JALAN PP6, TAMAN PUTRA PERDANA, 47130 PUCHONG, SELANGOR

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-12 (SESI PAGI)

Perhimpunan pada pagi Isnin, 27 Mac 2017 dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Malaysia Berjaya. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, ikrar rukunegara dan ikrar murid.

Seterusnya, ucapan guru bertugas disampaikan oleh Puan Nur Leen binti Ismail selaku ketua guru bertugas bagi minggu ini. Dalam ucapannya, murid-murid diingatkan untuk terus meningkatkan usaha, azam dan semangat meneruskan sesi pembelajaran setelah seminggu bercuti. Selain itu, murid-murid diterapkan dengan adab berpakaian. Antaranya, berpakaian dengan tujuan untuk menutup aurat,memulakan dengan anggota badan  yang kanan apabila memakai baju dan sebaliknya dahulukan anggota badan yang kiri apabila melepaskan pakaian. Adab seterusnya adalah memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas sesuai dengan majlis yang dihadiri dan yang paling penting disertakan dengan doa ketika berpakaian.

Majlis diteruskan dengan penyampaian token kepada kelas terbersih. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Puan Norlela binti Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Dalam ucapannya, Puan Norlela mengingatkan murid-murid untuk memakai pakaian lengkap sekolah beserta tali leher bagi lelaki, bertanda nama, berkasut bersih dan bertudung bagi murid perempuan muslim. Murid-murid juga diingatkan untuk belajar dengan lebih gigih untuk kecemerlangan akademik masing-masing.

Guru bertugas bagi minggu ini ialah:
1. Pn. Nur Leen binti Ismail.
2. Pn. Salina binti Hashim.
3. Cik Nor Sa'adah binti Sabidin.
4.Cik Farah Hanis binti Ramli.
5. Pn. Noraini binti Yusoff.
6. Pn. Nurul Amira Hidayah binti Abu Bakar.
7. En. Ahmad Zaki bin Tamsir.




Share:

No comments:

PENGUMUMAN

SELAMAT DATANG BUAT WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTRA PERDANA 2 *******BLOG INI MENGEMAS KINI SEBARANG MAKLUMAT TERBAHARU BERKAITAN SKTPP2

Popular Posts

Total Pageviews

Search This Blog

Powered by Blogger.

HUBUNGI KAMI

Jalan PP6, Taman Putra Perdana
47130 Puchong, Selangor

Telefon :
03-83184011
Faks :
03-83184014
Emel :
bba9228@moe.edu.my

Followers

Blog Archive

Recent Posts