JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA – UPSR, BACAAN YASSIN & MOHON RESTU





MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA – UPSR, BACAAN YASSIN & MOHON RESTU  

TARIKH : 03 SEPTEMBER 2015
HARI : KHAMIS


MASA : 7.00 - 10.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKTPP2  
KEHADIRAN : WARGA SKTPP2  DAN IBUBAPA/PENJAGA TAHUN 6






Alhamdullillah,  Majlis Solat Hajat Perdana UPSR 2015 kali  ke- 2 telah  berjaya dilaksanakan dengan jaya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada  kalangan  ibubapa dan penjaga murid  - murid tahun 6.

Program ini melibatkan seluruh warga SK Taman Putra Perdana 2 , murid tahun 6  serta ibu bapa dan  penjaga. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah  yang di imamkan oleh  Ustaz Razif Bin Sainisi . Disusuli dengan  bacaan Yasin dan solat hajat berjemaah  untuk memohon kejayaan yang cemerlang bagi anak-anak dalam peperiksaan UPSR .

Majlis ini juga telah dihadiri oleh tuan Guru Besar,En Kamsani  bin Sahlan & isteri.Ucapan berbanyak terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir ke majlis ini.
Solat isyak berjemaah diimamkan oleh  Ustaz Rosmadi bin Manaf. Sesudah solat isyak, semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera yang disediakan oleh pihak sekolah dan juga sumbangan daripada pihak  ibubapa/penjaga.

Majlis ini juga di selitkan dengan slot motivasi yang disampaikan oleh  En Bakhtiar Fitri Bin Abd Hamid. Slot ini merupakan pecutan akhir bagi membangkitkan semangat pelajar untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.Slot motivasi ini diakhiri dengan mohon restu para pelajar  bersama ibubapa/penjaga masing-masing.

 Majlis tamat kira-kira jam 10.40 malam dengan satu  azam  ingin  mencapai  kejayaan yang cemerlang dalam UPSR amnya ,dunia dan  akhirat khasnya.

Ya Allah , perkenanlah permintaan kami ini , hanya Engkaulah tempat kami memohon pertolongan. Amin.











Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts