JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 27/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Perhimpunan Rasmi pada Minggu 27 ini bermula tepat jam 7.30 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. kemudian, disusuli pula dengan bacaan doa serta Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid.

Ucapan Ketua Guru Bertugas: Pn Rohaila Binti Abdullah


Tema: Kenali Malaysia

Isi Ucapan:


Guru menjelaskan tentang Negara Malaysia yang merdeka yang mana terdiri daripada Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.Malaysia juga mempunyai 14 buah negeri yang diduduki oleh pelbagai kaum.Setiap negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri masing-masing. Di Malaysia juga mempunyai pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati.
             Guru juga menerangkan kepada murid tentang betapa bertuahnya kita yang dilahirkan di bumi Malaysia. Selain itu, Guru juga menekankan kepada murid tentang sifat perlu bersyukur kerana hidup di Malaysia dengan aman damai tanpa ancaman luar.


Ucapan dari Penolong Kanan Pentadbiran: Pn Siti Hanim Bt.Sungit




Guru menjelaskan kepada murid supaya lebih fokus di dalam pembelajaran dan lebih memberikan perhatian sewaktu guru berucap di hadapan. Seterusnya guru menerangkan kepada murid tentang Melindungi Masa Instruksional (MMI).Selain itu, guru menyentuh serba sedikit tentang adab berziarah sempena dengan sambutan syawal.







Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts