JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 22/2015 SESI PAGI


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Majlis Perhimpunan Rasmi bermula tepat jam 7.30 pagi dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah dan disusuli dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.
Ucapan Ketua Guru Bertugas : Pn. Suzianti binti Suhaimi
i.Tema: Sedia Menghadapi Cabaran ; Usaha Meneruskan Kecemerlangan.
Guru bertugas mengingatkan murid-murid tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian akademik. Antaranya ialah:
  • menjaga kesihatan diri
  • menghafal sifir 
  • banyakkan membaca
  • menyiapkan kerja sekolah
  • belajar/ ulang kaji secara konsisten
  • berbuat baik kepada ibu bapa dan guru-guru kerana doa mereka sangat mustajab untuk mencapai kejayaan. 


Ucapan Penyelaras Ihya' Ramadhan
Ucapan Penyelaras Ihya' Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Ramdani bin Mohd Suhud. Beliau menerangkan aktiviti-aktiviti yang  berlangsung sepanjang Ihya' Ramadhan. Antara objektif Ihya' Ramadhan ialah:
  • memupuk rasa cinta terhadap Allah.
  • meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental murid.
  • meningkatkan ukhwwah sesama umat Islam.
  • melahirkan murid yang seimbang di antara dunia dan akhirat


Ucapan dan Perasmain Ihya' Ramadhan
 
Ucapan dan perasmain dilakukan oleh Guru Besar SKTPP2, En. Kamsani bin Sahlan.Antara ucapan yang disampaikan ialah:
  • Selain melakukan kewajiban berpuasa, murid juga perlu menunaikan solat fardhu agar puasa mereka diterima oleh Allah S.W.T
  • Selain itu, murid digalakan melakukan amalan bersedekah kerana ianya mendapat ganjaran yang besar pada bulan ramadhan ini.
  • Melakukan amalan-amalan baik yang lain.
 
 
 
 Persembahan Murid: Bacaan Al-Quran 
Bacaan Al-Quran oleh adik Shaza Shazwina binti Nasharuddin

Sekian.
Guru Bertugas:
  1. En. Ezol Fitri b. Ahmad Muniran
  2. Pn. Suzianti bt. Suhaimi
  3. Pn. Aliza bt. Ahad
  4. Pn. Roselind bt. Mustapha
  5. Pn Fauziah bt Solehudin
  6. Pn Nur Hafizah bt Othman
  7. Pn Cik Nor Saadah bt Sabidin
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts