JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 18 (SESI PAGI)

TARIKH :9 MEI 2016 (ISNIN)
MASA : 7.30 PAGI - 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :

1.            PN. NORAZIAH BT. ALI
2.            PN. SALINA BT. HASHIM
3.            PN. SYAHIDA BT. AHMAD
4.            PN. SUZIANTI BT. SUHAIMI
5.            PN. WAN MARHAINI BT. WAN MOHAMAD
6.            PN. NORHAFIZA BT. ISMAIL
7.            EN. ZAWADI B. ALI

TEMA : MENJAUHI GEJALA SOSIAL (PONTENG, VENDALISME DAN BULI)

                                             Ucapan Ketua Guru Bertugas


Ucapan Ketua Guru Bertugas:


Ketua guru bertugas, Pn. Noraziah  menyampaikan ucapan, nasihat dan peringatan kepada murid-murid berkaitan Tema Menjauhi Gejala Sosial(Ponteng, Vendalisme dan Buli). Antara kandungan yang disampaikan ialah :-

Ponteng
·          salah laku yang melanggar peraturan sekolah.
·         Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan, kegagalan menghadiri   sekolah dengan sengaja tanpa sebab-sebab yang dibenarkan.
·         Memberi kesan buruk seperti akan merugikan diri sendiri, ketinggalan dalam        pelajaran dan boleh diambil tindakan.
Vendalisme
·         Perbuatan merosakkan harta awam atau harta benda orang lain.
·         Contohnya:
     1. merosakkan kerusi dan meja sekolah
     2. menconteng dinding sekolah dan tandas sekolah
     3. merosakkan papan tanda
·         Kesan-kesan gejala vendalisme:
     1. kos yang tinggi untuk membaik pulih kerosakan
     2. boleh dikenakan hukuman



Buli

·         masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek,
       menumbuk dan sebagainya.
·         memberi kesan buruk kepada :
     1.  Mangsa - kemurungan, berasa takut, tidak mahu ke sekolah, emosi tidak stabil
     2.  Pembuli - boleh dibuang sekolah      

Slot 5 Minit Sekolah Bebas Dadah
Perkara yang ditekankan dalam slot ini ialah bahaya merokok kepada remaja:

·         Menyebabkan ketagihan
·         Asap rokok mengandungi 4000 bahan kimia yang beracun, 63 bahan kimia di 
       dalam sebatang rokok
·         Boleh terjebak dalampenyalahgunaaan dadah.
·         Membahayakan kesihatan diri dan orang disekeliling. Asap yang disedut orang                     sekeliling mengandungi 2 kali ganda nikotin, 3 kali ganda tar, 5 kali ganda 
       karbon monoksida, dan 50 kali ganda bahan kimia merbahaya.






Token kebersihan disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Azlimariah bt. Arifin

Keputusan Pertandingan Kelas Terbersih Mengikut Aliran 
Minggu ke 4 Bulan April
4 UUM
5 UTM
6 UUM

Minggu Pertama Bulan Mei
4 UUM
5 UM
6 UUM

                                     Pn. Siti Raudah menyampaikan ucapan

Ucapan oleh Puan Siti Raudah (Penyelaras Cafe Putra)
Di antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:

·         info tentang Cafe Putra (kantin SKTPP2).
·         bahan bacaan ada disediakan di Cafe Putra untuk bacaan murid-murid.
·          mengingatkan murid tentang Misi, Visi dan Motto Cafe Putra
·         tanggungjawab murid untuk memastikan kantin sentiasa bersih.
·          Cafe Putra adalah Johan Kantin Terbaik Peringkat Negeri Selangor 2016

Penyampaian Hadiah Pameran Kelab Doktor Muda Daerah Sepang 2016

                          Para pemenang bersama PK 1 dan Guru Penasihat

                                         Guru besar menyampaian ucapan

Ucapan Guru Besar : En Kamsani Bin Sahlan
Di antara perkara yang diucapkan oleh Tuan Guru Besar ialah:

·         memperkenalkan guru baharu SKTPP2, iaitu En. Yusuf bin Ali Ismail

·          10 Mei akan diadakan penggambaran untuk pertandingan kantin terbaik peringkat kebangsaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
·          mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan sekolah dan Cafe Putra.


                                          
Disediakan oleh,
Noraziah binti Ali

Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts