JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DAN TALENTCORP


Assalamualaikum wrm. wbt. dan salam sehati sejiwa...

Sememangnya SKTPP2 sentiasa menjalin kerjasama dengan pihak luar yang berminat untuk mengadakan pelbagai program bersama pelajar. Justeru pada 20 Ogos 2015, pihak JPA dan Talentcorp telah menganjurkan aktiviti khidmat masyarakat berkaitan dengan alam sekitar di SKTPP2. Aktiviti ini  merupakan sebahagian dari komponen dalam program latihan pengurusan bagi pelajar-pelajar graduan Amerika Syarikat tajaan JPA. 

Seramai 60 orang pelajar tahun 3 yang terlibat dalam aktiviti ini yang bertujuan untuk:

  1.  Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar akan kepentingan mengekalkan  dan menjaga sekitar melalui aktiviti simulasi.
  2.  Menunjukkan betapa berharganya alam sekitar dan kesan yang terjadi sekiranya kita  tidak melindunginya.
  3.  Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan alam sekitar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

  1. Simulasi
  2. Sesi pembentangan 
  3. Memasukkan semula pokok (repotting a plant)



Penerangan dalam bentuk kumpulan
Aktiviti simulasi cara menanam pokok dengan betul.
Repotting a plant!


Pn Azlimariah mewakili sekolah menerima penghargaan dari pihak Talentcorp

Pelajar bersama pihak Talentcorp
Special Thanks To JPA & Talentcorp...
                                                                        We Look Forward For Futher Collaboration...

#sehatisejiwa


Wassalam..

::wmwm::



Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts