Tuesday, May 17, 2016

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-19 (SESI PETANG)

TARIKH :16 MEI 2016 (ISNIN)
MASA : 5.50 PETANG - 6.40 PETANG
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKTPP2
GURU BERTUGAS :

1.       CIK MAZLIYANA AMALINA BINTI MAZLIN
2.       PN. NORMAH BINTI SHAFIE
3.       PN. RASLINDA BINTI HASSAN
4.       PN. NOR AIN BINTI ANUAR
5.       PN. SULIA SYAZWANI BINTI MOHAMAD SANUSI
6.       EN. HAFIDZUDDIN BIN YAHYA

BACAAN PERUTUSAN HARI GURU 2016

TEMA: "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar Rukun Negara oleh pengawas bertugas.



Cik Mazliyana Amalina sebagai Pengerusi Majlis mengalu-alukan semua guru dan murid ke perhimpunan pada hari ini. Antara isi ucapan beliau adalah tentang pengorbanan guru dan cara yang murid boleh lakukan untuk menghargai jasa guru yang telah mendidik mereka. Majlis diteruskan dengan bacaan Perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPPM) dan Menteri Pendidikan Malaysia.




Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPPM) oleh Pn. Siti Baizura binti Saarani.



Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan oleh PK Petang En. Farid Anwar bin Shaari.




Bacaan Ikrar Guru diketuai oleh En. Mohd Sazali bin Abd Rani. Ikrar ini dilafazkan oleh semua guru dengan penuh semangat di hadapan murid-murid.

Majlis bersurai pada jam 6.40 petang.

1 comment: