang ada di sekolah.
- Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat.
- Memakai barang kemas adalah tidak dibenarkan.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan.
- Semasa pergi ke bilik-bilik khas ataupun turun ke padang wajib beratur.
- Mesti menjaga keceriaan kelas masing-masing.
- Apabila hendak keluar kelas mesti mendapat kebenaran dari guru dan wajib memakai pas keluar kelas.
Ketua Bertugas Mingguan sedang memberi ucapan
Guru Bertugas:
- Cikgu Noraini bt Yusoff
- Ustaz Rosmadi b Abdul Manaf
- Cikgu Mazilah bt Jamaludin
- Cikgu Norizan bt Isa
- Cikgu Nurhidayahni bt Jasni
Perhimpunan diteruskan dengan penyampaian hadiah pertandingan Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Pertandingan Perahu Layar Peringkat Negeri.
Puan
Norlela Bt Hashim mengingatkan murid supaya:
·
Jangan menconteng dinding dengan tapak kaki atau sebagainya
·
Kelas lonjakan Tahun 6 berjalan seperti biasa iaitu dari pukul
1:00 petang – 2:30 petang sepanjang bulan puasa
·
Jangan membawa bunga api atau mercun ke sekolah
Ditulis oleh : Pn. Lee Sau Mei
No comments:
Post a Comment