JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

Klinik Didik UPSR Berita Harian 2016

Pada 7 hingga 8 Mei 2016, Klinik Didik UPSR Berita Harian yang dianjurkan oleh Sek. Keb. Taman Putra Perdana 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTPP 2 telah dilaksanakan dengan jayanya. Klinik Didik UPSR Berita Harian tersebut telah diadakan di Dewan Za'ba, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Klinik tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.45 petang. Pihak sekolah juga telah menjemput pihak Sek. Keb. Taman Putra Perdana 1 untuk menyertai klinik kali ini.

Peserta Klinik Didik UPSR Berita Harian dari SKTPP 2 adalah seramai 128 orang manakala peserta dari SKTPP 1 adalah seramai 52 orang, menjadikan keseluruhan peserta adalah sebanyak 180 orang.

Berikut adalah suasana sekitar klinik yang telah berlangsung selama 2 hari:








Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Klinik Didik UPSR Berita Harian tahun 2016.

Semoga murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR dari SKTPP 2 tahun ini beroleh kejayaan.
Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts