JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

SK Taman Putra Perdana (2), 7 September 2015 (Isnin): Pada minggu ke 33 , murid SKTPP2 ditekankan tentang kenali dan hormati pemimpin negara. Tema ini sangat  bersesuaian bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Murid- murid mengenali pemimpin – pemimpin nagara. Selain itu, murid perlu mengetahui cara menghargai jasa pemimpin – pemimpin Negara. Setiap pihak memainkan peranan dalam melahirkan perasaan cinta dan sayang kepada Negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengganjurkan kuiz-kuiz kemerdekaan semasa bulan kemerdekaan dan juga mengadakann lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah. Pihak Masyarakat pula memainkan peranan dalam bersatu padu dan mengamalkan sikap tolenrasi antara kaum. Justeru itu, Pihak Negara pula membina memorial pejuang –pejuang kemerdekaan Negara bagi memperingati jasa baik pejuang – pejuang Negara.  


                  
Cik Margaret Ann a/p Arputham
                 
      Pada minggu ini,  guru yang bertugas ialah Cik Margaret Ann a/p Arputham, Pn. Siti Raudah bt Hamid, Pn. Nor Aisyah bt. Zulkifli, En. Md Suhaidi bin Md Sabar, Pn Rahayu binti Ghani, Cik Farah Hanis binti Ramli dan Pn. Nur Syafrida binti Ibrahim. Murid-murid yang mempunyai masalah bolehlah merujuk kepada guru-guru berkenaan.



                                                En. Mohd Razis bin Md Shainisi


         Selain itu, murid dimaklumkan tentang menjaga kunci- kunci basikal supaya tidak hilang dan basikal dikunci supaya tidak dicuri. Murid juga diingatkan tidaK membawa telefon bimbit ke sekolah dan akan dirampas oleh guru disiplin. Guru disiplin mengingatkan murid telefon bimbit tidak akan diberi selagi ibu bapa murid tersebut hadir ke sekolah. 
      

              

                     Akhir Perhimpunan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran , Pn. Siti Hanim  bt. Sungit telah memberi nasihat kepada murid-murid SKTPP2 terutamanya kepada calon UPSR, murid Tahun Enam tentang penjagaan kesihatan. Seterusnya beliau memberi peringatan kepada murid-murid supaya menjawab soalan UPSR dengan baik.  
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts