JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PETANG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 6.10 petang dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : Pn. Narimah Bt Zamri
i.Tema: H

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 21/2015 SESI PAGI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan ketua guru bertugas : Pn. Narimah Bt Zamri
i.Tema: Hak dan Tanggungjawab Kanak-Kanak
Beliau mengingatkan murid-murid tentang hak dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi terhadap mereka. Antara tanggungjawab kanak-kanak ialah mengenang jasa ibu, bapa dan guru. Belajar dengan sungguh-sungguh dan hormat kepada ibu bapa, guru dan masyarakat. Antara hak kanak-kanak pula ialah kehidupan yang terjamin, perlindungan yang sempurna, penyertaan dan perkembang dalam aktiviti yang dijalankan.

PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PESERTA SEMARAK TARI
 
- Sijil penyertaan disampaikan oleh Pn Azlimariah Bt Arifin selaku GPK Petang kepada semua peserta Semarak Tari SKTPP 2.




UCAPAN GURU DISIPLIN

Beliau telah menyampaikan beberapa perkara penting, di antaranya:
-mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan bagi penggal kedua.
-menasihati murid yang tidak berpuasa agar menghormati murid berpuasa dengan tidak makan atau minum di hadapan murid.
-amaran kepada murid-murid yang ponteng kelas supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Sekian.

Guru Bertugas:
  1. En Ridzuan bin Ismail
  2. Pn Narimah bt Zamri
  3. Pn Choo Pin Teng
  4. Pn Nor Anis
  5. Pn Hamidah bt Hassan
  6. Pn Syarifah bt Sulaiman








Share:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts